UMUM

19-FEB-2026

Panduan Menerima Tawaran Take-over Bagi Pelanggan Mplus


AA    


  

Baru-baru ini, pasaran dikejutkan dengan berita Sunway Group membuat tawaran pengambil alihan atau biasa kita panggil Take-over terhadap salah satu syarikat pembinaan terbesar negara, iaitu IJM Corporation Berhad. Bayangkan anda ialah pemegang saham IJM. Tiba-tiba, satu tawaran rasmi dibuat untuk membeli semua saham anda  kebiasaannya pada harga premium berbanding harga semasa pasaran. Nampak menarik kan? Tetapi kat sinilah ramai yang keliru. Jika anda setuju untuk menerima tawaran tersebut, anda tidak boleh sekadar tekan butang “Sell” seperti biasa. Sebaliknya, penerimaan tawaran Take-over adalah satu proses manual yang memerlukan pengisian borang dan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi. Sebaliknya, jika anda tidak setuju dengan tawaran tersebut, anda tidak perlu melakukan apa-apa sehingga tarikh tawaran ditutup. Dalam blog kali ini, kami akan kongsikan secara terperinci bagaimana proses menerima sesuatu tawaran Take-over bagi pelanggan yang berdaftar di bawah Mplus. Kita akan gunakan contoh Take-over IJM yang sedang ditawarkan sekarang sebagai contoh utama blog ini. 

 

Apa itu Take-over?

 

Seperti yang kami terangkan secara terperinci dalam blog Take-over dalam saham,  Take-over ialah tindakan korporat di mana satu pihak sama ada individu, kumpulan pelabur, syarikat induk atau syarikat lain yang kita gelar sebagai pihak penawar membuat tawaran rasmi untuk membeli sebahagian besar pegangan saham sesebuah syarikat tersenarai (Syarikat Sasaran). Tujuan utama adalah untuk memperoleh kawalan pengurusan. Dengan pegangan saham majoriti, pihak penawar berhak melantik ahli lembaga pengarah baharu dan menentukan hala tuju syarikat. Dalam kes IJM dan Sunway ini, pihak Sunway Group adalah pihak penawar dan IJM Berhad adalah syarikat sasaran. 

 

Langkah 1: Menerima Dokumen Tawaran

 

Sesuatu proses Take-over bermula apabila anda menerima Offer Document dan Acceptance Form. Dokumen ini biasanya dihantar melalui:

Dalam dokumen tersebut, terdapat maklumat penting seperti harga tawaran, tempoh sah tawaran, serta syarat-syarat yang terlibat yang perlu dinilai dan dikaji oleh pemegang saham.

Jika pemegang saham memutuskan untuk menerima tawaran tersebut, dua dokumen berikut perlu dilengkapkan:

  1. Satu salinan borang Acceptance (Borang Penerimaan)
  2. Tiga salinan borang Transfer of Securities (FTF010 - Borang Pindah Milik Saham)

Borang FTF010 boleh diperoleh dengan menghubungi pihak broker untuk mendapatkan salinan terkini atau klik di sini.

 

Langkah 2: Melengkapkan Borang Transfer of Securities (FTF010)

 

Ini merupakan langkah paling kritikal kerana borang ini bertujuan memindahkan saham daripada akaun CDS anda kepada akaun CDS pihak pengambil alih.

Keperluan asas:

  1. Dapatkan borang Transfer of Securities. Boleh hubungi team iSaham Support melalui Telegram: https://t.me/isahamsupport  atau  E-mel: support@isaham.my
  2. Cetak borang sebanyak tiga (3) salinan secara one-sided
  3. Gunakan pen dakwat hitam atau biru
  4. Elakkan penggunaan liquid paper atau sebarang pemadaman (permohonan boleh ditolak)
  5. Baca “NOTES REGARDING THE COMPLETION AND LODGMENT OF THIS FORM” terlebih dahulu (Acceptance form)
  6. Pastikan tiada kesalahan ejaan atau nombor.

 

Panduan Melengkapkan Borang

a. Butiran Pendeposit (Maklumat Anda)

b. Butiran Saksi 

Penting: Saksi boleh dalam kalangan kawan atau saudara-mara. Suami isteri tidak dibenarkan menjadi saksi.

c. Butiran Penerima

d. Butiran Sekuriti

e. Kategori & Sebab Pindahan

  1. Tandakan X pada kotak B
  2. Sebab pindahan: Tandakan B1 (Take-over Offer)

 

 

Langkah 3: Melengkapkan Borang Acceptance

 

Borang ini berfungsi sebagai pengesahan bahawa anda bersetuju menerima tawaran. Contoh: Form of Acceptance Take-over IJM 

Keperluan Asas:

Perkara penting semasa mengisi:

 

 

 

 

Langkah 4: Semakan Dokumen & Bayaran

 

Sebelum menghantar borang ke pihak broker, semak dan lengkapkan semua borang dan pastikan semua dokumen berikut ada dan lengkap diisi:

✔ Borang Transfer of Securities (3 salinan)
✔ Borang Acceptance
✔ Tiga (3) salinan kad pengenalan (depan & belakang)
✔ Caj pemindahan sebanyak RM10.80 termasuk SST

Penting: Caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 jika ingin pihak Mplus menghantarkan semua borang kepada pihak Registrar. Jika tidak, selepas borang Transfer of Securities disahkan, anda perlu menghantarkan borang Acceptance bersama salinan borang Transfer of Securities yang disahkan Mplus kepada pihak Registrar.

 

Kaedah bayaran:

Kegagalan menyediakan dokumen lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak atau tertangguh. Jadi, bagi pelanggan yang berdaftar di bawah rakan kongsi remisier iSaham, anda boleh membuat semakan lanjut bersama kami sebelum menghantar ke pihak Mplus dengan menghubungi kami di Telegram iSaham Support. 

 

Langkah 5: Penghantaran Kepada Pihak Mplus

 

Dokumen fizikal perlu dihantarkan kepada pihak Mplus KL Eco City sama ada melalui kurier pos atau secara terus di alamat berikut:

Mplus KL Eco City

BO1-A-13A, Level 13A,

Menara 2, No, 3, Jalan Bangsar,

KL Eco City, Bangsar,

59200 Kuala Lumpur

603 2201 2100

 

Penghantaran hendaklah dibuat sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum tarikh tutup tawaran bagi memastikan proses berjalan lancar serta membolehkan kedua-dua borang dimajukan kepada pihak Registrar dalam tempoh yang ditetapkan.

Jika dihantar lewat, anda mungkin perlu menguruskan sendiri penerimaan tawaran melalui sistem dalam talian pihak registrar. Boleh rujuk arahan dalam acceptance form untuk keterangan lanjut. Contoh bagi IJM:

 

Kesimpulan

 

Proses menerima tawaran Take-over memang lebih teknikal berbanding transaksi jual beli biasa di pasaran terbuka. Namun, apa yang paling penting ialah anda faham dan lakukan kajian terhadap Take-over yang ditawarkan. 

Sebagai pelabur, pastikan anda:

Semoga panduan ini membantu anda menguruskan proses Take-over dengan lebih lancar dan teratur. Dalam blog seterusnya, kami akan terangkan secara terperinci bagaimana untuk menilai suatu tawaran Take-over. Sekiranya ada sebarang persoalan, atau ingin kami bantu anda menyemak dokumen yang telah diisi, anda boleh menghubungi kami di Telegram iSaham Support.  


< kembali ke laman blog utama