UMUM

8-JUN-2021

Krisis Kenaikan Harga Minyak 1973


 


Minyak petrol merupakan salah satu komoditi yang penting dalam input sektor ekonomi dan kehidupan seharian masyarakat. Ia sering digunakan dalam pengangkutan, pembinaan dan sebagainya. Setiap kenaikan dalam pasaran harga minyak mentah pastinya akan memberi kesan positif dan negatif dalam pembangunan sesebuah negara. Tetapi tahukah anda krisis OPEC 1973 merupakan krisis peningkatan harga minyak yang pertama berlaku dalam sejarah dunia.

Punca

Krisis ini bermula apabila 12 anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah bersetuju dan bersepakat melaksanakan Embargo minyak pada 19 Oktober 1973. Perlaksanaan ini dilakukan dengan memboikot dan menghentikan eksport petroleum ke negara Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, sekatan ini juga ditujukan kepada beberapa buah negara seperti Kanada, Jepun, Belanda, United Kingdom, Portugal dan Afrika Selatan.

pertempuran di bukit golan
Pertempuran yang berlaku di Bukit Golan antara tentera Israel dan Syria. Gambar: britannica.com

Bagaimana ia bermula?

Sekatan ini dilaksanakan kepada negara yang memberi sokongan terhadap negara Israel yang terlibat dalam peperangan Yom Kippur. Ia juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1973 atau Perang Ramadan. Semasa peperangan ini berlaku, Amerika Syarikat telah menyediakan dana sebanyak USD 2.2 bilion untuk membekalkan kelengkapan peralatan peperangan. Peperangan ini melibatkan pertempuran antara Israel dengan Mesir di semenanjung Sinai dan Syria di Bukit Golan.

Tindakan Richard Nixon

Bukan itu sahaja, pada tahun 1971 Presiden ke-37 Amerika Syarikat iaitu Richard Nixon telah bersepakat menarik diri daripada Perjanjian Bretton Woods yang telah wujud semenjak tahun 1944. Sistem Bretton Woods merupakan satu sistem pengurusan matawang antarabangsa yang melibatkan penjanjian 44 buah negara dalam menentukan pertukaran nilai mata wang dolar dengan emas.

Setiap pertukaran 1 aunz (28.349 gram) emas bersamaan harga USD 35. Sistem ini akan memerlukan negara di dunia hanya boleh melaksanakan penukaran emas dengan kadar pertukaran dolar sahaja. Apabila Amerika menarik diri dalam penjanjian ini, ia telah memberi kesan terhadap negara lain.

persidangan bretton woods
Persidangan Bretton Woods yang diadakan pada tahun 1944. Gambar: britannica.com

Tindakan ini dilaksanakan oleh Nixon untuk mengelakkan negara yang menandatangani penjanjian menuntut hak yang sama rata dalam pertukaran jumlah emas yang sama dengan dolar Amerika yang berada dalam rizab simpanan. Sekiranya Amerika memungkiri janji atau gagal menunaikan tuntutan, ia boleh menyebabkan berlakunya muflis. Satu risiko yang tidak ingin dihadapi.

Selepas Amerika menarik diri, harga emas telah melonjak naik dan harga dolar telah susut nilai sehingga menjunam jatuh. Secara langsungnya, ia memberi kesan terhadap negara OPEC dari segi jumlah pendapatan yang diperolehi. Hal ini disebabkan kebanyakkan kontrak dan penjanjian urusan jual beli petroleum dilaksanakan menggunakan transaksi pembayaran matawang dolar Amerika. Untuk mengatasi masalah ini, OPEC telah mengubah sistem dengan menetapkan harga minyak berdasarkan jumlah emas.

Kesan kepada pasaran minyak dunia

Sepanjang berlakunya sekatan embargo dari Oktober 1973 sehingga Mac 1974 menyebabkan peningkatan harga minyak dunia dari USD 25.97 setong pada 1973 kepada USD 46.35 setong pada 1974. Peningkatan harga ini selari dengan peningkatan kadar inflasi pada ketika itu. Kenaikan ini telah memberikan gambaran positif terutamanya kepada negara OPEC yang memiliki hampir 86% pasaran dalam pengeluaran petroleum dunia.

Tindakan embargo ini langsung tidak memberi kelebihan kepada Amerika yang pada ketika itu berhempas pulas untuk melaksanakan catuan dan pengurangan permintaan terhadap petroleum. Hal ini disebabkan pengeluaran dan penawaran bekalan minyak Amerika semakin berkurangan.

pengurangan penawaran minyak mentah
Gambar: npr.org

Ia menyebabkan beberapa tindakan telah dilaksanakan:

Kemelesetan Ekonomi Dunia

Secara tidak langsungnya, negara Amerika terus mengalami kemelesetan ekonomi yang menyebabkan berlakunya kadar inflasi meningkat sehingga 10%. Manakala negara lain seperti Britain mengalami inflasi sehingga 25% yang telah menyebabkan tekanan hidup kepada masyarakat pada ketika itu.

Disebalik krisis ini, rakyat mula menyedari dan beralih kepada alternatif lain seperti kenderaan yang lebih jimat petrol. Kesannya, perusahaan yang menawarkan kenderaan kecil seperti Toyota, Honda dan Nissan telah menguasai pasaran penjualan kenderaan di Britain.


< kembali ke laman blog utama