TEKNIKAL

23-FEB-2022

Menggunakan Stochastic Sebagai Panduan Dagangan


 


Stochastic merupakan satu petunjuk atau indikator yang mengukur momentum pergerakan harga sesuatu saham pada tempoh masa tertentu. Stochastic ini dicipta oleh George Lane pada akhir tahun 1950-an dan telah menjadi salah satu indikator paling banyak digunakan oleh pelabur dalam analisis teknikal.

Formula stochastic

Formula untuk mengira stochastic adalah seperti berikut:

Formula stochastic

Jika dilihat dalam indikator stochastic ada 2 garisan iaitu:

Pengenalan garisan stochastic

Kaedah penggunaan stochastic

Tiga kaedah yang boleh digunakan dengan stochastic oscillator iaitu:

Mengesan overbought & oversold

Stochastic oscillator adalah penunjuk teknikal yang boleh digunakan untuk mengenalpasti saham overbought dan oversold. Stochastic mempunyai 2 level iaitu di bawah 20% dan di atas 80%. Menurut teori teknikal, bacaan stochastic di bawah 20% dianggap sebagai oversold, petanda bahawa sesebuah saham itu berada di paras terlebih jualan. Manakala, bacaan stochastic yang melebihi 80% dianggap sebagai overbought, bermaksud saham tersebut berada di paras terlebih belian.

Mengesan overbought dan oversold menggunakan stochastic

Persilangan garisan stochastic

Persilangan disini merujuk kepada titik di mana garis stochastic cepat (%K) bersilang dengan garis stochastic perlahan (%D). Berdasarkan gambar rajah di bawah, kita dapat lihat 2 simbol bulatan iaitu hijau dan merah.

Bulatan hijau menunjukkan garisan %K (biru) bersilang ke atas garisan %D (merah). Mengikut teori teknikal, ia menunjukkan isyarat terdapat peningkatan momentum dan pembelian sesebuah saham. Sebaliknya, apabila garisan %K (biru) bersilang ke bawah garisan %D (merah), menunjukkan momentum penjualan dan penurunan harga saham. Penurunan ini dapat dilihat melalui bulatan merah di gambar rajah di bawah.

Carta persilangan stochastic

Stochastic Divergence

Stochastic divergence merupakan satu kaedah untuk melihat kemungkinan reversal trend terjadi. Divergence berlaku apabila pergerakan tinggi dan rendah harga tidak sama atau selari dengan pergerakan tinggi dan rendah garisan stochastic. Terdapat dua jenis divergence iaitu bullish dan bearish.

Bullish divergence

Bullish divergence merupakan situasi apabila harga saham membuat lower low berbanding paras rendah sebelumnya, tetapi stochastic oscillator berada di higher low dari paras terendah sebelumnya. Higher low di stochastic memberikan jangkaan bahawa momentum pergerakan harga untuk menurun telah berkurang dan perubahan trend (uptrend) mungkin akan berlaku.

Contoh bullish divergence
Gambar: StockCharts

Bearish divergence

Bearish divergence pula merupakan situasi apabila harga saham membuat higher high berbanding paras tinggi sebelumnya, tetapi stochastic oscillator berada di lower high dari paras tertinggi sebelumnya. Lower high di stochastic memberikan jangkaan bahawa momentum pergerakan harga untuk menaik telah berkurang dan perubahan trend (downtrend) mungkin akan berlaku.

Contoh bearish divergence
Gambar: StockCharts

Kelemahan stochastic oscillator

Walaupun banyak kaedah dan manfaatnya, stochastic juga mempunyai kelemahan apabila digunakan dalam analisa teknikal. Salah satu daripadanya ialah berkemungkinan menghasilkan isyarat palsu. Adakalanya isyarat yang ditunjuk tidak mengikut apa yang di jangkakan. Tambahan pula, isyarat palsu ini boleh berlaku agak kerap semasa keadaan pasaran tidak menentu.

Kesimpulan

Seperti indikator yang lain, stochastic hanyalah berfungsi sebagai panduan ketika mengkaji pasaran saham. Oleh itu, pelabur yang bijak akan mengkaji terlebih dahulu sesebuah saham sebelum membuat keputusan dagangan dan mempunyai trading plan masing-masing.

Rujukan


< kembali ke laman blog utama