UMUM

17-MAR-2021

Pemulihan Ekonomi Keluk-K


 


Penularan pasca pandemik Covid-19 telah menyebabkan kemelesetan paling teruk seluruh dunia serta telah meninggalkan kesan tidak setara dalam ekonomi. Krisis ini disusuli dengan penutupan sempadan dan perintah kawalan pergerakan setiap negara sehingga menyebabkan pelbagai sektor industri terjejas. Faktor ini menyebabkan satu keluk ekonomi baharu terhasil.

Apa itu Istilah Keluk?

Istilah keluk merupakan satu andaian yang digunakan oleh pakar ekonomi untuk meramalkan situasi pemulihan ekonomi sesebuah negara selepas berlakunya kemelesetan ekonomi. Kebiasaanya keluk digunakan seperti keluk Z, V, W, U.

Keluk-K

Keluk-K merupakan keluk yang baharu terbentuk berbanding keluk sebelum ni seperti keluk V, U, dan W. Pemulihan keluk-K berlaku apabila atau selepas kemelesatan ekonomi yang ketika itu berada di fasa pemulihan selepas terjadinya wabak Covid-19. Dalam fasa ini, ada beberapa sektor akan kembali mengembang dan beberapa sektor lain akan menguncup. Jika dilihat, pertumbuhan ekonomi menyerupai dua garis penjuru berbeza yang menyerupai seperti huruf K.

keluk-k

Gambar: uschamber.com

Dari sisi positifnya, pelbagai sektor semakin berkembang ketika fasa pemulihan seperti:

Hal ini dapat dilihat pada aplikasi seperti Zoom yang merupakan medium mengadakan mesyuarat serta perbincangan secara online. Ketika kuarantin dilaksanakan di seluruh dunia, orang ramai telah beralih kepada Zoom. Hal ini menyebabkan aplikasi ini telah memperoleh keuntungan sebanyak 3 billion selama 3 bulan. Kesannya, pasaran saham sektor tersebut melambung tinggi dan berlakunya peningkatan.

Berdasarkan graf dibawah, pendapatan Zoom meningkat sepanjang tahun fiskal berakhir pada 31 Januari 2021. Sekiranya pendapatan ini konsisten, ia akan meningkat pada setiap quarter report pada tahun 2021. Pendapatan Zoom berjumlah AS$2.65 bilion berbanding AS$623 juta pada tahun berikutnya. Sehingga 1 Mac Zoom Video mencatatkan market capital AS$120 bilion berbanding AS$31 bilion tahun sebelumnya.

Gambar : Peningkatan pendapatan Zoom (statista.com)

Industri berkaitan pertanian dan perkhidmatan seperti pelancongan antara industri yang terjejas teruk sepanjang tempoh kawalan dilaksanakan. Contohnya, industri pelancongan seperti hiburan, penerbangan, perhotelan dan pengangkutan mengalami kerugian. Pertumbuhan juga menguncup terutamanya dalam sektor perniagaan peruncitan, makanan dan minuman (F&B).

Kesan Dalam Negara

Di Malaysia, sektor perniagaan kecil merupakan salah satu sektor paling terkesan secara langsung disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan. Ini sekaligus telah merencatkan pendapatan yang diperoleh peniaga kecil terutamanya di kawasan luar bandar.

Pemulihan keluk-K ini juga dapat dilihat dalam kalangan masyarakat. Golongan T20 berpendapatan tinggi kurang terjejas berbanding golongan B40 dan M40. Golongan yang bekerja sendiri berisiko kehilangan mata pencarian menyebabkan kualiti kehidupan terjejas.

Jurang ketidaksamarataan ekonomi akan semakin ketara dalam sesebuah negara. Hal ini dapat dilihat apabila ekonomi berada di fasa pemulihan selepas pandemik Covid-19, golongan yang kaya akan semakin kaya, manakala yang bergaji rendah akan terjejas disebabkan pemotongan gaji dan kehilangan pekerjaan.


< kembali ke laman blog utama