TEKNIKAL

17-JUN-2018

Pengenalan Candlestick


 


Setiap ilmu dalam saham ada kelebihan & personaliti tersendiri. Analisa fundamental memberi gambaran kekuatan kewangan syarikat dan boleh mengesan samada harga saham murah (di bawah pasaran) atau tidak. Indikator boleh menunjukkan kekuatan trend, belian dan jualan. Chart Pattern pula menunjukkan psikologi pembentukan harga saham.

Bagaimana pula dengan candlestick? Candlestick sesuai digunakan untuk fast trader. Bila nampak candle yang kuat keatas dan saham mempunyai kecairan yang tinggi, saham boleh diberi fokus untuk trading jangka masa sehari dua. Kalau ada candle pusingan di bawah, candle boleh dijadikan rujukan untuk bottom fishing. Signal candlestick boleh menunjukkan context pergerakan harga berbanding indikator yang hanya menunjukkan trend

Ok, candlestick ada satu masalah besar iaitu ada berpuluh-puluh pattern yang wujud dalam ilmu candlestick ini. Jadi trader akan mula confuse nak pakai pattern yang mana? Sebenarnya, anda tidak perlu tau kesemua pattern ini. Anda hanya perlu tau 2-3 sahaja ataupun kaedah gabungan pattern yang kami akan rungkaikan pada post-post akan datang. Tapi, cukuplah hari ni kami dedahkan bahawa pattern kegemaran kami ialah Morning Star.

Signal morning star menunjukkan kejatuhan saham yang kuat pada hari pertama diikuti dengan penyerapan pada hari kedua, dan weak sellers untuk kedua-dua hari ini berakhir dengan push up oleh gergasi-gergasi saham. Untuk pelabur jangka masa pendek, boleh membeli pada petang hari ketiga dan jual pada hari keempat atau kelima. Untuk pelabur jangka masa sederhana, boleh gabungkan strategi ini dengan signal-signal mid term yang lain seperti Ichimoku Power Up, HH HL Midterm & macam-macam lagi.


< kembali ke laman blog utama