UMUM

9-JUL-2019

Perkara yang Anda Boleh Tahu dari AGM PPB 2019


 


PPB ni hot sahamnya. Tempat duduk dalam AGM pun penuh. Maklumlah, berkait rapat dengan Robert Kuok, saudagar paling kaya di Malaysia. Jadi, kali ini kita akan uncover perkara yang anda boleh tahu dari AGM PPB ni.

PPB ni buat apa?

Mungkin ada juga yang belum kenal dengan saham PPB ni. Di sini kami akan tulis sedikit info. PPB adalah syarikat konglomerat yang menjalankan bisnes seperti berikut:

Sebagai keseluruhan, keuntungan berkurang walaupun revenue meningkat berbanding tahun 2017. Bisnes dikatakan berjalan dengan baik secara keseluruhannya, walaupun menghadapi waktu yang mencabar pada tahun 2018.

PPB agm report

Industri Grain

Grain merupakan sebuah kategori besar bijian yang merangkumi gandum, oat, beras, jagung dan sebagainya. Dalam PPB, industri grain ataupun lebih spesifik tepung gandum dijalankan oleh FFM Group. Industri ini adalah penyumbang terbesar revenue dan keuntungan syarikat iaitu sebanyak RM3.15 bil revenue dan RM126 mil keuntungan. BOD juga mengatakan bahawa industri ini pada tahun 2018 adalah competitive dan juga volatile.

Urusniaga GSC

gsc cinema

Dua tahun yang lepas, ada berita yang spekulasikan perancangan PPB untuk menjual GSC. Soalan ini kembali timbul dan BOD mengatakan bahawa sekiranya urusniaga (deal) itu bagus, mereka mungkin akan jual. Kebelakangan ini, pengguna dilihat semakin berjimat dan oleh itu idea untuk menjual GSC masuk di akal sekiranya mereka mendapat urusniaga yang sesuai.

Leisure Mall

Salah satu hartanah komersial pegangan PPB iaitu Leisure Mall mengalami kekurangan pengunjung kerana peruncit besar di situ iaitu Giant telah berhenti menyewa. Mereka menjelaskan bahawa peruncit besar yang baru telah pun menandatangani perjanjian untuk menyewa premis. PPB juga memberikan komen bahawa industri shopping mall semakin perlahan dan mencabar iman.

Doorgift

ppb door gift

Doorgift yang diberi dalam AGM kali ini ialah barangan PPB yang termasuk roti Massimo, 2 baucer tiket wayang GSC, white coffee, sos thousand island, sabun pencuci baju dan juga shopping bag untuk tapau semua gift tu pulang ke rumah.


< kembali ke laman blog utama