ASAS

20-JAN-2020

Jenis Corporate Exercise dan Kesannya yang Anda Perlu Tahu


FN    


Hak pegangan saham atau share entitlements adalah salah satu instrumen yang boleh digunakan oleh syarikat tersenarai awam.

Antara entitlement yang boleh dilaksanakan oleh syarikat tersenarai awam adalah:

Untuk mendapatkan hak pegangan ini, anda perlu memegang saham sebelum Ex-date yang diumumkan. Kalau dalam trading platform M+ Online, anda boleh kesan saham yang akan memberikan hak ini dengan simbol C.

Selagi simbol ini dipaparkan pada nama saham, anda boleh beli saham yang terlibat untuk dapatkan hak ini. Sekiranya simbol C ditukar kepada X, maka hak tersebut telah berkuat kuasa dan anda tidak lagi layak menerima hak pegangan yang ditawarkan.

1. Dividen

pembahagian dividen iSaham

Dividen adalah salah satu cara pihak pengurusan syarikat berkongsi atau mengagihkan keuntungan syarikat kepada pemegang saham dengan pemberian wang. Sesetengah syarikat mempunyai polisi dividen yang jelas, dan sesetengah yang lain tidak dinyatakan. Namun, kita boleh anggap syarikat yang berikan dividen mempunyai keuntungan yang cukup banyak untuk diagihkan kepada pelabur.

Pengiraan

Nilai dividen akan diberi untuk setiap unit pegangan saham.

Contohnya, NOTION memberikan dividen sebanyak 1 sen bagi setiap unit pegangan saham. Katakan pegangan saham kita adalah 30 lot (3000 unit), maka dividen yang anda akan dapat ialah:

RM 0.01 x 3000 unit = RM 30
Kesan kepada saham

Harga saham akan diselaraskan semula sebanyak harga dividen yang diberi. Pada hari Ex-Date, anda akan dapat lihat bahawa harga saham disambung bukan pada harga tutup hari sebelumnya, tapi pada harga yang diselaraskan. Kesan pada pergerakan saham pula neutral di mana ia boleh bergerak sama ada menaik atau menurun.

2. Terbitan tambahan

bonus issue iSaham

Terbitan tambahan boleh dianggap sebagai alternatif kepada dividen. Syarikat tak perlu menggunakan tunai yang mungkin diperlukan untuk aktiviti bisnes sebagai bayaran kepada pemegang saham. Sebagai pertukaran, saham milik syarikat akan diberikan kepada pemegang saham. Namun proses ini akan membuatkan rezab tunai syarikat semakin kecil.

Pengiraan

Bagi setiap beberapa pegangan saham, pelabur akan menerima beberapa jumlah tambahan saham. Biasanya, terbitan tambahan akan diberikan dengan nisbah 2:3, 1:2, 1:1 dan lain-lain. Maksudnya dua unit saham tambahan akan diberikan untuk setiap tiga unit pegangan. Begitulah juga untuk contoh lain-lain.

Sebagai contoh, REVENUE mengumumkan bonus issue sebanyak 2 unit untuk setiap 3 unit pegangan saham. Sekiranya anda memegang sebanyak 1200 unit, anda akan mendapat sebanyak 800 unit tambahan. Namun, dengan saham tambahan dalam pasaran, harga saham pun akan diselaraskan.

Kesan kepada saham

Jumlah saham yang boleh diperdagangkan meningkat dan menjadikan pergerakan saham semakin volatile. Harga saham pula akan diselaraskan berdasarkan unit saham baru yang diterbitkan. Harga saham akan jadi lebih murah.

3. Pecahan Saham

share split iSaham

Pecahan saham atau disebut sebagai share split atau subdivision of shares adalah pembahagian satu unit saham kepada beberapa gandaan saham untuk meningkatkan kecairan saham.

Pengiraan

Sama seperti bonus issue.

Kesan kepada saham

Tiada perbezaan dalam pegangan saham. Saham sedia ada dipecahkan kepada bahagian lebih kecil. Harga saham akan jadi lebih murah.

4. Gabungan Saham

consolidation iSaham

Gabungan saham, kebiasaannya disebut sebagai consolidation atau reverse share split adalah proses terbalik kepada pecahan saham. Beberapa unit akan digabungkan menjadi satu unit saham.

Pengiraan

Terbalik daripada share split. Beberapa saham akan digabungkan menjadi satu mengikut yang diumumkan syarikat.

Kesan kepada saham

Tiada perbezaan dalam jumlah pegangan saham. Unit saham pegangan dan harga saham akan diselaraskan semula berdasarkan gandaan gabungan saham. Harga saham akan jadi lebih mahal.

5. Terbitan Hak

rights issue iSaham

Terbitan hak atau rights issue adalah salah satu cara syarikat membangunkan dana tambahan untuk syarikat. Dengan rights issue, syarikat akan terbitkan hak kepada pemegang saham dalam bentuk saham baru. Saham ini boleh dibeli pada harga diskaun oleh pemegang saham yang layak.

Secara umumnya, syarikat yang menawarkan rights issue dilihat tak begitu bagus kerana dikatakan tidak mempunyai aliran tunai yang mencukupi. Namun, sekiranya anda positif dengan tindakan syarikat dan berpandangan bahawa dana ini dapat membantu syarikat ke hadapan, maka boleh gunakan ijtihad anda.

Pengiraan

Ada pelbagai cara syarikat membangunkan dana, antaranya dengan terbitan saham baru, ada yang terbitkan waran percuma bagi setiap pegangan saham. Anda perlu baca apa yang syarikat aturkan untuk diberi dengan setiap pegangan saham.

Kesan kepada saham

Secara umumnya negatif, namun bergantung kepada prestasi saham. Jika syarikat menunjukkan prestasi kewangan yang menurun dengan pendapatan negatif, sebaiknya elakkan saham ini.


< kembali ke laman blog utama