FUNDAMENTAL

20-DEC-2018

Saham Milik Jerung Institusi


 


Insti Slide

Terdapat berbilion transaksi saham berlaku setiap hari. Transaksi-transaksi besar kebanyakan berlaku oleh dana-dana besar iaitu tidak lain dan tidak bukan dana institusi atau nama lainnya jerung institusi. Semuanya bercita-cita untuk membeli dengan harga saham yang berpotensi naik, seterusnya dengan keuntungan yang dikecapi memberi kepercayaan kepada pemengang unit dana untuk terus melabur dalam dana tersebut.

Jerung Antarabangsa

Kebanyakan pegangan saham di Bursa Malaysia dipegang oleh dana atau institusi tempatan, tetapi ada juga institusi-institusi besar daripada luar negara melabur dalam Bursa Malaysia. Ini menunjukkan kepercayaan yang kuat pada syarikat-syarikat di Malaysia. Antara jerung-jerung antarabangsa yang terkenal ialah:


1. Vanguard Group (A.S.)


Vanguard

Saiz dana: Sekitar 4 trilion.

Nilai pegangan saham di Malaysia: Sekitar 17 bilion.

Contoh dana: Vanguard Emerging Markets Stock Index Fund, Vanguard Total International Stock Index Fund


2. UBS (Switzerland)


UBS

Saiz dana: Sekitar 3 trilion.

Nilai pegangan saham di Malaysia: Sekitar 1.3 bilion.

Contoh dana: UBS AG


3. Bank of New York Mellon (A.S.)


Bank of New York Mellon

Saiz dana: Sekitar 1.5 trilion.

Nilai pegangan saham di Malaysia: Sekitar 1.5 bilion.

Contoh dana: The Bank of New York Mellon


4. Credit Suisse (Switzerland)


Credit Suisse

Saiz dana: Sekitar 1 trilion.

Nilai pegangan saham di Malaysia: Sekitar 3.7 billion.

Contoh dana: Credit Suisse


Jerung Dalam Negara

Jerung-jerung institusi dari dalam negara yang mempunyai dana besar dan membuat banyak transaksi:


1. Employee Provident Fund (EPF)


EPF

Nilai pegangan saham di Bursa Malaysia: Sekitar 150 bilion.


2. Amanah Saham Bumiputera (ASB)


ASB

Nilai pegangan saham di Bursa Malaysia: Sekitar 130 bilion.


3. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)


KWAP

Nilai pegangan saham di Bursa Malaysia: Sekitar 40 bilion.


6. Lembaga Tabung Haji


Tabung Haji

Nilai pegangan saham di Bursa Malaysia: Sekitar 13 bilion.


Kat mana nak dapat list penuh transaksi dan pegangan institusi?


Insti Slide

Boleh rujuk di website iSaham -> All Screeners -> Bahagian kiri, bawah sekali atau terus ke link berikut - Shareholder Analysis dan pilih institusi yang anda nak kaji dengan lebih mendalam.

Kami juga telah menyusun senarai dana / institusi mengikut jumlah pegangan saham di Bursa Malaysia.

Insti Slide

Strategi Berkaitan Institusi


1. Melabur berdasarkan transaksi semasa institusi - Satu sebab kenapa strategi melabur bersama institusi mempunyai merit yang tinggi ialah kerana setiap institusi mempunyai pengurus dana yang profesional dan juga penganalisis tersendiri yang membuat kajian syarikat secara full time. Jadi, apabila anda membeli apa yang mereka sedang beli, bermakna anda percaya pada analisis mereka.

Insti Slide

2. Melabur berdasarkan keseluruhan portfolio institusi - Lebih kurang sama dengan atas, bezanya bila anda nak bina portfolio anda dengan memegang 10-30 saham, anda ambik je dari list institusi yang anda paling percaya dan beli mengikut peratusan yang mereka beli. Sekali lagi, kita percaya mereka sudah mengkaji apa yang mereka beli.

3. Beli kalau saham yang mereka beli jatuh - Institusi membeli untuk jangka masa panjang, banyak saja saham yang dibeli jatuh sejurus dan beberapa hari selepas mereka beli. Disebabkan mereka telah kaji bahawa saham ini bagus untuk long term, setiap kejatuhan itu ialah peluang untuk anda beli lebih murah daripada insti, dan mengalahkan pencapaian mereka. Kami ada juga screener khas untuk strategi rare ini, yang dipanggil Beat the Insti Screener. Screener ini hasil inspirasi daripada Lauren Templeton, cucu saudara kepada Sir John Templeton, seorang pelabur terkenal yang diiktiraf pada tahun 1999 dalam Money Magazine sebagai "arguably the greatest global stock picker of the century".

4. Gunakan pegangan institusi sebagai salah satu kriteria atau watchlist - Setiap orang ada teknik pelaburan sendiri, dan kecendurungan tersendiri dalam memilih sesuatu saham. Pegangan institusi boleh dijadikan salah satu elemen daripada banyak kriteria pemilihan saham. Contoh screener yang menggunakan pegangan institusi sebagai petunjuk ialah strategi famous William O'Neil yang dipanggil CANSLIM (boleh rujuk Screener CANSLIM).

5. Saja-saja nak tengok apa pegangan saham institusi - Pun boleh. Kadang-kadang keluar isu tabung haji, kita nak tengok apa pegangan mereka. Ada juga institusi yang suka buat window dressing, kita nak cari institusi-institusi ni, boleh cari di iSaham Shareholder Analysis. Boleh juga guna list untuk bottom fishing time market jatuh ni.


< kembali ke laman blog utama