UMUM

28-OCT-2020

Kejatuhan Syarikat Blue Chip yang Bernama Kodak


 


kodak thumbnail

Dunia digital semakin berubah saban tahun telah melahirkan pelbagai produk dan jenama berkaitan dengan kamera. Pelbagai kenangan dan memori telah terukir terutamanya generasi yang lahir tahun 70-an sehingga tahun 90-an mengenai kamera berjenama Kodak. Anda pasti akan menyebut “filem kodak sudah habis, kena beli baru untuk mengambil gambar”, berbanding pada zaman kini “alamak memori telefon sudah penuhlah”.

Tahukah anda, Kodak merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan kamera dan filem yang paling lama bertahan dalam industri fotografi serta telah mampu menakluk dunia dengan pelbagai produk yang dihasilkan.

Sejarah Penubuhan

Kodak ditubuhkan oleh seorang rakyat Amerika Syarikat yang bernama George Eastman pada tahun 1888. Sebelum kewujudan kamera bersaiz kecil dan mini, hanya golongan professional sahaja yang terlatih yang layak mengambil gambar disebabkan kamera yang bersaiz besar dan rumit untuk mengendalikannya. Kos harga untuk mengambil gambar pada ketika itu adalah mahal.

Menggunakan kebijaksanaan dan inovasi, George Eastman telah menghasilkan sebuah kamera yang bernama Brownie. Kamera ini dijual dengan harga yang rendah dan sangat mudah digunakan oleh orang ramai tanpa memerlukan kemahiran penggunaan yang tinggi. Pengeluaran ini merupakan titik utama peningkatan pengeluaran Kodak.

iklan promosi kamera brownie
Salah satu iklan dan promosi kamera Brownie pada tahun 1900. Gambar: Photofocus

Raja Monopoli Dalam Pasaran Fotografi

George Eastman pernah menyatakan “you press the button, we do the rest”. Selepas gambar diambil melalui kamera Kodak, pelanggan tersebut perlu menghantar ke kedai Kodak untuk diproses untuk menghasilkan sekeping gambar. Kodak telah menjalankan polisi dengan menjual harga kamera yang mampu milik oleh orang ramai. Walaupun konsep ini dikatakan agak merugikan, namun Kodak beranggapan sebaliknya.

Secara logiknya pengguna akan membeli sekali sahaja kamera tetapi perlu membeli berkali kali untuk filem Kodak. Tidak hairanlah Kodak mampu memperolehi jumlah pendapatan berlipat kali ganda dengan hanya menjual kamera filem. Kodak mencapai kemuncak apabila mereka memdominasi lebih daripada 85% penjualan kamera dan 90% penjualan filem kamera dan berterusan sehingga awal tahun 2000.

filem kamera
Penggunaan filem Kodak begitu popular sebelum kemunculan kamera digital. Gambar: Pexels

Bermulanya Perubahan Analog ke Digital

Menjelang tahun 1980, industri fotografi mula berubah kepada zaman digital kamera. Kodak juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan kamera digital pertama mereka.

Pada tahun 1976 pencipta kamera digital pertama telah dihasilkan oleh Steven Sasson dan dipatenkan. Tapi sayangnya, revolusi yang diperkenalkan oleh Steven Sasson tidak dipandang serius oleh pihak pengurusan tinggi Kodak. Beliau mengetahui ciptaannya berpotensi mampu menjadi perubahan dalam dunia fotografi.

Walaupun Kodak telah mengeluarkan kamera digital DC40 pada tahun 1995, Kodak masih lagi berada di takuk lama dan berfokuskan pengeluaran filem kamera berbanding kamera digital yang memerlukan kos pengeluaran yang tinggi. Akhirnya, Kodak telah membawa satu teknologi baharu pada filem kamera dikenali sebagai Advance Proton Sistem untuk meningkatkan keuntungan dalam pasaran kamera digital. Pengeluaran teknologi ini telah menelan belanja sebanyak 1 billion USD.

steve sasson pencipta kamera digital pertama
Kamera digital pertama dicipta oleh Steven Sasson. Gambar : DIY Photography

Strategi Berlainan Fujifilm

Pesaing Kodak seperti Fujifilem, Canon, Nikon dan sebagainya mempunyai strategi yang berbeza. Pada ketika itu pesaing telah merangka pelan dan cadangan untuk menaik taraf kamera digital kearah lebih bagus. Mereka berpendapat potensi untuk kamera digital akan lebih berkembang pada masa hadapan. Kodak terlalu maju dan kehadapan dalam pengeluaran filem kamera menyebabkan pesaing lebih memfokuskan kamera digital.

Pada tahun 2000 di bawah pimpinan presiden Komori, pelbagai strategi telah dirangka supaya keuntungan Fujifilem tidak merosot. Beliau telah merangka Visi 75 sempena ulang tahun syarikat ke 75 pada tahun 2004. Beliau menjangkakan keuntungan jualan syarikat akan meningkat sebanyak 2 atau 3 trillion Yen setiap tahun.

Sumber Laporan Tahunan Kodak dan Fujifilm
  2000 2010 Peratus 
Jualan Kodak 14 Billion Dollar 7.2 Billion Dollar -32.07%
Jualan Fujifilm 1.4 Trillion Yen 2.2 Trillion Yen 22%

Pelbagai inovasi dan rangka pengurusan telah dijalankan seperti menutup fasiliti yang kurang mendapat keuntungan dan memfokuskan kepada pasaran baharu seperti farmasi, komestik dan bahan material bermutu tinggi antaranya, Fujitac dan Astalift.

fujitac panel LCD
Gambar : Fujitac

Pengeluaran Fujitac telah menembusi hampir 70% pasaran produksi panel LCD dunia. Fujifilem juga melibatkan dalam pasaran komestik dikenali sebagai Astalift dengan teknologi cetak foto seperti collagen, antioksidan, nano teknologi dan sebagainya. Betapa bijak Fujifilem dan siapa sangka dengan menggunakan teknologi filem kamera mampu menghasilkan produk kecantikan.

astalift produk kosmetik oleh fujifilm
Gambar : Astalift

Bermulanya Zaman Kejatuhan

Menurut kajian Harvard Business, pada ketika itu CEO Kodak George Fisher beranggapan agak mustahil kamera digital mampu mengatasi perniagaan utama mereka itu analog kamera yang menggunakan filem kamera. Fisher terus mengeluarkan modal sebanyak $2 billion dollar untuk menjalankan pembangunan dalam filem kamera berbanding pembangunan digital kamera.

Pada tahun 2001 disebabkan kewangan syarikat yang kukuh, Kodak masih lagi menjual harga kamera digital secara komersial pada harga yang lebih murah berbanding pesaing lain yang lebih menumpukan penggunaan teknologi kamera DLSR. Mengikut statistik dari Harvard Business, Kodak telah mengalami kerugian sebanyak 60 USD untuk setiap satu kamera digital.

Kesudahan Yang Teruk Selepas 100 Tahun Penubuhan

Pada awal tahun 2000 perkembangan teknologi internet dalam media sosial seperti Myspace, Facebook dan Yahoo mula berkembang luas dalam kalangan pengguna. Secara tidak langsung, perkongsian gambar dalam dunia maya lebih mudah dan cepat berbanding penggunaan gambar secara bingkai. Perkembangan ini menyebabkan revolusi filem analog kamera semakin berkurangan.

Natijahnya, Kodak yang kurang menjalankan inovasi dalam pembangunan digital kamera untuk kegunaan professional seperti penggunaan DLSR gagal menemui jalan penyelesaian dan tidak lagi dapat bersaing terkemuka seperti Sony, Canon dan sebagainya dalam bidang fotografi.

muflisnya syarikat kodak

Penggunaan dan perkembangan teknologi telefon bimbit juga telah menyebabkan harga pasaran kamera semakin berkurangan. Ini dapat dilihat pada masa kini pengguna lebih menggunakan telefon bimbit sebagai mekanisme mengambil gambar berbanding penggunaan kamera.

Pada tahun 2012, akhirnya Kodak tidak mampu lagi bertahan dan disytiharkan muflis oleh Mahkamah Persekutuan disebabkan hutang yang terlalu banyak dan kemasukan untung pendapatan tidak selari dengan bebanan hutan setiap tahun. Sebuah legasi yang telah wujud hampir 130 tahun lenyap begitu sahaja disebabkan gagal mengambil serius perkembangan dunia digital.


< kembali ke laman blog utama