UMUM

08-NOV-2021

Kenali Ethis Ventures, Platform Equity Crowdfunding yang Patuh Syariah


 


Pernahkah anda membaca atau mendengar tentang platform seperti Kickstarter dan Indiegogo yang terkenal di Amerika Syarikat? Platform ini disediakan untuk syarikat kecil atau orang persendirian yang mencari dana untuk projek mereka. Jika ada pelabur yang berminat, mereka akan melabur pada projek tertentu di dalam masa yang ditetapkan.

Aktiviti yang dinyatakan di atas adalah antara contoh crowdfunding. Terdapat 3 jenis crowdfunding, iaitu reward crowdfunding, debt crowdfunding, dan equity crowdfunding. Untuk artikel ini, kami akan memfokuskan kepada equity crowdfunding.

Maksud equity crowdfunding

Equity crowdfunding (ECF) adalah cara alternatif untuk mengumpul dana dari orang ramai bagi syarikat pemula (startup). Proses ini dilakukan melalui platform ECF yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ia boleh diertikan seakan-akan tawaran awam awal (IPO) di Bursa Malaysia.

ECF memberi peluang kepada syarikat pemula untuk menawarkan saham milik syarikat kepada pelabur dalam masa yang tertentu. Syarikat-syarikat ini akan menyampaikan idea mereka melalui platform ECF, dan pelabur yang berminat dengan idea mereka akan tertarik untuk melabur di dalamnya.

Justeru itu, platform ECF seperti ini juga dapat memberi peluang kepada pelabur kecil-kecilan untuk melabur di dalam syarikat yang berpotensi. Dengan adanya platform ECF, mereka akan mempunyai lebih banyak pilihan pelaburan selain pelaburan tradisional.

Sehingga kini, terdapat 10 platform ECF yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, antaranya ialah Ethis Ventures.

Ethis Ventures

Ethis Ventures atau Ethis merupakan Pengendali Pasaran Dikenalpasti (RMO) yang diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk menjalankan aktiviti equity crowdfunding dan pelaburan lain yang berkaitan.

Ethis bertujuan untuk memudahkan pelabur pada setiap peringkat mencari pelaburan tambahan, dan pada masa yang sama dapat membantu syarikat pemula untuk memperolehi dana. Ethis agak berbeza dengan platform ECF yang lain kerana kesemua pelaburan yang ditawarkan adalah patuh syariah.

Sesiapa sahaja boleh melabur di Ethis asalkan menepati kriteria seperti rajah di bawah.

Kriteria pelabur seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Gambar: Ethis

Cara membuka akaun di Ethis

Pertama sekali, anda harus klik link ini untuk ke laman web Ethis dan pergi ke bahagian Login dan pilih Registration di bahagian kanan atas halaman tersebut. Masukkan butiran peribadi anda. Jangan lupa masukkan kod referral 'iSaham' di dalam kotak seperti rajah di bawah. Kemudian tekan Create Account.

Pendaftaran akaun Ethis

Anda akan menerima emel yang menyatakan pendaftaran anda telah berjaya. Log masuk ke Ethis menggunakan emel dan kata kunci anda seperti yang telah didaftarkan tadi.

Sejurus itu, anda perlu mengemaskini butiran peribadi anda dengan lebih lanjut di halaman ini. Pilih keahlian yang sesuai dengan anda sama ada anda ialah pelabur Retail, Angel atau Sophisticated. Lengkapkan pengisian butiran peribadi dan muat naik gambar kad pengenalan serta bukti alamat rumah. Kesemua ini perlu diisi untuk memenuhi keperluan Know Your Customer (KYC).

Know Your Customer (KYC)

Anda kemudian akan menerima emel seperti di bawah yang memberitahu pendaftaran anda telah berjaya.

Emel yang diterima setelah mengisi butiran peribadi

Pemilihan pelaburan

Untuk memulakan pelaburan, anda hanya perlu tekan pada butang Invest di bahagian atas halaman ini. Di sini, terdapat beberapa kempen yang sedang berlangsung, seperti contoh di bawah:

Antara kempen yang sedang berlangsung di Ethis

Tekan View untuk membaca butiran lanjut tentang kempen yang sedang dijalankan itu. Butiran seperti latar belakang syarikat, highlight kempen, roadmap dan lain-lain disenaraikan di sini.

Jika berminat, pilih amaun yang hendak dilaburkan (mengikut jumlah minima pelaburan yang ditetapkan) dan tekan Invest. Anda kemudian akan di bawa ke halaman seperti rajah di bawah. Isikan butiran peribadi anda, dan pastikan anda memasukkan kod referral iSaham di tempat yang disediakan seperti dalam rajah di bawah.

Contoh cara melabur di Ethis

Setelah itu, tekan Get Instruction dan anda akan mendapat emel yang menyatakan anda perlu memasukkan wang melalui direct transfer atau sebagainya kepada Ethis (untuk kempen tersebut).

Seperti instrumen pelaburan yang lain, anda harus melengkapkan butiran peribadi dan KYC terlebih dahulu sebelum anda dibenarkan untuk membuat pelaburan. Untuk memudahkan urusan, pastikan anda telah melengkapkan butiran tentang diri anda terlebih dahulu

Setelah selesai, anda boleh melihat status pelaburan anda di bahagian My Profile > Dashboard.

Contoh Dashboard setelah membuat pelaburan

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Ethis, boleh rujuk di Wiki Ethis Malaysia.


< kembali ke laman blog utama