FUNDAMENTAL

20-SEP-2018

Kenapa Beli Saham dalam Kategori Small & Mid Cap?


 


Small Mid Cap 5

Sumber: NajibRazak.com

Pada awal tahun 2018, bekas perdana menteri, Dato Seri Najib telah mengumumkan insentif pengecualian duti setem untuk saham kategori small & mid cap (saham yang mempunyai market capitalization 200 juta sehingga 2 billion) bagi merancakkan lagi aktiviti pelaburan saham di negara kita.

Duti Setem merupakan caj yang dikenakan oleh kerajaan untuk setiap transaksi beli atau jual yang kita lakukan, iaitu sebanyak RM1 untuk setiap RM1,000 transaksi.

Sekiranya anda membuat transaksi sebanyak RM20,000 sehari, anda akan dikenakan caj RM20 sehari belum termasuk caj broker dan bursa clearing. Jadi, dengan insentif ini, anda boleh jimat RM20 sehari, bermakna seumpama anda mendapat free lunch dan dinner untuk anda setiap hari.

Untuk memudahkan anda membuat pemilihan dan transaksi berkaitan saham dalam kategori small & mid cap ini, kami telah memilih simbol asterick/bintang * (lihat gambar dibawah) untuk diletakkan disebelah kanan saham. Setakat ini, di platform trading pun takde indikator saham dalam kategori ini, jadi ambil peluang sepenuhnya di iSaham!

Small Mid Cap 1Small Mid Cap 2

Kami juga telah menambah pilihan "Small & Mid Cap" di Buy Calculator iSaham.

Small Mid Cap 3

Klik gambar untuk zoom in

Small Mid Cap 4

Klik gambar untuk zoom in


Kenapa beli saham dalam kategori small & mid cap?

1. Diskaun yang diberikan boleh meningkatkan dan menggandakan keuntungan serta mengurangkan risiko apabila terpaksa cut loss

Bayangkan penjimatan RM20 sehari, dan penjimatan terkumpul bulanan lebih kurang RM400, serta duit ini dilaburkan semula. Pastinya keuntungan pun boleh berganda. Fuh, memang bes cerita benda-benda untung, kalau rugi macam mana?

Kalau rugi pula, risiko dapat dikurangkan sebab kalau sebelum ini, anda dah memang kena caj duit setem sebanyak RM20, tambah lagi dengan rugi saham. Jadi, kalau cut loss, kerugian dapat diminimakan.

2. Saham dalam kategori ini ialah saham bersaiz sederhana. Saiz tidak terlalu kecil sehingga mudah dimanipulasi.

Saham Small & Mid Cap bermaksud saham yang mempunyai market capitalization 200 juta sehingga 2 billion. Saham ini mempunyai saiz yg tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar, jadi risiko nye juga berada di paras pertengahan.

Ramai trader gemar membeli saham2 yang murah dibawah 20sen (yang kebanyakannya mempunyai market cap lebih rendah daripada 200 juta) utk mendapatkan return yang tinggi. Tetapi risiko nya tidak ramai boleh handle, dan berakhir dengan peram.

Risiko pertama saham yang terlalu kecil ialah sedikit penurunan pada tangga harga saham melibatkan peratusan kejatuhan yang tinggi. Bayangkan anda boleh loss 5-10% untuk setiap penurunan. Ramai yang hanya membayangkan pada ke-positif-an pengingkatan semata-mata, dan bila harga jatuh, tidak tahu nak buat apa dan berakhir dengan peram.

Risiko lain saham bersaiz kecil ialah saham mudah dimanipulasi disebabkan mudahnya operator membeli sebanyak mungkin pegangan saham dan mengawal pergerakan harga saham tersebut. Kebanyakan pergerakan harga dilakarkan oleh operator dan chart menjadi kurang valid.

3. Saiz tidak terlalu besar sehingga potensi pertumbuhan berkurangan.

Saham2 yang besar pula seperti blue chip kebanyakannya sudah besar dan peluang growth syarikat sudah tidak terlalu tinggi.

Jadi, saham small & mid cap merupakan saham yang ideal untuk dibeli, dengan risiko sederhana dan potential return yang tinggi, lagi2 dengan pengecualian duti setem, anda mendapat diskaun yg amat banyak sekali.

Antara saham-saham dalam kategori small & mid cap yang boleh dipantau ialah AWC, EFORCE, REACH, PENTA dan DUFU.

Small Mid Cap 6

< kembali ke laman blog utama