IPO

9-JUL-2020

IPO Syarikat Pembinaan TCS Group untuk Dana Mesin


 


Permohonan IPO untuk TCS Group telah pun dibuka sebelum COVID-19. Kini, permohonan dibuka semula dengan butiran di bawah:

Harga IPO:
RM 0.23
Pasaran:
ACE
Permohonan dibuka:
29 Jun 2020, 10.00 pagi
Permohonan ditutup:
10 Julai, 5.00 petang
Cabutan saham:
14 Julai 2020
Agihan saham:
20 Julai 2020
Tarikh penyenaraian:
23 Julai 2020

Syarikat berteraskan pembinaan bangunan dan struktur

TCS Group menjalankan bisnes dalam sektor pembinaan sejak tahun 1999. Kini, setelah 21 tahun beroperasi, TCS menjalankan kerja-kerja pembinaan seperti jalan raya, loji rawatan air dan pembinaan bangunan perumahan dan komersial.

tcs banner

Peristiwa penting dan pencapaian syarikat

2015
Berkembang untuk pembinaan bangunan, GEMS International School bernilai RM 46.04 juta
2017
Dianugerahkan projek bangunan binaan tinggi pertama - Suria Pantai dan Riana South bernilai RM141.73 juta dan RM119.73 juta
2018
Dianugerahkan projek pusat membeli-belah pertama - KTCC Mall bernilai RM101.0 juta
2019
Dianugerahkan projek Putrajaya Sentral bernilai RM223.89 juta

Ringkasan Bisnes

Ringkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:

Prestasi Bisnes

TCS Group menunjukkan peningkatan kewangan yang cukup baik. Pendapatan pada tahun 2016 adalah pada RM 10.36 juta, diikuti dengan sedikit penurunan ke RM 7.17 juta pada tahun 2017. Daripada penurunan ini, TCS kembali mengumpul pendapatan ke RM 14.63 juta dan 35.84 juta pada tahun 2018 dan 2019. Maka secara keseluruhannya, kita dapat lihat bahawa nilai projek yang dijamin TCS adalah semakin meningkat.

Dari segi keuntungan pula, margin keuntungan untuk sektor pembinaan ini sememangnya agak rendah. Margin bersih (gross margin) dicatatkan pada 10% hingga 20% daripada pendapatan. Namun selepas cukai, margin ini berada pada julat 4% - 8%.

TCS plot

Analisis Bisnes

Menurut Jabatan Statistik Malaysia dan Protege Associates, Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun (CAGR) untuk sektor pembinaan dijangka pada 3.1% untuk tahun 2020 - 2024 dengan saiz RM 77.29 bilion.

TCS Group adalah kontraktor gred G7 yang boleh menjalankan projek tanpa had nilai. Namun, terdapat lebih 8,000 kontraktor lain dengan gred seperti ini di Malaysia. Maka, persaingan dalam sektor ini bukan terhad dalam kalangan syarikat pembinaan yang tersenarai sahaja.

Sebagai perbandingan, antara syarikat tersenarai lain yang boleh dibandingkan dengan TCS Group adalah seperti di bawah.

tcs group competitor

Penggunaan Dana IPO

TCS Group akan mengumpul dana sejumlah RM 20.7 juta daripada IPO ini. Pembahagian dana ini adalah seperti berikut:

Jenis Dana Nilai (Juta) Peratusan (%)
Pembelian mesin dan peralatan 13.0 62.80
Modal kerja 4.2 20.29
Perbelanjaan IPO 3.5 16.91
Jumlah 20.7 100

Seperti yang boleh dilihat dari jadual di atas, kebanyakan modal akan digunakan untuk membeli mesin dan peralatan pembinaan.

Kesimpulan

Kami berikan skor kepada IPO TCS Group ini sebanyak 3/4. Prestasi kewangan dilihat agak bagus. Namun, anda perlu sedar bahawa laporan kewangan mereka hanya setakat FYE 2019. Maka, kesan daripada COVID-19 belum termasuk dalam laporan.


< kembali ke laman blog utama