UMUM

05-NOV-2025

Kenapa Saham Dapat Notis UMA dan Apa Maksudnya?


AA    


 

Dalam pasaran saham, turun naik harga dan volume dagangan adalah perkara biasa. Namun, ada kalanya pergerakan yang berlaku terlalu luar biasa. Sama ada peningkatan mendadak atau kejatuhan drastik sehingga menarik perhatian Bursa Malaysia. Dalam keadaan sebegini, Bursa mungkin akan mengeluarkan satu notis rasmi yang dikenali sebagai UMA Query (Unusual Market Activity) kepada syarikat tersenarai yang terlibat. Contoh terbaru, notis UMA yang dikeluarkan kepada syarikat MMAG Holdings Berhad yang turun lebih 50 peratus dalam hanya 1 hari. 

 

 

Dalam blog kali ini, kami akan menerangkan serba sedikit apa itu UMA, bila ia dikeluarkan, serta mengapa ia penting kepada pelabur.

 

Apa itu UMA?

 

Unusual Market Activity (UMA) merujuk kepada keadaan di mana berlaku perubahan ketara dan sukar dijelaskan terhadap harga atau volume dagangan (atau kedua-duanya sekali) bagi sesuatu saham. Bursa Malaysia mengamalkan panduan antarabangsa dengan mengeluarkan UMA Query sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan integriti dan ketelusan pasaran saham tempatan sentiasa terpelihara.

 

Tujuan UMA Query

 

UMA bukanlah satu bentuk hukuman, tetapi satu alat pendedahan maklumat yang berperanan penting dalam menjaga ketelusan pasaran.

Antara tujuan utamanya ialah untuk:

  1. Menggesa syarikat tersenarai supaya mendedahkan sebarang maklumat material yang belum diumumkan, seperti pengumuman korporat atau transaksi penting, selaras dengan keperluan Listing Requirements Bursa Malaysia; dan

  2. Memberikan maklumat tambahan kepada pelabur agar mereka dapat membuat keputusan pelaburan yang lebih berinformasi berdasarkan perkembangan sebenar syarikat.

Menurut Main dan ACE Market Listing Requirements, setiap penerbit tersenarai yang menerima UMA Query wajib memberi maklum balas kepada Bursa dengan segera.

 

Bila Notis Uma akan dikeluarkan

 

Tidak semua pergerakan harga luar biasa akan menyebabkan UMA dikeluarkan. Bursa Malaysia akan terlebih dahulu menilai pelbagai faktor seperti:

Hanya apabila pergerakan harga atau volume dagangan dilihat signifikan dan tidak dapat dijelaskan secara munasabah, barulah Bursa akan mengeluarkan UMA.

Setiap keputusan untuk mengeluarkan UMA dibuat melalui garis panduan dalaman yang ketat bagi memastikan keadilan dan konsistensi dalam pemantauan pasaran.

 

Apa yang Perlu Dilakukan oleh Syarikat Apabila Menerima Notis UMA

 

Apabila sesuatu syarikat menerima UMA, mereka perlu melakukan siasatan dalaman segera melibatkan:

  1. Pengarah dan pemegang saham utama

  2. Sebarang khabar angin atau laporan yang mungkin mempengaruhi pergerakan harga saham

  3. Sebarang penjelasan lain yang berpotensi menjelaskan aktiviti pasaran luar biasa tersebut

Hasil siasatan itu perlu disampaikan kepada Bursa Malaysia dalam tempoh masa yang ditetapkan.

 

Kepentingan Maklum Balas UMA kepada Pelabur

 

Walaupun kadangkala jawapan syarikat hanyalah,
“Lembaga tidak menyedari sebarang sebab bagi pergerakan harga dan/atau aktiviti dagangan luar biasa tersebut,” maklumat ini tetap penting bagi pelabur.

 

 

Maklum balas sebegini menunjukkan bahawa tiada faktor fundamental atau perkembangan korporat yang menjelaskan pergerakan luar biasa itu memberi isyarat bahawa perubahan harga mungkin didorong oleh aktiviti spekulatif semata-mata.

Oleh itu, pengumuman balas UMA membantu pelabur menilai sama ada sesuatu kenaikan atau kejatuhan harga saham mempunyai asas sebenar atau tidak.

 

Tanggungjawab syarikat 

 

Dalam memberikan maklum balas terhadap UMA, syarikat mesti memastikan bahawa semua kenyataan:

Bursa Malaysia juga akan terus memantau aktiviti dagangan syarikat selepas maklum balas UMA diberikan. Jika didapati maklum balas yang diberi tidak tepat atau mengelirukan, tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap syarikat serta pengarah yang bertanggungjawab.

 

Kesimpulan

 

UMA bukan sekadar notis rasmi daripada Bursa Malaysia, tetapi ia adalah mekanisme penting untuk melindungi pelabur dan memastikan pasaran saham Malaysia kekal telus serta berintegriti.

Sebagai pelabur, memahami maksud dan tujuan UMA dapat membantu kita menilai sesuatu pergerakan saham dengan lebih bijak, sama ada ia disokong oleh faktor fundamental, atau sekadar spekulatif.


< kembali ke laman blog utama