UMUM

21-SEP-2021

iSaham Menjalinkan Kerjasama dengan Global Sadaqah


FN    


Pada 26 Ogos baru ni, iSaham telah menandatangani MoU dengan GS Global Guardian Sdn Bhd untuk menjalin kerjasama strategik bersama kedua-dua pihak.

GS Global Guardian atau GS ialah sebuah syarikat yang terlibat dalam membina dan mengendali operasi platrofm crowdfunding melalui GlobalSadaqah.com. Dengan platform ini, antara usaha yang mereka dapat jalankan ialah program CSR, pengurusan zakat dan juga wakaf. Usaha ini dijalankan dengan kerjasama badan keagamaan, yayasan, bank, korporat dan juga masyarakat awam untuk meningkatkan kecekapan, kelestarian dan impak Kewangan Sosial.

global sadaqah website landing page
GlobalSadaqah memadankan dana penderma dengan kempen kebajikan serata dunia

Syarikat ini berpangkalan di Malaysia, dan mereka juga memiliki cawangan di Singapura dan Indonesia. Namun, capaian mereka untuk menyampaikan amal kebajikan merentasi sempadan di serata dunia.

Platform mereka di GlobalSadaqah.com memberi kemudahan badan organisasi untuk menghebahkan inisiatif yang mereka ingin jalankan. Inisiatif ini memerlukan sejumlah dana untuk dilaksanakan, oleh itu memerlukan sumbangan masyarakat umum. Sesiapa yang ingin berkongsi sebahagian rezeki mereka untuk berbuat kebaikan pula boleh memberikan sumbangan melalui kempen yang sedia ada di GlobalSadaqah.com.

Dengan ekosistem ini, amalan kebajikan menjadi semakin mudah dijalankan di setiap tahap pelaksanaan. Pihak penganjur boleh menumpukan pada pelaksanaan kempen, individu boleh memberikan sumbangan melalui platform yang disediakan, dan dengan kemudahan ini juga, semoga lebih ramai masyarakat di dunia mendapat manfaat sedikit sebanyak dari kempen yang dijalankan.


< kembali ke laman blog utama