TEKNIKAL

03-JUN-2022

Mengenali 4 Jenis Carta dalam Analisis Teknikal


 


Sebelum memasuki dunia pelaburan, adalah sangat penting bagi pelabur untuk mempelajari asas-asas pelaburan supaya dapat membuat kajian sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.

Analisis fundamental dan teknikal merupakan dua kaedah asas yang digunakan ketika mengkaji sesuatu saham. Mungkin ada yang pernah pernah belajar fundamental analisis semasa di universiti, dimana perlu kira beberapa ratio, kaji background syarikat dan sebagainya. Tapi lain pula dengan teknikal analisis, pelabur perlu kaji carta saham untuk tentukan mana nak entry, mana nak exit, apa nak buat kalau strategi tak jadi dan pelbagai lagi.

Tapi sebelum nak pergi ke advance level, kena tahu dulu asasnya. Kali ini kami akan ceritakan tentang 4 jenis carta yang boleh anda guna dalam mengkaji sesuatu saham.

Line Chart

Line chart merupakan chart paling mudah untuk digunakan semasa menganalisa sesuatu saham. Line chart membentuk garis yang menghubungkan titik-titik closing price saham tersebut untuk tempoh masa tertentu.

Paksi-x menunjukkan skala masa, iaitu timeframe yang digunakan seperti monthly, weekly, daily, hourly dan sebagainya. Manakala, paksi-y menunjukkan harga saham tersebut.

Gambar di bawah merupakan contoh line chart:

Line chart
Line chart

Kelebihan

Kekurangan:

Candlestick chart

Candlestick telah wujud sejak abad ke-17 di Jepun sebelum ia menjadi popular di Amerika Syarikat. Carta candlestick merupakan carta paling banyak digunakan dalam kalangan pelabur.

Candlestick
4 data penting dalam carta candlestick

4 data penting dalam carta candlestick ialah Open, High, Low dan Close atau selalu juga dipendekkan menjadi OHLC mengikut abjad depan huruf. Definisi OHLC adalah seperti berikut:

Open (O) - Harga buka

High (H) - Harga tertinggi

Low (L) - Harga terendah

Close (C) - Harga tutup

Cara mudah nak memahami candle ini ialah dengan mengenalpasti Badan (Body) dan Ekor (Shadow). Badan candlestick adalah bahagian yang terbentuk dari pergerakan harga buka dan tutup. Ekor pula adalah bahagian yang terbentuk apabila harga saham melepasi harga buka atau tutup.

Warna Badan Candlestick Maksud
Hijau Harga tutup lebih tinggi dari harga buka
Merah Harga tutup lebih rendah dari harga buka

Gambar di bawah merupakan contoh carta candlestick:

Candlestick chart
Candlestick chart

Kelebihan:

Kekurangan:

Bar chart

Bar chart juga merupakan di antara carta yang popular yang digunakan oleh para pelabur. Carta bar ini menunjukkan berbilang bar harga, dimana mempunyai maklumat harga sama seperti candlestick iaitu Open, High, Low dan Close (OHLC).

Data dalam bar chart
4 data penting dalam bar chart

Namun, bentuknya tidak sama seperti candlestick. Setiap bar mempunyai satu garis menegak yang menunjukkan harga tertinggi (High) dan juga terendah (Low). Harga buka (Open) ditandai dengan garisan mendatar kecil di sebelah kiri, manakala harga tutup (Close) ditandai dengan garisan mendatar kecil di sebelah kanan.

Warna Bar Harga Maksud
Hijau Harga tutup lebih tinggi dari harga buka
Merah Harga tutup lebih rendah dari harga buka

Gambar di bawah merupakan contoh bar chart:

Bar chart
Bar chart

Kelebihan:

Kekurangan:

Heikin-Ashi

Bentuk dan rupa Heikin-Ashi ini seakan sama dengan Japanese candlestick yang biasa digunakan oleh para pelabur. Tetapi, kegunaan candle Heikin-Ashi yang terbentuk berbeza dengan candlestick tersebut.

Di Jepun, Heikin-Ashi bermaksud average bar atau bar purata dimana ia digunakan untuk mengenal pasti trend pasaran saham. Kaedah Heikin-Ashi yang menggunakan data harga purata yang membantu menapis noise jangka pendek menjadikan carta saham lebih mudah untuk dibaca dan trend juga lebih mudah untuk dianalisa. Kami juga pernah tulis artikel tentang strategi Heikin-Ashi di sini.

Gambar di bawah merupakan contoh Heikin-Ashi chart:

Heikin-ashi
Heikin-Ashi chart

Kelebihan:

Kekurangan:

Kesimpulan

Jenis carta yang dibincangkan di atas adalah antara yang paling popular digunakan oleh pelabur semasa menganalisis saham. Setiap jenis carta tersebut ada kelebihan dan kekurangannya. Tidak semua carta sesuai digunakan oleh setiap pelabur. Mungkin ada sestengah orang memilih candlestick chart sahaja, manakala yang lain menggabungkan candlestick dan line chart. Semuanya ditentukan oleh citarasa dan kesesuaian pelabur tersendiri. Oleh itu, cuba try test mana satu yang sesuai dengan diri anda.


< kembali ke laman blog utama