UMUM

03-MAY-2019

Perkara yang Anda Perlu Tahu Mengenai Saham Terbaru Kim Hin Joo


 


Baru-baru ini MITI telah mengumumkan tawaran saham Kim Hin Joo (Malaysia) Berhad. Buat masa ini, Saham Khas Bumiputera boleh dibeli melalui sistem saham online MITI bermula 29 April 2019 (Isnin) hingga 6 Mei 2019 (Isnin) 12.00 tengahari.

Borang itu kemudian perlu dicetak dan hantarkan selewat-lewatnya pada 13 Mei (Isnin) pukul 4.30 petang.


Tak pernah dengar Kim Hin Joo?


Mungkin anda tak pernah dengar syarikat Kim Hin Joo ni. Tapi anda tentu pernah nampak kedai Mothercare yang terletak di kebanyakan shopping mall besar di Malaysia. Kim Hin Joo merupakan pemilik bagi jenama Mothercare di Malaysia.


Mothercare telah pun menjalankan bisnes di Malaysia bermula tahun 1987. Sehingga kini, 16 buah cawangan telah dibuka di seluruh Malaysia dengan sebuah kedai flagship di Suria KLCC.

Barangan yang dijual oleh Mothercare terdiri daripada pakaian bayi, kanak-kanak lelaki dan perempuan, pakaian ibu mengandung, aksesori and mainan bayi.


Saham Kim Hin Joo


Berikut merupakan butiran tentang tawaran saham Kim Hin Joo:

  1. Jumlah Saham Khas: 38,000,000 unit
  2. Harga par: tiada (RM 0.00)
  3. Harga Tawaran (Indikatif) : RM 0.45 seunit
  4. Aktiviti Utama Syarikat : Kumpulan KHJ terlibat dalam peruncitan dan pengedaran produk bayi, kanak-kanak dan materniti. Pasaran utama Kumpulan KHJ adalah di Malaysia. Kegiatan perniagaan Kumpulan KHJ dikategorikan dan diringkaskan seperti berikut:
    1. Peruncitan produk bayi, kanak-kanak dan materniti melalui kedai Mothercare, ELC SIS, kedai dalam talian Mothercare, saluran jualan dalam talian dan pameran barangan bayi; dan
    2. Pengedaran produk bayi, kanak-kanak dan materniti kepada peruncit tempatan, serta peruncit dan pengedar luar negara.
  5. Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran ACE- Private Placement
  6. Bank Penasihat : UOB Kay Hian Securities (M) Sdn. Bhd. (194990-K)
  7. Pegawai Untuk Dihubungi
    1. Tan Heng Hooi Tel : 03-2147 1926 Email : henghooi@uobkayhian.com
    2. Enelli Abdul Kadir Tel : 03-2147 1927 Email : enellikadir@uobkayhian.com
    3. Gan Teng Yi Tel : 03-2147 1923 Email : tengyi@uobkayhian.com

Sumber: MITI

Nota: tarikh tutup permohonan adalah 6 Mei 2019 pukul 12.00 tengahari, manakala tarikh tutup penghantaran borang adalah 13 Mei 2019 pukul 4.30 petang.

Untuk cara-cara permohonan saham melalui MITI, anda boleh baca post akan datang atau rujuk remisier masing-masing.


< kembali ke laman blog utama