UMUM

2-AUG-2022

QRM-i Shariah Discretionary Trading oleh Malacca Securities


 


Baru-baru ini Malacca Securities Sdn Bhd (M+) ada mengeluarkan sebuah produk baru yang seakan-akan unit trust dan private mandate. Produk ini diberi nama QRM-i Shariah Compliant Discretionary Trading (i-DT).

Discretionary Trading

Discretionary bermaksud bebas membuat pertimbangan mengikut budi bicara sendiri. Oleh itu, discretionary trading (DT) adalah dagangan yang dilakukan oleh pihak broker tanpa memerlukan persetujuan pelanggan setiap kali. Discretionary trading juga dikenali sebagai Portfolio Management Services.

Shariah Compliant Discretionary Trading

Sebuah servis di mana dealer representative dari sesebuah organisasi (M+) diberikan kebenaran bertulis untuk melakukan keputusan dagangan bagi pelanggan mengikut garis panduan tentang discretionary trading and Islamic Discretionary Trading yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia (Bursa).

Objektif

Kelebihan QRM-i

Perbandingan

Perbandingan di antara QRM-i dan Private Mandate

  QRM-i Private Mandate
Pelaburan awal Minima RM 30,000 Minima RM 50,000 - RM 100,000
Caj jualan 2.5% (sekali sahaja) Sehingga 5.5%
Yuran penukaran Tiada Sehingga 1.0%
Yuran pemegang amanah Tiada Sehingga 0.5%
Yuran pengurusan 1.5% setahun Sehingga 2.0%
Yuran broker 0.10% atau minima RM 3 Berbeza mengikut broker
Yuran pentadbiran RM 30 sebulan Berbeza mengikut broker

Syarat-syarat pembukaan akaun DT

  1. Wajib mempunyai akaun Trading Account (Cash)
  2. Maklumat diri dan tandatangan hendaklah sama seperti ketika pembukaan Trading Account (Cash) terdahulu.
  3. Bagi pelanggan yang membuka Trading Account (Cash) secara online, tandatangan hendaklah sama seperti digital sign.
  4. Kesemua borang DT hendaklah dihantar secara hardcopy dan digital sign tidak dibenarkan.
  5. Pembayaran yuran bagi pembukaan akaun DT adalah RM 20. Anda hendaklah membuat pembayaran RM 20 secara online ke Akaun M+ dan resit tersebut hendaklah dikepil sekali bersama borang.
  6. Pembayaran bagi QRM-i Islamic DT iaitu minimum RM30,000 diperlukan

Pembayaran QRM-i Islamic DT

Soalan lazim

1. Bolehkah saya menggunakan akaun CDS korporat?

Kesemua jenis trading account (cash) dibenarkan.

2. Di pasaran manakah dagangan akan dilakukan?

Bagi mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti, dagangan hanya akan dilakukan di pasaran saham Bursa Malaysia sahaja.

3. Adakah jual dan beli saham akan dilakukan pada setiap suku tahunan?

Tidak semestinya. Perlaksanaan dagangan sama ada beli atau jual hanya akan berlaku jika terdapat isyarat yang jelas. Jika tiada entry yang sesuai, tiada dagangan yang akan dilakukan dan wang tunai akan disimpan dahulu sementara menanti peluang yang lain.

4. Bolehkah jika saya hendak mengeluarkan dana sebelum tempoh matang (12 bulan)?

Anda boleh mengeluarkan keuntungan (sekiranya ada) pada bila-bila masa. Namun, baki akaun hendaklah kekal pada RM 30,000. Sekiranya kurang, anda akan dikenakan penalti sebanyak RM 2,000 atau 10% dari nilai aset, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Boleh hubungi @iSahamSupport untuk pengeluaran dana.

5. Jika akaun QRM-i saya menghadapi kerugian (loss) dan dana menjadi kurang daripada RM 30,000, adakah saya perlu menambah dana untuk mencukupkannya?

Tidak perlu.

6. Sekiranya akaun saya mempunyai keuntungan, adakah dagangan akan berdasarkan jumlah dana terkumpul (accumulated fund) atau tetap pada RM 30,000 sahaja?

Dagangan akan dilakukan dengan jumlah terkumpul sekiranya keuntungan tidak dikeluarkan.

7. Sekiranya saya mempunyai beberapa pegangan saham, bolehkah saya hantar kepada akaun QRM-i Islamic DT?

Tidak boleh. Hanya dana tunai minima RM 30,000 dibenarkan.

8. Di manakah saya boleh melihat prestasi pelaburan saya? Adakah penyata kewangan akan dihantar kepada pelanggan?

Buat masa ini, pelanggan boleh melihat prestasi pelaburan dengan penyata kewangan yang akan dihantar pada setiap bulan.

9. Adakah caj assets under management (AUM) akan meningkat sekiranya nilai portfolio saya meningkat?

Ya. Tertakluk kepada 1.5% yuran nilai aset.


< kembali ke laman blog utama