| Bull/Bullish |
Prestasi pasaran dalam keadaan menaik / banyak belian / indeks hijau |
| Bear/Bearish |
Prestasi pasaran dalam keadaan menurun / banyak jualan / indeks merah |
| Uptrend |
Harga saham dalam keadaan menaik sama ada untuk jangka masa short/mid/long term |
| Downtrend |
Harga saham dalam keadaan menurun sama ada untuk jangka masa short/mid/long term |
| Sideway |
Harga saham dalam keadaan mendatar sama ada untuk jangka masa short/mid/long term |
| Reversal |
Kaunter yang berubah dari uptrend ke downtrend dan sebaliknya |
| Support |
Paras di mana saham dikatakan susah meneruskan penurunan. Harga dipercayai akan terus menurun sekiranya paras ini ditembusi |
| Resistance |
Paras di mana saham dikatakan susah meneruskan kenaikan. Harga dipercayai akan terus menaik sekiranya paras ini ditembusi |
| RBS |
Resistance become support - Paras harga yang dahulunya resistance menjadi paras support yang baru |
| Limit up |
Paras tertinggi harga sesebuah saham dibenarkan menaik dalam sehari |
| Limit down |
Paras tertinggi harga sesebuah saham dibenarkan menurun dalam sehari |
| Gap up |
Harga buka lebih tinggi dari penutup semalam |
| Gap down |
Harga buka lebih rendah dari penutup semalam |
| Q buy |
Beratur/masukkan pesanan untuk membeli |
| Q sell |
Beratur/masukkan pesanan untuk menjual |
| Sell/Exit |
Jual saham |
| Buy/Entry |
Beli saham |
| Hold |
Simpan saham |
| Pullback |
Harga jatuh yang sementara setelah beberapa siri kenaikan |
| Retrace |
Sama seperti pullback |
| Rebound |
Harga naik yang sementara setelah beberapa siri penurunan |
| Market Crash |
Kejatuhan besar dan lama pada keseluruhan pasaran saham ketika ekonomi tak sihat |
| Correction |
Penurunan harga saham untuk jangka masa agak lama setelah beberapa siri kenaikan dalam uptrend |
| EP |
Entry Price - Paras harga yang disarankan untuk beli |
| CL |
Cut Loss - Paras harga yang disarankan jual berdasarkan EP |
| TP |
Target Price - Paras harga yang dijangka akan dicapai dan pelabur akan mengambil untung kenaikan, juga dikenali sebagai take profit |
| Take Profit |
Sama seperti target price |
| Stop Loss |
Sama seperti CL |
| BO |
Break Out - Harga melebihi paras yang dijangka akan tercapai |
| Capital Gain |
Keuntungan modal daripada harga pasaran saham terkini berdasarkan modal belian |
| Capital Loss |
Kerugian modal daripada harga pasaran saham terkini berdasarkan modal belian |
| Diversify |
Mempelbagaikan pegangan saham untuk mengurangkan risiko pelaburan |
| Portfolio |
Koleksi jenis saham yang dilaburkan/dibeli |
| Saham Terapung |
Juga dikenali sebagai floating share, merupakan jumlah saham yang boleh didagangkan dalam pasaran |
| Shareholder |
Pemegang saham |
| Dividen |
Perkongsian keuntungan syarikat saham yang diberikan kepada pemegang saham |
| Bonus Issue |
Terbitan saham syarikat untuk diapungkan dan ditawarkan kepada pemegang saham |
| Share Split |
Juga dikenali sebagai subdivision of shares, setiap unit saham dalam pasaran dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil, menambahkan bilangan saham terapung |
| Share Consolidation |
Juga dikenali sebagai reverse share split, beberapa unit saham dalam pasaran digabungkan menjadi satu, mengurangkan bilangan saham terapung |
| Rights Issue |
Dana tambahan yang dibangunkan oleh syarikat untuk aktiviti bisnes. Dana dibangunkan dalam bentuk jualan waran atau saham tambahan |
| Waran |
Terbitan instrumen dagangan yang boleh diubah menjadi saham induk |
| PLC |
Public Listed Company - Syarikat tersenarai awam |
| Blue Chip |
Saham yang berkualiti dan bernilai tinggi |
| Small Cap |
Saham yang mempunyai bahagian pasaran yang kecil dalam prospek perniagaan |
| Mid Cap |
Saham yang mempunyai bahagian pasaran yang sederhana dalam prospek perniagaan |
| Short Term |
Jangka masa pendek (30 hari ke bawah) |
| Short Term |
Jangka masa sederhana (30 - 100 hari) |
| Long Tern |
Jangka masa panjang (100 hari ke atas) |
| Indeks |
Penanda aras dalam setiap sektor, diwakili oleh 30 kaunter terpilih |
| IPO |
Initial Public Offering - Saham syarikat yang ditawarkan kepada orang ramai sebelum diapungkan |
| Lot |
100 unit saham |
| Ordinary share |
1 unit saham |