UMUM

01-FEB-2021

Perkembangan Industri Elektronik di Malaysia


AZ    


Industri elektronik atau semikonduktor merupakan teras teknologi utama ketika berlaku perubahan ke arah industri 4.0. Semikonduktor merupakan satu bahan fizikal yang direka untuk mengawal arus peranti elektronik dan peralatan. Ia biasa digunakan dalam pembangunan cip elektronik, komponen dan peranti pengkomputeran. Semikonduktor ini dicipta daripada silikon, germanium atau elemen yang lain. Pertumbuhann pasaran 5G dalam sistem telekomunikasi menyebabkan segmen semikonduktor terus berlakunya peningkatan.

Hub Industri di Malaysia

Galakan oleh kerajaan yang mengamalkan dasar buka pintu telah menjadikan negara Malaysia sebagai destinasi pembukaan kilang pengeluaran syarikat asing. Kesannnya, kadar pelaburan asing (FDI) dalam sektor pembuatan dan perkilangan meningkat. Kini, sektor ini menjadi salah satu kekuatan eksport Malaysia.

Trend ini bermula apabila kerajaan mewartakan zon perindustrian bebas pertama di Malaysia iaitu Bayan Lepas, Pulau Pinang. Syarikat MNC berasaskan semikonduktor merupakan syarikat asing pertama bertapak di Malaysia pada tahun 1972. Penapakan MNC ini didahului beberapa buah syarikat besar seperti Panasonic, Intel, Motorola dan lain-lain.

Unjuran Ekonomi

Berdasarkan statistik jabatan perangkaan, pada tahun 2020 Malaysia mencatatkan jumlah eksport sebanyak RM 981.0 bilion. Daripada jumlah ini ia mewakili 80.5 peratus di dominasi oleh 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang merupakan negeri pengeksport terbesar (31.8 peratus), Johor (20 peratus), Selangor (18.9 peratus), Sarawak (6.7 peratus) dan Perak (3.2 peratus.

Jika dilihat secara keseluruhannya, 17.2 peratus daripada keseluruhan eksport negara merupakan litar elektronik bersepadu bernilai RM171.6 bilion. Barangan elektrik dan elektronik merupakan produk eksport kedua tertinggi sebanyak RM 94.5 bilion.

Jenis Hub Teknologi Semikonduktor Malaysia

Jika dilihat dari segi prestasi pengeluaran semikonduktor di Malaysia berlakunya peningkatan dari tahun 2013 sehingga 2020. Di Malaysia terdapat pelbagai syarikat menjalankan industri semikonduktor yang mempunyai fungsi tersendiri seperti OSAT, ATE, EMS, LED dan Automation.

Jumlah pengeluaran semikonduktor di Malaysia. Gambar : statista.com

OSAT

OSAT membawa maksud Outsourced semiconductor assembly & test. Syarikat OSAT membuat proses lanjutan dari wafer semikonduktor untuk perkhidmatan pemasangan dan ujian Integrated Circuit. Selepas pemasangan, ujian akhir akan dilakukan untuk memastikan semikonduktor yang dipasang memenuhi piawaian penggunaan.

Antara ujian semikonduktor ialah ujian akhir tahap sistem, wafer dan jalur elektronik. Penyediaan perkhidmatan OSAT ini banyak terdapat di negara asia seperti China, Malaysia, Taiwan dan lain-lain. Syarikat yang terlibat seperti Inari Ametron Bhd, Malaysia Pacific Industries Bhd (MPI), Unisem (M) Bhd, dan KESM Industries Bhd.

Gambar: Yole Development

EMS

EMS merupakan singkatan bagi electronic manufacturic services yang berfungsi sebagai merancang, menguji, mengedarkan, menyediakan perkhidmatan pemulangan serta pembaikan untuk komponen dan pemasangan elektronik untuk pengeluar peralatan asli (OEM).

Pada tahun 2020 sektor EMS dunia mencatatkan USD 43200 juta dan dijangka berlaku peningkatan CAGR 4.1% sebanyak USD 55000 juta pada tahun 2024. Antara syarikat Malaysia yang terlibat dalam sektor EMS seperti Ataims, SKP Resources, Uchi Technologies, dan P.I.E Industrial. 

ATE

Secara ringkasnya ATE membawa maksud automated test equipment yang digunakan dalam pembuatan barangan pengguna dan elektronik, automatif, IT dan telekomunikasi.

Pada tahun 2012 sektor ATE pasaran dunia mencatatkan keuntungan sebanyak USD 3.69 bilion dan dijangka meningkat sehingga USD 5.14 bilion pada tahun 2022.

 


< kembali ke laman blog utama