FUNDAMENTAL

3-JUL-2018

Saham Mahal boleh Naik Lagi ke?


 


Semasa membelek2 post lama, terjumpa satu post berkaitan "Saham mahal boleh naik lagi ke?".

Selang dua tahun, saham paling mahal dah naik lebih dari 100% berbanding harga pada ketika soalan ditanya. Jadi, kalau ada yang tanya lagi, memang kena tunjuk chart NESTLE sekali lagi.

NESTLE 2-Jul-2018

Saham mahal atau murah tidak menjadi penentu sama ada harga akan terus naik atau tidak. Kayu pengukur kenaikan ialah pertumbuhan keuntungan saham syarikat tersebut.

Selalunya syarikat yang mahal merupakan syarikat yang bersaiz besar atau sederhana dan kebanyakannya mempunyai pengurusan yang efektif dalam mengembangkan syarikat ke peringkat yang lebih tinggi. Pengurusan yang berkesan membawa syarikat berkembang 30-100% dengan pantas, kemudiaannya menolak harga saham keatas dengan cepat juga. Projek diurus dengan baik, projek baru masuk.

Jadi, lepas ni jangan takut nak beli saham2 mahal ye. Baru nampak 'class' sikit. Beli kereta nak menunjuk, beli saham nak tunjuk yang murah-murah aje.

Audi

Saham mahal atau saham murah, tidak ada beza sebenarnye, dua2 ada potensi yang sama untuk naik tinggi, dan boleh naik lebih daripada 100%. Jangan bias pada harga, bias pada ilmu fundamental dan teknikal dalam kajian saham.

Beli dengan ilmu dan kajian, bukan terikut-ikut emosi. Kalau signal kata BUY pada saham murah, beli saham murah. Kalau signal kata BUY pada saham mahal, beli saham mahal. Jangan terlalu memilih sebab takut emosi yang jaga kita, bukan kita jaga emosi.

Takde modal macam mana nak beli saham mahal?

Kalau anda ada modal lebih 1000 ringgit, anda boleh beli lebih daripada 99% saham di bursa malaysia. Satu lot (100 unit) saham berharga RM10 setiap satu hanya memerlukan modal RM1000 sahaja. Maknanya anda mampu, cuma salah bagi alasan.

Anda sebenarnya tidak mahu beli saham mahal sebab anda nak ambil risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan pulangan lebih besar, bukan sebab anda tak mampu. Syarikat murah selalunya market value kecil, sekali naik tinggi % profit, sekali turun banyak juga % loss. Tidak ada masalah untuk lebih gemar membeli saham murah, tetapi anda kena ada sebab yang betul.

Sekali lagi, murah atau mahal tidak penting. Yang penting saham itu bagus atau tidak, dan ada signal BUY ataupun tidak.

Antara saham-saham mahal yang boleh dipantau ialah NESTLE, DLADY, F&N, PPB, TOPGLOV, KOSSAN, SAM, QL, PADINI, YINSON.


< kembali ke laman blog utama