ASAS

17-AUG-2021

Menimbang Risiko dengan Sharpe Ratio


 


Terdapat pelbagai cara dan formula untuk menilai teknikal pergerakan saham sesuatu syarikat ataupun prestasi bisnes syarikat itu sendiri.

Penulisan ini akan memberi penjelasan tentang suatu nisbah utama yang diguna pakai oleh iSaham dalam menilai teknikal harga sesuatu syarikat iaitu nisbah Sharpe Ratio.

Walaupun nisbah Sharpe Ratio adalah nisbah analisis teknikal, iSaham turut memaparkan nisbah ini di dalam topik Fundamental. Nisbah ini boleh dilihat di page iSaham untuk setiap syarikat pada bahagian Fundamental dan di bawah subtopik Trend.

sharpe-ratio-isaham
Info tambahan

FCON adalah kaedah yang dicipta oleh iSaham untuk menilai fundamental sesebuah syarikat. FCON merupakan singkatan bagi perkataan Fundamental Consistency. LTS (long term stability) adalah hasil formula FCON bersama Sharpe Ratio.

Boleh tonton penjelasan yang ringkas dan padat tentang FCON dan LTS oleh CEO iSaham, Encik Anas Faris di link youtube ini.

Apakah itu Sharpe Ratio?

Di dalam pelaburan, Sharpe Ratio adalah suatu perbandingan purata pulangan pelaburan dalam sesuatu tempoh dan kemudian diselaraskan dengan risiko iaitu kekuatan turun naik (volatility) pelaburan tersebut. Nisbah ini juga dikenali sebagai risk-adjusted return.

Kaedah Sharpe Ratio ini dicipta oleh pemenang nobel, William F. Sharpe dan digunakan untuk membantu pelabur mengukur risiko sesuatu pelaburan. Nisbah ini boleh juga digunakan untuk menilai satu saham, ETF ataupun keseluruhan portfolio.

Formula Sharpe Ratio

formula-sharpe-ratio

Di mana:

Rp - pulangan pelaburan

Rf  - kadar pulangan bebas risiko

SDp - sisihan piawai (standard deviation) pelaburan

Rp merupakan kadar pulangan sesuatu pelaburan. Rf pula adalah kadar pulangan bebas risiko sesuatu pelaburan iaitu untuk Malaysia, 3-month Treasury Bill (risk free rate) adalah sebanyak 3%. SDp adalah sisihan piawai (standard deviation) turun naik (volatility) sesuatu pelaburan.

Nisbah Sharpe Ratio yang tinggi bermaksud pelaburan tersebut adalah pelaburan yang baik. Ia juga memberi gambaran bahawa pulangan pelaburan tersebut kurang dipengaruhi oleh risiko.

Berikut adalah ringkasan pengredan Sharpe Ratio:

Gred Penilaian
Atas 1 Cemerlang
Atas 0.66 Sangat baik
Atas 0.3 Baik
Bawah 0.3 Rendah

Kajian Kes Sharpe Ratio

Untuk lebih jelas tentang topik ini, kita akan melihat beberapa contoh situasi yang boleh terjadi di dalam pelaburan. Gambar ringkas pergerakan harga saham ditunjuk untuk membantu pelabur mendapat gambaran apakah itu volatility.

  1. Volatility sama, Pulangan berbeza
example-sharpe-ratio
Situasi 1: Graf harga saham Syarikat A dan Syarikat B.

Berdasarkan graf diatas, Syarikat A memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi berbanding Syarikat B. Pengerakan harga juga hampir sama iaitu volatility yang sama. Jika dikira mengunakan Sharpe Ratio, nisbah Syarikat A adalah lebih tinggi Syarikat B. Oleh itu, untuk volatility yang sama, saham yang memberi pulangan yang lebih tinggi mempunyai nisbah sharpe ratio yang lebih tinggi.

  1. Volatility berbeza, Pulangan sama
sharpe-ratio-example
Situasi 2: Graf harga saham Syarikat C dan Syarikat D.

Untuk situasi yang kedua, Syarikat C dan Syarikat D memberi pulangan pelaburan yang sama. Namun begitu, pergerakan harga Syarikat D lebih stabil dan kurang volatilite berbanding Syarikat C. Jika dikira mengunakan Sharpe Ratio, nisbah Syarikat D adalah lebih tinggi dari Syarikat C. Oleh itu, jika pulangan sama adalah sama, saham yang mempunyai volatility yang rendah mempunyai lebih tinggi nisbah sharpe ratio.

  1. Volatility berbeza, Pulangan berbeza
sharpe-ratio-example
Situasi 3: Graf harga saham Syarikat X dan Syarikat Y.

Untuk situasi yang ketiga, Syarikat X memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi dari Syarikat Y. Namun begitu, pergerakan harga saham Syarikat X lebih volatile berbanding Syarikat Y.

Untuk contoh ini, peratus Malaysia 3-month Treasury Bill adalah 3% dan standard deviation untuk Syarikat X adalah 7. Manakala standard deviation untuk Syarikat Y adalah 3.

Jika dikira mengunakan nisbah Sharpe Ratio, nisbah Sharpe Ratio Syarikat X adalah 1.0 manakala Syarikat Y adalah 1.3. Ini bermaksud melabur di dalam Syarikat Y adalah lebih bagus berbanding Syarikat X.

Oleh itu, nisbah sharpe ratio akan lebih tinggi jika volatility lebih rendah, kemudian baru diikuti dengan berapa pulangan saham tersebut. Ini merupakan contoh gambaran kasar sahaja. Untuk lebih tepat perlu membuat kiraan kerana nisbah sharpe ratio merupakan cara menilai saham secara kuantitatif.

Kelemahan Sharpe Ratio

Dalam ilmu statistik, Sharpe Ratio menganggap pulangan pelaburan adalah distribusi normal (normal distribution). Namun begitu, data pulangan dari pelaburan tidaklah bersifat seperti begitu.

Data taburan pulangan pelaburan bersifat condong (skewness) iaitu tidak simetri dari data purata pulangan. Ini kerana harga saham boleh meningkat atau menurun dengan drastik dalam situasi tertentu.

Kesimpulan

Di dalam pelaburan, selain mengejar keuntungan, pelabur juga seharusnya menimbang risiko yang boleh terjadi. Setiap pelaburan ada risikonya.

Sharpe Ratio memberi gambaran segera prestasi dan trend harga sesuatu saham dengan diselaraskan oleh risiko walaupun tanpa melihat graf saham tersebut.

Berdasarkan formula Sharpe ratio, pelaburan yang baik adalah pelaburan yang rendah risiko kemudian baru diikuti dengan pulangan pelaburan yang baik.

Sharpe Ratio lebih effektif jika digunakan untuk membandingkan beberapa saham berpotensi yang kita minati, contohnya membandingkan saham-saham uptrend yang di dalam watchlist kita.

Di dalam platform iSaham, selain memberi informasi nisbah Sharpe Ratio setiap saham, iSaham juga menyediakan screener khas Sharpe Ratio untuk menapis saham-saham berpotensi berdasarkan nilai Sharpe Ratio tersebut.

Screener iSaham yang menapis saham berpotensi berdasarkan nisbah Sharpe Ratio dalam tempoh 3 tahun, 1 tahun, 6 bulan dan 3 bulan.

< kembali ke laman blog utama