IPO

09-SEP-2022

PT Resources - Mengembangkan Operasi Pasaran Makanan Laut Beku dengan Dana IPO


 


PT Resources

PT Resources Holdings Berhad menjalankan aktiviti perniagaan dalam industri pembekalan makanan dengan memproses dan menjual produk sejuk beku makanan laut (frozen seafood products), serta peruncitan produk daging dan bukan daging.

Butiran IPO syarikat adalah seperti berikut:

Harga IPO:
RM 0.36
Status syariah:
Interim-Shariah oleh Elzar
Pasaran:
ACE
Permodalan pasaran:
RM 192.6 juta
Nisbah PE:
6.8
Permohonan ditutup:
12 September 2022
Cabutan saham:
15 September 2022
Tarikh penyenaraian:
27 September 2022

Bisnes PT Resources

PT Resources telah diperbadankan di Malaysia pada 6 September 2019 sebagai syarikat swasta di bawah nama PT Resources Holdings Sdn Bhd dan ditukarkan kepada syarikat awam berhad pada 21 September 2021. Struktur syarikat selepas disenaraikan adalah seperti berikut:

Struktur syarikat
Struktur syarikat selepas disenarai di Bursa

Aktiviti utama PT Resources ialah pegangan pelaburan dan penyediaan perkhidmatan pengurusan. Melalui anak syarikatnya, PT Resources terlibat terutamanya dalam pemprosesan dan perdagangan produk makanan laut sejuk beku serta perdagangan produk lain. 

Sepanjang 4 tahun kewangan yang lalu, PT Resources menjual produknya di Malaysia dan mengeksport kepada pelanggannya di pasaran antarabangsa seperti Arab Saudi, China, Filipina dan UAE.

Rajah berikut menggambarkan segmen perniagaan PT Resources:

Segmen perniagaan syarikat
Segmen perniagaan syarikat

Kesan COVID-19 terhadap bisnes

Walaupun pandemik COVID-19 melanda dan pelbagai fasa PKP dilaksanakan, aktiviti pemprosesan dan perdagangan syarikat PT Resources masih dibenarkan beroperasi kerana perniagaan mereka diiktiraf sebagai perkhidmatan penting. Walau bagaimanapun, syarikat mengalami trafik yang lebih rendah di cawangan "MO Foodmart" semasa PKP tetapi mereka dapat meningkatkan pendapatannya dengan meningkatkan eksport ke Arab Saudi dan China.

PT Resources tidak mengalami sebarang gangguan material terhadap operasi perniagaan mereka sepanjang PKP yang telah dilaksanakan setakat ini. Oleh itu, pandemik COVID-19 tidak mempunyai kesan buruk yang ketara ke atas prestasi kewangan syarikat bagi FYE 2020 hingga FYE 2022.

Prestasi kewangan

PT Resources menunjukkan pendapatan yang menaik dari tahun kewangan 2019 sehingga tahun kewangan 2022. Pendapatan mereka meningkat sebanyak 38.58% iaitu daripada RM 116.4 juta pada tahun 2019, menjadi RM RM 161.31 juta pada tahun 2020. Kenaikan pendapatan kemudian diteruskan lagi pada tahun kewangan 2021, iaitu sebanyak 15.58% menjadikan pendapatan pada tahun tersebut sebanyak RM 186.45 juta. Kenaikan pendapatan ini diteruskan lagi pada tahun kewangan 2022 dengan peningkatan sebanyak 87.26% bersamaan RM 162.7 juta menjadi RM 349.14 juta.

Prestasi kewangan
Prestasi kewangan syarikat

Pendapatan syarikat PT Resources dibahagikan kepada dua segmen iaitu pemprosesan & perdagangan produk makanan laut sejuk beku dan perdagangan runcit produk lain.

Prestasi kewangan mengikut segmen
Prestasi kewangan mengikut segmen

Jika dilihat pada rajah di atas, majoriti pendapatan adalah dari segmen pemprosesan & perdagangan produk makanan laut sejuk beku. Pendapatan segmen ini meningkat secara konsisten semenjak 2019. Bagi pendapatan segmen runcit produk lain menurun pada tahun 2020 dan 2021, tetapi meningkat semula pada tahun 2022. 

Strategi IPO dan masa depan

Dana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:

Dana Nilai (juta) Peratusan (%)
Perbelanjaan modal bagi gudang penyimpanan sejuk beku yang baharu 17.6 36.3
Modal kerja 27.2 55.9
Perbelanjaan penyenaraian 3.8 7.8
Jumlah 48.6 100

Majoriti dana yang dikutip daripada penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 27.2 juta (55.9% daripada dana IPO) akan diperuntukkan untuk modal kerja. Modal kerja ini akan membiayai kos jualan syarikat iaitu bahan mentah, yang kebanyakannya terdiri daripada makanan laut dan produk daging segar dan beku.

Syarikat PT Resources bercadang untuk menggunakan dana IPO yang dikutip sebanyak RM 17.6 juta untuk membiayai perbelanjaan modal bagi gudang penyimpanan sejuk beku yang baharu, dimana akan meningkatkan kapasiti daripada 700 tan kepada 4,000 tan. Gudang penyimpanan sejuk baharu ini akan dibina di atas tanah kosong syarikat PT Resources yang terletak di PM 31091, Lot 150651, Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Negeri Pahang.

Lebihan dana sebanyak RM 3.8 juta akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.

Analisis bisnes dan industri PT Resources

PT Resources Holdings Berhad dan anak syarikatnya terlibat dalam pemprosesan dan perdagangan produk makanan laut sejuk beku. PT Resources telah menjual produk makanan laut bekunya ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

Industri pemprosesan makanan laut beku

Makanan laut seperti ikan, sotong dan lain-lain sangat mudah rosak, dimana ia mula merosot apabila dituai dari alam liar atau dari ladang akuakultur dan ini akan menjejaskan kualiti dan kesegarannya. Oleh itu, makanan laut boleh diproses dalam
pelbagai cara untuk mengekalkan kualiti, rasa dan jangka hayatnya. Contoh makanan laut yang diproses termasuk beku, produk makanan laut dalam tin, sedia untuk dimasak dan sedia untuk dimakan.

Rantaian nilai industri pemprosesan makanan laut bermula dengan penuaian makanan laut daripada sama ada perikanan komersial atau ladang akuakultur. Makanan laut yang dituai ini boleh disejukkan atau dibekukan dalam blok semasa di atas kapal penangkapan ikan atau sebelum ia diangkut dari ladang akuakultur.

Rajah berikut menggambarkan rantaian nilai industri pemprosesan makanan laut:

Rantaian nilai industri
Gambar: Prospektus syarikat

Prestasi industri

Saiz industri pemprosesan makanan laut beku dalam Malaysia, diukur dari segi hasil keseluruhan industri oleh syarikat pemprosesan makanan laut di Malaysia. Industri pemprosesan makanan laut di Malaysia meningkat pada CAGR sebanyak 13.8% antara 2015 dan 2021 daripada RM 2.9 bilion pada 2015 kepada RM 6.3 bilion pada 2021.

Prestasi industri
Gambar: Prospektus syarikat

Industri pemprosesan makanan laut beku di Malaysia sebahagian besarnya didorong oleh permintaan tempatan dan global untuk makanan laut, serta kemajuan dalam teknologi pemprosesan makanan laut serta peningkatan jumlah saluran pemasaran dan jualan. 

Persaingan

Bagi tujuan pembandingan, Providence Strategic Partners telah memilih 19 pemain industri yang menjalankan perniagaan yang serupa dengan PT Resources. Syarikat-syarikat ini haruslah menetapi kriteria seperti berikut:

Pemain industri yang dikenal pasti ini adalah seperti yang diperincikan di bawah:

Pesaing syarikat

Pesaing syarikat

Pesaing syarikat
Pesaing syarikat

Perbincangan

Saiz industri pemprosesan makanan laut di Malaysia meningkat pada CAGR sebanyak 13.8% antara 2015 dan 2021. Menurut IMR, makanan laut juga merupakan produk haiwan yang paling banyak diambil oleh rakyat di Malaysia, diikuti oleh daging ayam pada 50.2kg per kapita, dan telur ayam/itik pada 23.6 kg per kapita.

Secara keseluruhannya, PT Resources menunjukkan penumbuhan yang memberangsangkan dari segi pendapatan dan keuntungan sepanjang tahun 2019 sehingga 2021. Hasil industri PT Resources meningkat kepada 2.7% pada 2020, dengan hasil sebanyak RM165.8 juta untuk FYE 2021 dan jumlah saiz industri pemprosesan makanan laut sebanyak RM6.2 bilion pada tahun tersebut.

PT Resources menyatakan bahawa sebahagian besar hasil daripada IPO akan digunakan untuk mengembangkan operasi syarikat. Mereka bercadang untuk menggunakan majoriti dana IPO tersebut untuk digunakan sebagai modal kerja dan juga membiayai perbelanjaan modal bagi gudang penyimpanan sejuk beku yang baharu. Ini merupakan langkah yang positif untuk keuntungan syarikat bertambah lagi baik pada masa hadapan. Walaupu bagaimanapun, kecekapan dan keberkesanan strategi dan rancangan PT Resources ini bergantung kepada syarikat itu sendiri apabila disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia tidak lama lagi.


< kembali ke laman blog utama