IPO

23-MAR-2021

Jenama di Sebalik Jenama - Volcano Akan Disenaraikan


 


volcano thumbnail

Volcano Berhad adalah sebuah syarikat pembuatan plat nama dan komponen plastik untuk barangan pengguna dan industri. Butiran IPO Volcano ini adalah seperti di bawah:

Harga IPO:
RM 0.35
Status syariah:
Tidak dinilai oleh SAC
Pasaran:
ACE Market
Market Capitalisation:
RM 57.75 juta
Nisbah PE:
15.09 (FYE 2020)
Permohonan ditutup:
24 Mac 2021
Cabutan saham:
26 Mac 2021
Tarikh penyenaraian:
6 April 2021

Bisnes Volcano

Kenapa kami sebut jenama di sebalik jenama dalam tajuk? Sebabnya Volcano sendiri ada gunakan tagline tersebut sebelum website mereka berwajah baru. Volcano menjalankan aktiviti pembuatan plat nama untuk barangan elektronik dan automotif. Anda boleh lihat produk plat nama ini kebiasaannya pada perkakasan elektrik. Memandangkan produk mereka banyak ditawarkan pada syarikat Electrical dan Electronic, mereka juga menawarkan perkhidmatan yang berkaitan. Antaranya, mereka membuat komponen plastik, switch membrane dan juga die-cut (potongan acuan).

Saiz pelanggan mereka lebih besar di luar negara berbanding di Malaysia sendiri. Dua geografi utama yang menyumbangkan pendapatan mereka ialah di Thailand dan Singapura dengan anggaran 44% dan 43% daripada pendapatan keseluruhan. Segmen barangan plat nama menyumbang purata 64% daripada pendapatan kepada syarikat. Baki selebihnya adalah dari segmen barangan komponen plastik.

volcano website and products
Gambar: Volcano

Prestasi kewangan

Volcano menunjukkan penurunan prestasi pendapatan dan keuntungan sejak 2018 hingga laporan terbaru 2020. Pendapatan dicatatkan pada RM 58.6 juta pada tahun 2018 dan turun ke RM 52.5 juta pada tahun 2020. Margin keuntungan juga semakin menurun dari 11% pada 2018 kepada 6% pada 2020.

prestasi kewangan volcano

Penurunan pendapatan Volcano berkait dengan penurunan nilai pesanan dari pelanggan mereka iaitu HP dari Singapura. Pasaran utama plat nama datang dari Singapura. HP mengubah pesanan plat nama mereka dari besi kepada bukan besi yang mempunyai harga jualan yang lebih rendah.

Strategi IPO Volcano

Volcano ingin membangunkan dana sebanyak RM 8.75 juta. Dana ini akan digunakan untuk tujuan tersebut:

Dana Nilai (Juta) Peratusan
Pembelian mesin dan peralatan 5.55 63.43
Perbelanjaan penyenaraian 3.20 36.57
Jumlah 8.75 36.57

Dana yang dikumpulkan ini agak kecil. Dari jumlah RM 8.75 juta, RM5.55 juta akan digunakan untuk pembelian mesin dan peralatan. Mesin yang akan dibeli ialah 6 unit mesin pemotongan laser dan juga lima unit pick and paste machine. Pembelian mesin ini membolehkan kapasiti pengeluaran dinaikkan dan juga pengautomasian pengeluaran yang lebih mantap.

Analisis bisnes dan industri Volcano

Volcano terlibat dalam pengeluaran produk berasaskan besi dan plastik. Oleh itu, kos yang terlibat bagi mereka bergantung kepada harga besi dan resin iaitu bahan asas untuk pengeluaran plastik.

Menurut Smith Zander, saiz pasaran untuk plat nama tidak dapat dikenalpasti. Pasaran plat nama untuk Volcano pula lebih tertumpu kepada Singapura, dengan pelanggannya HP. Saiz pasaran untuk komponen plastik di Thailand pula dianggarkan pada RM 16.82 juta untuk industri E&E dan automotif.

Thailand merupakan lokasi pengeluaran utama di Asia Tenggarar untuk pelbagai syarikat MNC, termasuk pengeluar E&E dan automotif. Antara syarikat MNC yang disenaraikan oleh Smith Zander di Thailand ialah:

Pesaing bisnes

Pesaing atau syarikat yang menjalankan bisnes yang sama dengan Volcano telah disenaraikan dalam prospektus seperti di bawah.

volcano competitor

Seperti yang boleh dilihat di atas, Volcano merupakan antara pemain industri yang kecil untuk industri ini. Menurut Smith Zander juga, bahagian pasaran Volcano dalam pasaran Thailand ini dianggarkan pada 0.13 dan 0.14% untuk industri E&E dan automotif.

Perbincangan

Skor iSaham: 1/4

Syarikat menunjukkan penurunan sepanjang 2018 hingga 2020. Ini melihatkan seolah-olah syarikat ini tidak bagus. Sekiranya kita lihat pada syarikat dalam industri yang sama, beberapa syarikat seperti VS dan SKP juga memperlihatkan prestasi yang agak terhad dalam tempoh yang sama. Namun kita boleh lihat baru-baru ini, sektor ini mula mendapat momentum. Kita boleh anggap Volcano mengambil peluang ini untuk tersenarai dan mengembangkan bisnes pada waktu yang mencabar ini untuk peluang yang lebih di masa akan datang.


< kembali ke laman blog utama