TEKNIKAL

20-OCT-2021

Kaji Saham dengan Teknik T+


 


Dalam dunia saham, ada banyak jenis teknik dan strategi yang boleh diguna pakai oleh pelabur ketika melabur. Antaranya adalah teknik moving average, teknik fresh breakout (FBO), teknik tangkap pisau dan pelbagai lagi. Untuk post kali ini akan menceritakan tentang satu teknik mungkin jarang didengar oleh sesetengah pelabur, iaitu teknik T+.

Konsep T+

Secara asasnya teknik T+ diinspirasikan daripada teori atau strategi T4. Apabila sesuatu saham membuat kenaikan yang banyak, biasanya saham itu akan membuat sedikit penurunan atau minor pullback. Hari kenaikan tersebut dipanggil sebagai T0 atau T day. Keesokan harinya pula disebut T1, kemudian T2, T3 pada hari berikutnya. Bermula pada T1 adalah hari saham sedang retrace. Retracement ini mungkin berlaku sehingga 2, 3 hari atau lebih lagi dan kemudiannya susuli dengan kenaikan semula. Teknik ini boleh dikatakan sebagai teknik buy on dip atau membeli ketika pullback. Untuk memahami lebih lanjut, boleh rujuk gambar dibawah.

Contoh Teknik T+

T0 = Hari saham membuat kenaikan secara mendadak

T1 sehingga T3 = Retracement berlaku

T4 = Saham membuat kenaikan semula

Turutan hari retracement atau kenaikan semula tidak semestinya seperti rajah diaatas, kerana ia boleh jadi lebih awal atau lewat. Retracement atau kenaikan harga saham boleh juga tidak berlaku.

Kaedah teknik T+

Pemilihan saham adalah langkah pertama yang penting sebelum membuat keputusan untuk melabur. Seperti yang kita tahu, ada banyak saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia, jadi dengan bantuan screener, pelabur lebih senang untuk short list saham yang berpotensi. Untuk teknik T+ ini, pelabur boleh pilih saham yang sedang melakukan penurunan atau berada dalam kategori T1, T2 atau lain-lain dengan menggunakan T+ screener.

T+ Screener

Dalam screener ini telah disediakan beberapa maklumat seperti kategori T+, cadangan support dan resistance, remarks, iSaham score dan beberapa lagi. Jika pelabur mahu menentukan support dan resistance sendiri pun tiada masalah. iSaham score pula adalah score bagi sesuatu saham itu berdasarkan fundamental dan teknikal.

Pelabur boleh memilih saham mengikut pilihan kriteria masing-masing. Pemilihan saham dinasihatkan mempunyai fundamental dan teknikal yang bagus. Elakkan melabur saham dalam kaunter yang pendapatan negatif atau sejarah carta yang kurang menarik.

Adakah teknik T+ ini berkesan?

Teknik ini sama seperti teknik buy on pullback atau buy on dip. Bermaksud membeli saham ketika ia membuat penurunan selepas saham itu breakout atau membuat kenaikan yang tinggi. Tetapi persoalannya berapa jauh atau berapa lama saham itu membuat retracement? Mungkin ada yang makan masa sehingga dua tiga bulan atau sehingga mencecah tahap sokongan paling jauh. Sejauh mana sesuatu saham itu membuat penurunan adalah tidak diketahui. Jadi pelabur perlu membuat trading plan sebelum membuat pembelian saham.

Carta MHC
Gambar: Carta MHC Plantations Bhd

Sebagai contoh, pada 6 Oktober 2021 saham MHC telah membuat kenaikan dan pada hari itu dikira sebagai T0. Hari seterusnya dikira sebagai T1 dan T2. Pada 11 Oktober 2021 adalah T3 dan harga sahamnya kembali rebound. Tetapi, jika harga saham jatuh lebih dari support, maka ia dikira terbatal.

Kesimpulan

Setiap teknik atau strategi adalah untuk membantu para pelabur membuat keputusan dalam pelaburan. Kita membuat trading plan berdasarkan kajian saham, namun ini tidak dapat menentukan dengan tepat kemana arah tuju saham tersebut. Jadi, pentingnya ada trading plan untuk mengurangkan risiko jika sesuatu strategi itu tidak menjadi.


< kembali ke laman blog utama