IPO

17-JAN-2020

Kenali InNature - Pengendali Francais The Body Shop yang Bakal Terbitkan IPO


 


1. Pengendali Francais The Body Shop

InNature merupakan pengendali francais The Body Shop (TBS) yang kini menjalankan operasi di Malaysia dan Vietnam. Jumlah kedai TBS yang mereka kendalikan adalah 89 buah di Malaysia dan 26 buah di Vietnam. Mereka baru dianugerahkan The Body Shop International untuk mengembangkan francais TBS di Kemboja.

the body shop banner Gambar: The Body Shop Malaysia

2. Maklumat penyenaraian

InNature akan disenaraikan dalam pasaran utama Bursa. Harga IPO telah diumumkan pada RM 0.68 seunit. Agihan saham melalui MITI telah pun diumumkan. Sekiranya tiada apa-apa masalah, selepas ini IPO ini akan dibuka untuk permohonan secara umum pula tidak lama lagi.

3. Status shariah

innature shariah status

Berdasarkan draf awal prospektus InNature, saham ini dinilai shariah oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti.

4. Penggunaan dana IPO

innature dana ipo

InNature akan menggunakan dana IPO ini untuk perbelanjaan modal, modal kerja, pembangunan bisnes baru dan belanja penyenaraian. Perbelanjaan modal ini melibatkan pengembangan bisnes dalam negara dan juga luar negara di Vietnam dan Kemboja. Aset yang ingin dibelanjakan termasuk pejabat, infrastruktur IT, pergudangan dan tenaga pekerja.

5. Pengarah terlibat dalam persatuan kesihatan

innature associated award

Pemegang saham terbesar Dato’ Simon dan Datin Mina mempunyai latar belakang yang kukuh untuk sokong kedudukan mereka dalam syarikat. Dato’ Simon pernah menceburi bidang telekomunikasi, komputer peribadi, penjagaan diri dan peranginan. Datin Mina pula menerima beberapa anugerah yang bersifat pemerkasaan wanita. Beliau juga menerima anugerah Patron di Malaysian AIDS Foundation Tun Dr Siti Hasmah atas perkhidmatan yang lama dengan Malaysian AIDS Foundation.

6. Prestasi kewangan yang baik

innature - prestasi kewangan

Laporan kewangan terbaru dikeluarkan pada 31 Disember 2018. Tahun terbaru menunjukkan keuntungan yang meningkat dan marjin keuntungan yang semakin baik.

7. Jenama Natura ditambah ke dalam kumpulan syarikat

innature - kumpulan syarikat

InNature kini mengendalikan edaran dan jualan produk The Body Shop di Malaysia dan Vietnam. Perancangan masa depan untuk InNature ialah mengendalikan francais TBS di Kemboja melalui syarikat Green Cosmetics. Selain itu, Ola Beleza ditubuhkan untuk membawa francais “Natura” ke dalam kumpulan InNature.

natura brasil Gambar: Natura Brazil

8. Bahagian pasaran yang bagus

innature - bahagian pasaran

Dalam industri kosmetik dan kecantikan ini ada banyak pesaing dengan kelebihan yang tersendiri. Jenama The Body Shop yang dibawa dalam bisnes InNature mempunyai bahagian pasaran sebanyak 12.3%, membelakangi Estee Lauder dan L’Oreal Malaysia dalam keseluruhan industri kecantikan. Namun, sekiranya mengambil kira kategori jenama tunggal, InNature dengan anak syarikatnya Rampai-Niaga menduduki tempat pertama dengan jenama The Body Shop.

9. Permintaan produk natural semakin tinggi

Bukan suatu perkara yang pelik sekiranya pengguna kini lebih gemar produk natural atau bebas bahan kimia. The Body Shop adalah salah satu jenama yang mendahului segmen produk natural ini dengan 100% bahan tumbuhan (vegan ingredient) dan bebas-kekejaman (haiwan dll). Produk natural ini dianggap lebih selamat, lebih berkualiti, mesra alam dan lebih efektif.

Kesimpulan

Skor awal yang kami berikan kepada saham IPO ini ialah 4/4 berdasarkan draf prospektus awal. Skor ini tertakluk kepada perubahan sekiranya terdapat perkembangan terbaru dalam prospektus muktamad bila diumumkan nanti. Frost & Sullivan juga menyimpulkan bahawa prospek bisnes InNature ini kelihatan positif. Ini disumbangkan oleh faktor-faktor seperti pertumbuhan populasi, peningkatan pendapatan boleh guna (disposable), dan kesedaran yang meningkat terhadap penjagaan diri dan kecantikan.


< kembali ke laman blog utama