UMUM

27-JUL-2023

iSaham Membawa Inovasi di Bursa Marketplace Fair 2023


 


Pasukan iSaham bakal menyertai Bursa Marketplace Fair 2023 yang akan diadakan di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru pada 5 Ogos 2023. Pameran ini akan disertai oleh lebih daripada 20 pempamer yang akan mempamerkan produk dan perkhidmatan terkini dalam pasaran saham kepada komuniti pelabur dan pedagang saham dari semua peringkat untuk melabur dengan lebih yakin.

bursa marketplace fair

Peluang berhubung dan berinteraksi

Pameran ini merupakan peluang yang bernilai bagi kami untuk berhubung dengan pelabur, pedagang saham, broker dan rakan kongsi lain dalam industri. Ia juga memberi ruang untuk kami berinteraksi dengan mereka dan berkongsi bagaimana aplikasi screener iSaham dapat membantu mereka dalam membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Selain penampilan istimewa, para pengunjung boleh mengambil peluang dan beramah mesra dengan Encik Suddin Salleh daripada Lyndung dan Encik Zulhaikal daripada Sharlife yang turut menyertai pameran bersama dengan kami.

meet and greet

Pameran screener iSaham

Kami akan mengadakan sesi demo screener iSaham secara langsung di booth kami kepada pengunjung yang ingin mencuba dan mendapatkan panduan tentang cara menggunakan screener iSaham untuk mengenalpasti dan menyaring saham-saham yang terdapat di Bursa Malaysia yang sesuai dengan kriteria yang ditetapkan. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri baharu yang dinaiktaraf seperti screener untuk menyaring saham-saham di pasaran global.

screener iSaham

Seminar Analisis Teknikal

Selain itu, Encik Anas Faris yang merupakan pengasas bersama iSaham akan turut menjadi salah seorang panel daripada seminar-seminar yang diadakan pada hari tersebut. Beliau akan berkongsi pengetahuan dan pandangan beliau tentang Analisis Teknikal yang memberi fokus secara khusus dalam mengenalpasti dan menguasai trend dan sektor yang sedang meningkat.

Seminar ini akan diadakan pada jam 4.30 hingga 5.30 petang di Breakout Room 1. Para pengunjung boleh mengambil peluang yang ada untuk menghadiri seminar ini dan memperoleh manfaat ilmu yang dikongsikan. 

seminar teknikal analisis

Jemputan ke booth iSaham

Kami berharap melalui penyertaan kami dalam pameran ini dapat membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan baharu dan sedia ada, dan memperluas rangkaian perniagaan dengan jaringan baru untuk pertumbuhan dalam industri pelaburan.

Oleh itu, kami ingin menjemput anda untuk mengunjungi booth kami di Standard 11  untuk mendapatkan informasi terkini tentang iSaham dan berkongsi pandangan tentang peluang-peluang yang menarik dalam industri kewangan dan pelaburan.

Untuk menyertai Bursa Marketplace Fair 2023, anda boleh mendaftar secara percuma di laman sesawang Bursa Marketplace melalui pautan di bawah.

Pautan: Pendaftaran Bursa Marketplace Fair 2023


< kembali ke laman blog utama