TEKNIKAL

19-AUG-2018

Pengurusan Risiko, Emosi dan Duit


 


Ramai yang memberi fokus yang sangat besar pada saham apa nak dibeli, strategi apa yang okay dan cari komen berkaitan saham. Bila dah jumpa saham nak beli, dan harga saham turun, terus kita taktau nak buat apa. Kita pernah dengar "cut loss" tapi bila nak tekan "sell" tak mampu. Kenapa semua ini terjadi?

Sebabnya ialah tiada fokus pada elemen yang lebih penting dalam saham iaitu 3 jenis pengurusan utama:


1. Pengurusan Risiko (R)

2. Pengurusan Emosi (E)

3. Pengurusan Duit (D)


Mari kita bincangkan satu persatu di bawah.

Pengurusan Risiko
Pengurusan Risiko

Pelabur perlu mengetahui risiko melabur dalam saham berbanding membiarkan duit dalam tabung haji, risiko memilih short term berbanding long term, risiko memilih saham 20 sen berbanding RM2.00, risiko membeli warrant berbanding saham, risiko membeli 1 saham berbanding membeli 5 saham dan risiko tidak "cut loss" atau jual tanpa strategi.

Selepas memahami risiko yang bakal dihadapi, baru lah pelabur boleh membuat keputusan dengan lebih bijak. Contoh soalan yang pelabur kena tanya, "Berapa saya sanggup loss untuk mendapat keuntungan yang besar?".

Pengurusan Emosi
Pengurusan Emosi

Emosi memainkan peranan paling penting dalam saham. Selepas mengetahui kepentingan "cut loss", agak sukar untuk pelabur menjual saham kerana terfikirkan apa akan jadi kalau saham naik. Apa-apa keputusan perlu dibuat sebelum membeli saham, bukan selepas membeli saham.

Ada yang terlalu emosi sampai bila harga da naik banyak baru nak beli. Bila strategi kata BUY, tak nak tekan BUY sebab tak yakin, tapi bila harga da naik barulah rasa nak tekan BUY. Itu bukan follow strategi, tetapi follow emosi. Lawan emosi ialah strategi.

Pengurusan Duit
Pengurusan Duit

Tanpa modal, memang tak boleh melabur. Dah ada modal, kena pandai agihkan ke dalam beberapa saham. Masuk satu saham saja boleh, tapi akan terkena ujian emosi. Jadi kena "diversify" ke dalam 2-5 saham. Eh, technical analysis pun kena diversify ke? Saya akan kupas bab ni dalam topik akan datang.

Berapa modal minimum? Kalau nak long term, serendah RM500 da boleh masuk bulan2. Kalau nak mid term, RM1000 keatas. Short term pula RM2000 keatas. Apa-apa pun gunakan kalkulator iSaham untuk tengok untung ke tak selepas dikira brokerage fee.

Pengurusan Lain-lain

Banyak lagi pengurusan kena buat sebenarnya. Pengurusan minda ("mindset") - untung hari-hari vs untung bulan-bulan, dan jangan mudah terpedaya dengan gimik marketing. Pengurusan masa pun penting juga, kalau 24 jam tengok saham, tapi untung bulanan atau tahunan rendah sangat, susah juga tu. Lebih baik spend 15-30 minit sehari, tetapi untung berbaloi dengan masa yang digunakan. Orang kata, duit buat duit.

Jom kita salurkan fokus pada pengurusan risiko, emosi, duit, mindset, masa dan lain-lain yang sebenarnya merupakan sebahagian besar daripada setiap keputusan pelaburan kita.


< kembali ke laman blog utama