UMUM

17-JUN-2020

Kenapa Tiba-tiba Ada Saham OR dalam Portfolio


 


coin 50 5 cent

Tak ramai di antara kita yang melabur saham ni rajin baca atau mungkin tak begitu ambil berat tentang pengumuman syarikat di Bursa, walaupun saham tu kita pegang. Jadi ada yang tengok portfolio, tiba-tiba muncul saham yang tak dikenali. Contohnya saham -OR, -PR, dan lain-lain. Sebenarnya kalau anda semak pengumuman syarikat, anda boleh jumpa jawapannya, dan sebagai memudahkan urusan anda, kami tuliskan tentang kes-kes ini.

Saham muncul dari pelaksanaan Rights Issue

Kebanyakan kes-kes saham yang tak dikenali masuk ke dalam portfolio anda adalah berkaitan dengan Rights Issue. Ia adalah salah satu corporate exercise yang membolehkan syarikat mengumpul dana untuk perniagaan.

Butiran mengenai kegunaan dana pun ada diterangkan dalam pengumuman syarikat. Nak baca setiap butiran pasal rights issue ni mungkin agak susah. Namun, ada beberapa ciri-ciri saham terbitan ini yang boleh berikan maksud yang agak relevan kepada anda sebagai pemegang saham.

1. Jenis terbitan hak

Dalam pelaksanaan rights issue, ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh syarikat. Antaranya penawaran hak dalam bentuk ordinary rights atau preference rights yang juga boleh disertai penawaran waran. Apabila sampai tarikh ex-Date, anda akan terima hak terbitan atau "saham anak" dalam bentuk ABC-OR atau ABC-PR.

dayang rights issue listing

Inilah sebabnya saham -OR, -PR atau -WA muncul dalam portfolio anda. Sama ada -OR, -PR, atau WA sebenarnya mungkin tak begitu penting kepada anda, kerana anda mungkin akan jual pegangan hak terbitan ini. Namun kalau anda tak nak jual, hak terbitan ini boleh ditukar kepada saham induk dengan harga diskaun.

2. Penyenaraian saham terbitan

Anda boleh lihat pada pengumuman rights issue yang berkaitan sama ada saham hak terbitan ini akan disenaraikan dalam Bursa.

dayang rights issue listing

Sekiranya ia tersenarai, maknanya anda boleh jual hak terbitan ini kepada pelabur lain. Dalam kes ini, hak untuk penukaran saham ini pula akan diberikan kepada pemegang saham yang baru tadi.

3. Tawaran hak terbitan boleh ditolak

Dalam pengumuman rights issue, anda mungkin akan terjumpa dengan istilah renounceable rights. Dari segi terjemahan, renounceable rights bermaksud hak yang boleh ditolak. Maksud dalam penawaran hak saham, pemegang saham akan diberikan keutamaan untuk membeli saham baru terbitan syarikat pada harga diskaun.

dayang renounceable rights issue

Namun sekiranya anda tidak berminat, anda tidak perlu isi borang untuk menukarkan hak terbitan ini kepada saham induk walaupun masih memegang saham hak terbitan ini. Dalam kes ini, hak terbitan ini dikira hangus apabila tak ditukar kepada saham induk.

4. Penerimaan tawaran hak terbitan

Sekiranya anda berminat untuk membeli hak terbitan, anda boleh baca prospektus untuk rights issue yang dicadangkan ini. Mengikut peraturan Bursa, syarikat tersenarai adalah diwajibkan untuk mengeluarkan butiran tentang dana yang ingin dibangunkan ini. Sebagaimana syarikat yang ingin tersenarai dengan IPO, syarikat yang ingin membangunkan dana ini perlu menjelaskan butiran dana supaya dapat membantu pelabur membuat keputusan.

Sebagai pelabur, sekiranya anda yakin dengan strategi syarikat untuk kegunaan dana tersebut, anda bolehlah beli mengikut prosedur tertentu. Anda perlu memiliki hak terbitan ini dan isi borang untuk menukarkan hak terbitan itu kepada saham induk.

5. Apa tindakan yang sesuai untuk kebanyakan kes apabila muncul OR?

Dalam kebanyakan situasi, syarikat yang menerbitkan right issue untuk mengumpul dana ialah syarikat yang bermasalah kerana tidak dapat mengumpul dana dengan cara lain. Apabila muncul sahaja OR ini, untuk elakkan pening kepala, pelabur perlu jual serta merta sebelum tidak ada lagi orang nak beli saham tersebut. Untuk elakkan daripada perlu bertindak segera (fast hand) untuk menjual OR ini, pelabur lebih digalakkan untuk tidak membeli saham yang nak terbitkan OR, atau jual serta merta apabila tahu saham nak terbitkan OR ini. Pengumuman right issue boleh dijumpai di link ini.


< kembali ke laman blog utama