Pasaran saham sering kali dilihat sebagai sesuatu yang kompleks dan hanya untuk golongan tertentu sahaja. Sebenarnya, ini adalah tanggapan yang salah. Sesiapa sahaja boleh melabur asalkan mempunyai persediaan yang cukup dan salah satu persediaan yang wajib ada ialah ilmu.
Ramai yang mahu mula melabur, tetapi tidak tahu di mana hendak bermula. iSaham memahami cabaran ini, dan kerana itu, kami tampil dengan inisiatif iSaham Starter Kit, yang direka khas untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia pelaburan. Semuanya 100% percuma.
Melalui inisiatif ini, iSaham menyediakan dua platform utama untuk bantu anda kuasai ilmu asas saham dengan cara yang tersusun, mudah difahami, dan praktikal:
iSaham Arena
iSaham Arena ialah platform pembelajaran dalam bentuk blog yang direka khas untuk beginner. Anda boleh akses secara percuma dan belajar mengikut masa anda sendiri. Setiap modul ditulis dengan bahasa yang mudah difahami, disertakan dengan contoh dan penerangan praktikal yang boleh terus diaplikasikan.
7 Modul Dalam iSaham Arena:
1. Asas Pelaburan
Kenapa perlu melabur? Apa beza pelaburan dan simpanan? Modul ini akan bantu anda faham tujuan pelaburan dan risiko yang terlibat.
2. Asas Saham
Belajar istilah asas dalam saham seperti lot, dividen, capital gain, dan macam mana sebenarnya saham berfungsi.
3. Asas Teknikal
Pelajari konsep carta saham, support & resistance, dan indicator asas untuk kenal pasti peluang jual dan beli.
4. Asas Fundamental Analysis
Ketahui cara menilai kekuatan kewangan syarikat melalui laporan kewangan dan nisbah penting seperti EPS, PE dan ROE.
5. Asas IPO
Modul ini terangkan apa itu IPO, cara mohon dan bagaimana untuk menilai syarikat yang bakal disenaraikan.
6. Asas Screener
Pelajari cara menggunakan screener iSaham untuk menapis kaunter yang sesuai dengan strategi anda.
7. Asas Mplus
Panduan langkah demi langkah bagaimana untuk menggunakan platform dagangan Mplus, dari buka akaun hingga kepada beli/jual saham.
Ciri Khas Lain di iSaham Arena:
1. Kuiz Selepas Setiap Topik
Untuk pastikan anda benar-benar faham, kami sediakan kuiz ringkas selepas setiap modul.
2. Ruangan Discussion
Anda boleh bertanya soalan, berkongsi pendapat, atau berinteraksi bersama komuniti beginner yang lain.
Akses iSaham Arena di: https://arena.isaham.my/
3. Ganjaran Dalam Bentuk Points
Setiap bacaan blog atau anda menjawab yang disediakan akan diberikan ganjaran dalam bentuk point. Kumpul point ini untuk menebus ganjaran yang bakal diumumkan.
Asas Saham
Selain belajar sendiri melalui blog, iSaham juga akan meneruskan Kelas Asas Saham dengan format yang baharu, 100 peratus secara online bagi memberi ruang kepada mereka jauh untuk menghadiri sesi ini.
Apa Yang Anda Akan Pelajari?
Kelas Asas Saham ini, akan diadakan seawal Sabtu minggu hadapan, 17 Mei 2025 untuk Level 1 dan 24 Mei 2025 untuk Level 2. Kedua-duanya melalui siaran langsung di saluran Telegram Khas.
Pendaftaran untuk Asas Saham Level 1 baru sahaja dibuka. Daftar sekarang secara percuma, di laman di bawah:
Pendaftaran Asas Saham Level 1
Perbincangan
Kami percaya ilmu pelaburan adalah hak semua orang, bukan hanya mereka yang berada di bandar atau yang berharta. Dengan ilmu yang betul, sesiapa pun boleh mulakan langkah dalam dunia pelaburan saham dengan yakin dan tersusun.
Harapan kami adalah supaya lebih ramai rakyat Malaysia celik saham, faham risiko, dan tahu bagaimana untuk jana keuntungan secara sah dan patuh syariah.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba platform iSaham Arena dan mendaftar Asas Saham Level 1 di pautan.