IPO

23-JUN-2022

IPO Seng Fong: Menyokong Keperluan Modal Kerja


 


Seng Fong

Seng Fong Holdings Berhad terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan, pemprosesan dan penjualan produk getah asli pelbagai gred, terutamanya Standard Rubber Malaysia (SMR) dan gred Premium.

Harga IPO:
RM 0.75
Status syariah:
Dinilai syariah oleh SAC
Pasaran:
Utama
Permodalan pasaran:
RM389.22 juta
Nisbah PE:
11.2
Permohonan ditutup:
24 Jun 2022
Cabutan saham:
29 Jun 2022
Tarikh penyenaraian:
7 July 2022

Bisnes Seng Fong

Seng Fong, melalui anak syarikatnya, terlibat terutamanya dalam pemprosesan ketulan getah cawan menjadi getah blok. Mereka memiliki dan mengendalikan perniagaan pemprosesan getah di Gemas, Negeri Sembilan, yang terdiri daripada 3 kilang dengan jumlah ruang lantai pengeluaran kira-kira 319,000 kaki persegi, dan jumlah kapasiti pengeluaran kira-kira 142,000 MTS setahun.

Seng Fong dikategorikan di bawah sektor pertengahan industri getah dan mengeluarkan pelbagai gred getah blok. Bahan mentah utama yang dibeli ialah ketulan getah cawan, getah separa diproses (RSS dan getah sintetik) dan bahan tambah nilai tambah (bahan kimia lain). Seng Fong memproses ketulan getah cawan kepada pelbagai gred.

Model perniagaan Seng Fong
Model perniagaan Seng Fong

Seng Fong mendapatkan ketulan getah cawan daripada peniaga getah domestik dan antarabangsa. Manakala bagi getah separuh proses (RSS dan getah sintetik) dan bahan tambahan nilai tambah (bahan kimia lain) daripada peniaga getah antarabangsa, untuk menghasilkan getah blok Gred SMR dan Gred Premium (segmen pemprosesan). Seng Fong juga berdagang getah blok yang diperoleh daripada peniaga getah antarabangsa dan pemproses getah asli (segmen perdagangan), atas permintaan pelanggan syarikat.

Kesan COVID-19 terhadap bisnes

Semasa pengenaan PKP pertama di seluruh Malaysia operasi perniagaan Seng Fong telah ditutup dari 18 Mac 2020 hingga 22 Mac 2020, dan disambung semula pada 23 Mac 2020 kerana aktiviti perniagaan mereka dianggap sebagai perkhidmatan penting, tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan ketika itu.

Seng Fong tidak mengalami sebarang gangguan besar dalam perolehan dan penerimaan bekalan. Selain itu, tiada juga kekurangan bekalan untuk memenuhi pesanan pelanggan mereka. Sebaliknya, kapasiti pengeluaran syarikat terjejas disebabkan pengurangan kapasiti tenaga kerja kepada 50% semasa PKP pertama. Ditambah pula dengan kesesakan pelabuhan, ini sekali gus melambatkan pemenuhan pesanan untuk beberapa pelanggan luar negara. Oleh itu, pendapatan syarikat sebanyak RM13.2 juta hanya boleh diiktiraf pada suku pertama 2021 dan bukannya sebelum suku ke-4 2020.

Prestasi kewangan

Pendapatan syarikat Seng Fong Holdings Berhad diperolehi daripada dua segmen iaitu pemprosesan dan juga perdagangan.

Prestasi kewangan
Prestasi kewangan

Jumlah pendapatan syarikat menurun sebanyak RM20.4 juta atau kira-kira 3.2% kepada RM616.4 juta pada 2020 (FYE 2019: RM636.8 juta). Penurunan ini didorong terutamanya oleh penurunan hasil daripada segmen pemprosesan. Pendapatan yang kurang ini juga disebabkan oleh pengeluaran yang terjejas penangguhan penghantaran pesanan pelanggan akibat COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Bagi FYE 2021, jumlah pendapatan syarikat Seng Fong meningkat sebanyak RM151.8 juta atau kira-kira 24.6% kepada RM768.2 juta (FYE 2020: RM616.4 juta) didorong terutamanya daripada segmen pemprosesan syarikat (RM737.3 juta atau 96.0%). Peningkatan pendapatan daripada segmen pemprosesan kami adalah disebabkan terutamanya oleh peningkatan hasil daripada kuantiti jualan yang tinggi serta ASP getah blok Gred SMR dan Gred Premium.

Terdapat peningkatan pendapatan sebanyak 18.8% bagi FPE 2021 berbanding FPE 2020. Peningkatan ini didorong oleh peningkatan dalam ASP getah blok Gred SMR dan Gred Premium.

Prestasi kewangan mengikut segmen
Prestasi kewangan mengikut segmen

Penyumbang pendapatan utama syarikat Seng Fong adalah daripada pemprosesan dan penjualan getah blok Gred SMR dan Gred Premium iaitu segmen pemprosesan. Manakala segmen perdagangan, pendapatan yang diperoleh adalah minimum iaitu daripada perdagangan getah blok.

Pada FYE 2020, terdapat penurunan pendapatan bagi segmen pemprosesan. Tambahan pula, tiada hasil daripada segmen dagangan semasa FYE 2020 kerana tiada pesanan daripada pelanggan mereka ketika tahun itu. Manakala bagi FYE 2021 pula, pendapatan bagi kedua-dua segmen ini meningkat.

Strategi IPO pada masa depan

Dana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:

Dana Nilai (juta) Peratusan (%)
Modal kerja 19.72 28.9
Pembayaran balik pinjaman bank 37.86 55.6
Pemasangan sistem biojisim 6.25 9.2
Perbelanjaan penyenaraian 4.27 6.3
Jumlah 68.1 100.00

Jika dilihat dari jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa majoriti dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO ini akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank iaitu sebanyak RM 37.86 juta (55.6%). Selain itu, 28.9% daripada dana IPO ini akan dimanfaatkan untuk modal kerja syarikat Seng Fong.

RM 6.25 juta bersamaan 9.2% pula akan digunakan untuk pemasangan sistem biojisim di kilang pemprosesan yang terletak di Gemas. Baki selebihnya pula akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.

Analisis bines dan industri Seng Fong

Industri pemprosesan getah blok

Getah blok adalah daripada getah yang diproses, yang diproses daripada ketulan getah cawan, dimana akan dibersihkan, diproses menjadi serbuk. Kemudian getah tersebut akan dikeringkan, diadun dan selepas itu dimampatkan menjadi blok getah pepejal.

Industri pemprosesan getah blok merujuk kepada sektor pertengahan industri getah di mana pemain industri pemprosesan getah blok membeli bahan mentah (iaitu ketulan getah cawan, getah separuh proses seperti RSS, dan getah sintetik) untuk diadun dan diproses menjadi getah blok, dan kemudiannya dijual kepada pengeluar tayar, alat ganti kenderaan dan barangan getah industri, peniaga getah dan lain-lain.

Rantaian nilai industri getah boleh digambarkan seperti rajah di bawah:

Rantaian nilai industri getah
Rantaian nilai industri getah

Berdasarkan gambar di atas, industri pemprosesan getah blok yang Seng Fong terlibat adalah pemprosesan getah gred SMR dan getah blok gred tersuai.

Prestasi industri

Industri pemprosesan getah blok di Malaysia, yang diwakili oleh jumlah pengeluaran getah blok, merosot sedikit daripada 1.38 juta tan metrik (MTS) pada 2018 kepada 1.34 juta MTS pada 2019. Pada 2020, ia meningkat kepada 1.51 juta MTS dan mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan (CAGR) sebanyak 4.6% dalam tempoh ini. Jumlah pengeluaran getah blok menurun sebanyak 20.53% tahun ke tahun (YOY) kepada 1.20 juta MTS pada 2021.

Prestasi industri getah
Prestasi industri getah. Gambar: Prospektus

Volum eksport getah blok pula, mencatatkan penurunan sedikit daripada 1.09 juta MTS pada 2018 kepada 1.04 juta MTS pada 2019. Pada 2020, volum tersebut meningkat kepada 1.09 juta MTS, dan seterusnya menurun kepada 1.03 juta MTS pada 2021.

Export getah blok
Eksport getah blok. Gambar: Prospektus

Malaysia mengeksport 78.99%, 77.61%, 72.19% dan 85.83% daripada jumlah getah blok yang dikeluarkan pada 2018, 2019, 2020 dan 2021, masing-masing. Pada 2021, terdapat 10 tempat eksport getah blok utama Malaysia iaitu China, India, Amerika Syarikat, Jerman, Finland, Turki dan pelbagai lagi. China menjadi negara pengeksport utama getah blok dari Malaysia pada 2021, menyumbang 65.58% daripada jumlah eksport getah blok Malaysia.

Persaingan

Seng Fong terlibat dalam pemprosesan ketulan getah cawan menjadi getah blok dan produk mereka terdiri daripada gred SMR dan getah blok gred tersuai (iaitu getah blok gred premium). Oleh itu, menurut laporan IMR, kriteria untuk pemilihan pemain industri utama dalam industri pemprosesan getah blok di Malaysia adalah seperti berikut:

Antara pesaing yang menepati kriteria tersebut adalah seperti berikut:

Pesaing Seng Fong

Pesaing Seng Fong
Pesaing Seng Fong yang terlibat dalam industri yang sama

Perbincangan

Kira-kira 70% getah asli global digunakan untuk pembuatan tayar, dan getah blok adalah salah satu bahan mentah utama untuk pembuatan tayar. Menurut laporan IMR, sektor kenderaan dunia dijangka terus berkembang dengan peningkatan pengeluaran kenderaan daripada 80 juta unit pada 2021 kepada 105 juta unit 2025, pada CAGR 7.03%. Dengan peningkatan bilangan kenderaan yang dikeluarkan dan dijual serta penggantian tayar yang haus semasa penyelenggaraan kenderaan, permintaan terhadap tayar meningkat, secara tidak langsung meningkatkan lagi industri pemprosesan getah.

Jika diperhatikan, prestasi kewangan Seng Fong bertambah baik untuk tahun 2021. Peningkatan pendapatan bagi tahun tersebut didorong oleh segmen pemprosesan getah. Melalui IPO ini, Seng Fong menunjukkan jumlah besar dana akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank serta dimanfaatkan untuk modal kerja.


< kembali ke laman blog utama