UMUM

08-JUN-2021

Isu Audit - Mampukah Serba Dinamik Kembali Pulih


 


Masih menjadi tanda tanya sekarang ini adalah kes audit dalam syarikat Serba Dinamik. Pada 25 Mei, pihak pengarah diberitahu oleh juruaudit mereka, KPMG tentang beberapa perkara berkaitan pengauditan berkanun syarikat. Hari berikutnya sunyi, berikutan dengan cuti Wesak. Dua hari berikutnya, Khamis dan Jumaat, saham syarikat dibekukan supaya situasi keseluruhan dapat diteliti sehinggalah saham Serba Dinamik limit down apabila dagangan disambung pada Isnin, 31 Mei.

Mungkin ada yang dah baca pelbagai berita tentang isu ini. Dalam post kali ini, kita akan lihat apa yang berlaku pada syarikat ini secara menyeluruh.

Isu jualan dan pihak berkait

KPMG sebagai juruaudit akaun Serba Dinamik membangkitkan isu audit berkaitan transaksi jualan. Antara isu yang termasuk ialah perkara seperti baki bahan gunaan di tapak projek, pembekal dan pelanggan. Sejumlah 11 pihak bermain dalam persoalan, antaranya melibatkan:

 
serbadk project website stock photo
Gambar sekadar hiasan, tidak bermaksud untuk menggambarkan projek yang terlibat. Gambar: Serba Dinamik

Kesemuanya berjumlah lebih RM 3 bilion. Menurut KPMG lagi, kesahihan kontrak dan transaksi berkaitan pendapatan dan kos terlibat tidak dapat ditentukan.

Persoalan yang bermain

12 pelanggan ditanya, 1 terjawab

Bagi mendapatkan kesahihan transaksi yang berlaku, KPMG telah bertanyakan kepada 12 pelanggan Serba Dinamik tetapi hanya menerima satu pengesahan. Untuk ini, Serba Dinamik mencadangkan untuk sesi temu bual antara KPMG dan penghutang dagangan untuk penjelasan lanjut. Lembaga pengarah juga mencadangkan pengesahan ketiga dihantar.

Latar belakang pembekal

Dua pembekal didaftarkan pada hari yang sama, dan 4 pembekal turut mempunyai alamat pendaftaran yang sama dengan dua pembekal tadi. Semua pembekal ini dimiliki oleh seorang individu.

Bagi menjawab isu alamat sama, Serba Dinamik menjelaskan ianya alamat setiausaha syarikat. Temu bual lanjut diatur untuk pencerahan lanjut antara KPMG dan pembekal.

pexels ryutaro tsukasa different currencies

Beberapa lagi persoalan

Selain itu, terdapat beberapa persoalan lagi yang bermain pada pihak KPMG seperti pelanggan dan pembekal di Bahrain. Untuk ini, pengurusan Serba Dinamik mengatakan KPMG melihat pada alamat yang salah.

Dalam isu lain pula, KPMG menyedari ketiadaan nombor pendaftaran syarikat yang terlibat untuk kontrak jualan IT. Isu ini dibalas dengan pernyataan salah pandang maklumat pada pihak KPMG.

Siapa yang betul? Siapa salah?

Sepanjang berbangkitnya isu ini, saham Serba Dinamik dibekukan sehinggalah bersambung semula pada 31 Mei. CEO, Dato' Abdul Karim menyatakan syarikat tidak berbuat apa-apa kesalahan. Beberapa perkara disebutkan oleh Dato' Karim terhadap KPMG.

Beliau menyalahkan KPMG kerana melewatkan kerja audit menyebabkan Serba Dinamik terlepas tarikh akhir audit. KPMG juga dikatakan bersikap ganjil dan tidak adil kerana mengemukakan isu terus kepada pengarah bebas daripada menerangkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu. Dato' Karim berpendapat mereka sebagai pihak pengurusan lebih faham operasi harian syarikat berbanding pengarah bebas dan seharusnya menjadi rujukan terlebih dahulu.

bernama dato karim
Gambar: Bernama

Buat masa ini, masing-masing tetap dengan pendirian sendiri. KPMG dengan pendirian bahawa terdapat tanda-tanda yang mengelirukan dalan audit syarikat. Pihak pengurusan berpendapat bahawa tiada apa kesalahan yang dibuat oleh syarikat. Pengarah bebas pula menyatakan kerisauan pada audit syarikat.

Reaksi pasaran

Harga semakin turun

Saham lain yang berkaitan dengan pengarah syarikat, Dato' Abdul Karim turut menerima tempias dengan terjunan harga yang banyak. KPower menurun dari RM 1.69 ke RM 1.08, SCIB dari RM 1.48 ke RM 0.91, masing-masing dengan peratusan penurunan sebanyak 36% dan 39%. Serba Dinamik apabila dagangan bersambung turun dari RM 1.61 sehingga RM 0.795 pada 1 Jun iaitu sebanyak 50.6%. Setakat 8 Jun, harga saham masih menurun sehingga ke paras terendah RM 0.61 pada hari dagangan.

isaham chart serbadk 9 jun

Ini menunjukkan reaksi negatif pelabur terhadap berita ini. Sekiranya benar terdapat masalah pada persoalan audit yang dikemukakan, nilai ini sebenarnya telah pun mencapai pendapatan sebanyak dua suku kewangan. Data kewangan yang selama ini menjadi asas pelabur untuk membeli saham syarikat menjadi sebuah keraguan.

serbadk qr feb 2021
Rekod QR Serba Dinamik kini menjadi persoalan

Dana besar beralih

Apabila Serba Dinamik bersambung didagang pada 1 Jun, terlah berlakunya beberapa peralihan dana besar. Dato' Karim dan Datuk Abdul Kadier telah menambah pegangan mereka ke dalam syarikat. Namun sebaliknya pula, KWAP telah mengurangkan pegangan mereka dalam syarikat.

Penambahan pegangan pengarah menunjukkan petanda baik yang menunjukkan pengarah yakin tiada kesalahan yang berlaku pada syarikat. Namun, tindakan KWAP mengurangkan pegangan dalam syarikat menunjukkan institusi tersebut tidak ingin mendedahkan pelaburan mereka dalam risiko situasi yang berbangkit ini.

Kesimpulan

Kes audit ini membawa reaksi negatif yang cukup besar kepada syarikat. Setakat ini, kita belum dapat satu kesimpulan yang jelas. Situasi ini menimbulkan ketidaktentuan pasaran terhadap saham ini. Sekiranya terbukti terdapat kesalahan, maka ia sememangnya akan memberi impak yang negatif terhadap syarikat dan pemegang saham termasuk dana KWSP yang tidak kurang banyak dalam saham ini. Namun sekiranya tiada kesalahan, ada kemungkinan bahawa saham ini boleh kembali pulih.


< kembali ke laman blog utama