TEKNIKAL

15-NOV-2018

Membeli Saham yang Berpotensi Masuk Indeks


 


Tower

FBMKLCI ialah indeks yang menjadi kayu ukur prestasi syarikat2 di bursa malaysia. Selalu bila dikatakan market kita tengah bagus atau tengah bergoyang, itu merujuk kepada FBMKLCI. 30 syarikat terbesar (dan terpilih) akan dimasukkan ke dalam indeks ini dan dikemaskini beberapa kali setahun.

Kenapa penting? Syarikat yang terbesar (dan terpilih) selalunya ialah syarikat yang sudah berkembang dengan jayanya dan kukuh. Sebab tu ada fund pasif yang hanya membeli indeks sahaja, dan sebenarnye mengalahkan 70% fund yang mempunyai fund manager aktif.

Satu strategi yang berguna disini ialah mencari syarikat yang berpotensi masuk indeks, sebab salah satu kriteria penting dalam pemilihan indeks ialah syarikat mestilah mempunyai market capitalization yang besar (antara top 30-40).

Antara kelebihan strategi ini ialah, pertamanya, anda membeli syarikat yang kukuh dan kuat, dan keduanya, apabila saham masuk ke dalam indeks, fund yang track indeks akan adjust portfolio masing2 dan membeli saham2 ini. Belian yang kuat menambahkan demand pada saham, dan menguatkan harga saham. Contoh saham yang berjaya sebelum ini ialah NESTLE, HARTA dan DIALOG.

Kali ini kita dapat lihat harga TOPGLOV sudah semakin kuat dengan harapan kuat masuk ke dalam indeks manakala TM sudah berada di paras lemah kerana bakal terkeluar dari indeks. Kejatuhan sementara boleh dijadikan peluang untuk membeli saham2 seperti ini (ini hanyalah idea strategi dan bukannya buy call). Risiko: saham / market cap boleh jatuh dengan drastik pada bila2 masa, dan saham yang market cap tinggi juga boleh tidak terpilih ke dalam indeks.


Potential FBMKLCI Inclusion

Saham berpotensi masuk indeks ialah TOPGLOV diikuti dengan WPRTS (kebarangkalian lebih rendah). Screener: Potential FBMKLCI Inclusion


Potential FBMKLCI Exclusion

Saham berpotensi besar keluar daripada indeks ialah TM. Screener: Potential FBMKLCI Exclusion


Konsep yang sama untuk indeks MSCI


Indeks lain yang boleh dipantau dengan konsep yang sama ialah MSCI Index di mana ada fund yang menggunakan fund ini sebagai kayu ukur membeli. Saham QL baru masuk senarai indeks manakala MYEG, ASTRO, FGV dan UMW tumpas dan terkeluar daripada indeks ini. Untuk melihat saham yang berpotensi masuk pada masa akan datang, boleh rujuk screener Potential MSCI Inclusion.


< kembali ke laman blog utama