TUTORIAL

27-JUN-2019

Cara Permohonan Saham Melalui MITI Bagi Individu


 


Kebiasaannya, pelabur saham akan membeli saham melalui broker ataupun bank pelaburan. Satu lagi cara lain adalah melalui MITI yang peruntukkan jualan Saham Khas Bumiputera. Peruntukan saham ini terlebih dahulu diumumkan sebelum dibuka untuk cabutan awam melalui IPO. Bermakna anda berpeluang untuk beli saham ini lebih awal sebelum ianya dijual kepada orang awam. Teruskan bacaan untuk cara-cara memohon saham melalui MITI.

Syarat Layak Memohon Saham Khas Bumiputera

Nota:

Dokumen-dokumen Berkaitan Yang Diperlukan Untuk Memohon

Kami akan terangkan semua prosedur di perenggan seterusnya, namun dokumen yang anda perlukan untuk permohonan saham melalui MITI adalah seperti di bawah:

Sumber: https://sahamonline.miti.gov.my/site/faq

Bahagian 1: Pendaftaran Akaun

1. Pergi ke Laman web

Pertama sekali, pergi ke laman web https://sahamonline.miti.gov.my/. Halaman ini akan paparkan makluman sekiranya terdapat tawaran saham yang boleh dibeli.

pengumumam saham miti Ruangan makluman untuk tawaran saham

2. Daftar

Pilih jenis pelabur individu dan klik daftar. Sebelum itu, pastikan juga anda mempunyai akaun CDS. Butiran ini akan diperlukan untuk buka akaun pengguna MITI. Sekiranya anda belum ada akaun CDS, sila rujuk remisier anda atau hubungi kami untuk buka akaun CDS.

3. Isi borang dan hantar

Selepas klik daftar, anda akan dibawa ke borang pendaftaran online. Sila isikan semua maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan akaun. Borang yang anda perlu isi untuk daftar akaun saham online MITI adalah seperti di bawah. Seterusnya, anda akan diminta untuk semak ID pengguna dan kata laluan yang dihantar di email yang didaftarkan tadi untuk membuat penukaran kata laluan.

pilih saham online miti

Untuk muat naik kad pengenalan, ikut panduan yang diberi oleh MITI di link ini.

Bahagian 2: Permohonan Saham

Selepas log masuk ke dalam sistem saham online MITI, anda akan dibawa ke senarai saham yang boleh dimohon. Dalam contoh kali ini, hanya terdapat satu saham yang boleh dimohon.

pilih saham online miti

1. Pohon dan tentukan bilangan unit

Klik butang Pohon; dan isi jumlah unit yang anda ingin beli di ruangan yang disediakan bermula dari angka minimum 1000 unit. Namun, pastikan bahawa jumlah unit yang ingin dibeli adalah muktamad. Anda tidak boleh mengubah jumlah pembelian unit selepas ini. Setelah yakin dengan jumlah pembelian unit, klik Hantar.

Kalau ragu-ragu, masukkan sahaja bilangan unit yang banyak. Anda boleh pilih untuk kurangkan selepas permohonan diluluskan.

isi jumlah unit

2. Cetak borang permohonan

Anda akan dapat notis yang mengatakan permohonan anda sedang diproses seperti di bawah. Seterusnya klik Cetak. Pada peringkat ini, anda telah pun berjaya memohon untuk pembelian saham yang dipilih tadi. Untuk lebih kepastian, butang Pohon; tadi sudah diganti dengan teks “Sudah Pohon”.

3. Lengkapkan borang

Harus diingat, prosedur tadi adalah untuk permohonan saham secara online. Anda masih perlu hantar borang permohonan lengkap secara pos atau tangan ke pejabat pengarah MITI sebelum tarikh yang dinyatakan pada makluman.

Nota: Permohonan melalui email atau fax tidak diterima

isi jumlah unit

Selepas klik Cetak, anda akan dapat salinan pdf borang permohonan dan fail elektronik senarai semak untuk melengkapkan permohonan anda.

4. Penghantaran Borang

Dari senarai semak yang diberi, butirannya adalah seperti berikut, dan perlu dihantar setiap kali anda membeli saham melalui MITI:

  1. Cetakan Borang Permohonan Individu.
  2. Penyata Kewangan
    • Cetakan atau salinan penyata bank 3 bulan terkini bertransaksi (Maybank, CIMB, dan lain-lain);
    • Cetakan penyata ASB/ASN/ASD/ASW terkini (Online atau di cawangan ASNB); atau
    • Cetakan penyata di cawangan atau 3 mukasurat terakhir terkini (Buku) Tabung Haji
  3. Surat kebenaran rasmi Ketua Jabatan/Bahagian/Seksyen (Bagi Pegawai Kerajaan)
  4. Cetakan atau Salinan Penyata Akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) dari Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd. (terkini).
  5. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran atau Surat Pengesahan Status Bumiputera yang jelas dan disahkan.
  6. Senarai semak perlu dicetak dan dikepilkan bersama-sama Borang Permohonan.

Pastikan anda dapat buktikan memiliki penyata kewangan yang mencukupi dalam butiran [2] Penyata Kewangan. Jika tidak, terdapat kemungkinan permohonan ditolak.

Keputusan akan diumumkan dari 30 ke 40 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan di http://sahamonline.miti.gov.my. Keputusan adalah muktamad dan sekiranya tidak berjaya, anda tidak boleh membuat rayuan. Namun, anda masih berpeluang untuk membeli saham yang sama apabila IPO syarikat itu diumumkan untuk cabutan awam.


< kembali ke laman blog utama