BERITA

02-OCT-2025

iSaham Arena 2.0: New Features Update


AA    


 

iSaham sentiasa berusaha untuk membantu anda melabur dengan lebih baik. Terbaru, kami dengan bangganya memperkenalkan beberapa feature baharu di bawah inisiatif iSaham Arena 2.0. Versi yang kami anggap sebagai satu langkah besar ke hadapan dalam misi kami membantu lebih ramai rakyat Malaysia memahami dunia pelaburan saham.

 

Apa itu iSaham Arena?

 

 

Bagi yang masih belum mengenali Arena, ia adalah platform pendidikan saham percuma yang dibangunkan oleh iSaham khusus untuk beginner. Ia direka khas untuk mereka yang baru ingin mula belajar tentang pelaburan, sama ada anda belum pernah atau baru buka akaun CDS, baru dengar apa itu “dividend”, atau nak faham macam mana harga saham naik dan turun. Semuanya 

Di Arena, pengguna boleh belajar melalui artikel, video, kuiz interaktif, dan komuniti yang saling menyokong antara satu sama lain.

Matlamat utama kami mudah: menjadikan pelaburan saham sesuatu yang mudah difahami, boleh diakses oleh semua dan membantu anda mula melabur.

 

Apa yang baru di Arena?

 

 

1. Video Interaktif

 

 

Sebelum ini, kebanyakan topik dalam Arena berbentuk artikel. Dalam versi baharu ini, kami tambah video pembelajaran untuk setiap topik penting. Dengan visual dan penerangan step-by-step, pengguna kini boleh belajar dengan cara yang lebih mudah dan interaktof. Video ini akan terus diupdate secara berperingkat, jadi akan sentiasa ada kandungan baharu untuk diterokai dari semasa ke semasa.

 

2. Portfolio: Paper Trading

 

 

Belajar teori saja tak cukup. Sebab itu kami perkenalkan Paper Trading Portfolio. Melalui feature ini, anda boleh berlatih beli dan jual saham menggunakan data sebenar pasaran, tanpa menggunakan duit sebenar. Ia membolehkan anda faham bagaimana pasaran bergerak, uji strategi pelaburan, dan bina keyakinan sebelum melabur secara real. Pendek kata, anda boleh “merasai" jual beli saham tanpa risiko.

 

3. Quest, Point & Badges

 

 

Belajar saham kini lebih menyeronokkan dengan sistem Quest, Point dan Badges. Setiap kali anda selesaikan topik atau aktiviti tertentu, anda akan kumpul mata ganjaran (points) dan badges khas. Lagi banyak anda belajar, lagi banyak pencapaian yang boleh anda unlock! 

 

4. Community

 

 

Kami juga menaik taraf ruang komuniti agar lebih interaktif, mesra pengguna dan aktif. Di sini, pengguna boleh bertanya soalan, berkongsi pengalaman, dan berbincang dengan pengguna lain yang sama-sama ingin memahami dunia saham. Kami percaya, bila ada komuniti yang supportive, proses pembelajaran akan jadi lebih menyeronokkan.

 

Kesimpulan

 

iSaham Arena 2.0 hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih panjang. Kami akan terus menambah baik platform ini dengan lebih banyak topik, video, dan feature baharu dari masa ke masa.

Kami juga sangat menghargai maklum balas daripada anda. Jika anda ada idea atau cadangan untuk penambahbaikan, jangan segan untuk kongsikan. Setiap komen anda sangat penting untuk kami terus memperbaiki Arena.

Jom explore semua feature baru ini di iSaham Arena 2.0: https://arena.isaham.my/

Mulakan langkah pertama anda untuk memahami pelaburan saham dengan cara yang lebih mudah, interaktif dan percuma.

 


< kembali ke laman blog utama