ASAS

22-NOV-2018

Kenapa Anda Perlu Melabur dalam Saham?


 


Adakah duit anda hanya berada dalam bank atau pun dana yang memberikan pulangan setiap tahun? Adakah anda rasa dana tersebut sudah pun memberi pulangan yang tinggi untuk anda? Anda rasa saham ini susah dan tidak bersedia untuk melabur sebab anda tidak profesional dan tidak berpengalaman? Mungkin anda perlu berfikir semula. Kami berikan sebab-sebab kenapa anda perlu melabur dalam saham.


Saham itu mudah, saham ialah bisnes


Syarikat-syarikat di bursa malaysia

Saham ialah pemilikan dalam syarikat. Apabila anda membeli sesebuah saham, anda membeli sebahagian (kecil atau besar) daripada syarikat. Sekiranya syarikat untung, anda juga sama-sama untung. Jadi nak buat duit mudah saja, cari syarikat yang anda kaji boleh untung dan berkembang, harga saham juga akan naik seiring dengan potensi syarikat. Kalau syarikat berpotensi membuat untung 10 kali ganda, nilai saham dan keuntungan anda juga akan naik sehingga 10 kali ganda. Anda hanya perlu berfikir seperti seorang pengurus syarikat.

Begitu mudah kan? Mudah lagi sebab syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia banyak yang mudah difahami - Maxis, Nestle, Dutch Lady, Pos Malaysia dan lain-lain (rujuk gambar di atas). Mulakan mengkaji saham-saham ini sekiranya anda beginner, kerana anda lebih mudah faham bila anda kenal syarikat tersebut.


Dana yang memberi pulangan tinggi juga hasilnya daripada saham


EPF, Tabung Haji

Kebanyakan daripada anda mempunyai akaun persaraan di EPF, KWAP atau LTAT, menyimpan duit di Tabung Haji ataupun ada yang melabur di unit amanah. Tahukah anda, kesemua dana ini juga melabur dalam saham? Bezanya sebahagian keuntungan mereka simpan, sebahagian lagi diberikan kepada kita.

Kalau mereka pun melabur dalam saham dan menghasilkan keuntungan yang hanya sebahagian dikongsikan kepada kita, maknanya memang saham ni boleh buat duit. Kalau tak, duit mana diorang nak bagi kat kita sebagai bonus atau dividen. Sebenarnya, kita sudah lama menjadi pelabur "indirect" saham.

EPF, Tabung Haji shareholdings

Senarai pemegang saham sebuah syarikat di Bursa Malaysia. Dana terkenal seperti Tabung Haji, Employees Provident Fund Board (EPF), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) semuanya mempunyai pegangan saham yang besar di Bursa Malaysia. Rujuk bahagian Top Shareholdings di page setiap saham di bahagian bawah sekali.


Anda tidak perlu bergelar profesional untuk hasilkan keuntungan besar


Ramai orang takut nak melabur dalam saham, katanya tak cukup ilmu baik serahkan pada yang profesional. Sebenarnya pelabur profesional atau berpengalaman juga ada masa tidak untung dan tidak perform. Sebab saham ini bukannya ilmu matematik. Bukannya pengiraan dan nombor yang menentukan saham akan naik atau tidak tetapi potensi perkembangan bisnes yang menentukan harga saham naik atau tidak.

Pelabur berpengalaman juga boleh rugi banyak sebab tersilap menilai prospek sesebuah syarikat. Tidak ada sesiapa yang tahu sesuatu saham akan naik ke tak esok. Kalau ada yang tahu, sudah pasti dia dah letak keseluruhan hartanya ke dalam saham tersebut.

Anda sendiri mungkin mempunyai kelebihan melihat potensi sesebuah syarikat berdasarkan pengalaman anda dalam bidang tertentu berbanding orang lain termasuklah mereka yang profesional.


Duit bekerja untuk anda


Dengan usaha yang tidak begitu banyak, anda boleh hasilkan portfolio anda. Selepas itu, sebahagian saham akan naik dan naik, dan menghasilkan duit untuk anda tanpa anda perlu bekerja. Dalam erti kata lain, duit bekerja untuk anda. Anda cuma perlu cari duit baru untuk bekerja untuk anda.

Hakikatnya, yang berkerja untuk anda ialah pengurus-pengurus dan pekerja-pekerja syarikat. Fuh, bes kan jadi boss. Beli saham, anda jadi pemilik syarikat, anda cuma kena pilih syarikat yang bagus, dan pulangan yang besar menanti anda.

Nak mulakan langkah menjadi pemilik syarikat dan dapat pulangan berganda-ganda? Jom buka akaun cds bersama iSaham dan hadiri Kelas Asas Saham di serata Malaysia bersama iSaham.


< kembali ke laman blog utama