Butiran IPO
Richtech Digital Berhad akan disenaraikan di pasaran ACE Bursa Malaysia pada 17 Februari 2025. Berdasarkan prospektus syarikat, melalui penyenaraian ini, sebanyak 54.66 juta saham baharu akan diterbitkan dan 25.31 juta saham sedia yang ada akan dibahagikan kepada beberapa kategori. Sebanyak 10.12 juta saham akan diagihkan kepada umum. 68.297 juta saham pula untuk pelabur terpilih melalui tawaran persendirian. Baki sebanyak 1.55 juta saham akan dikhususkan untuk pengarah dan pekerja syarikat RTECH yang layak. Securities Commision turut mengesahkan syarikat ini berstatus patuh Syariah dan syarikat ini ditawarkan pada harga RM0.25 seunit.
Latar Belakang Syarikat
RichTech Digital Berhad bermula sebagai RichTech Communications Sdn. Bhd. (RCSB), sebuah pengendali kedai runcit mudah alih yang ditubuhkan pada tahun 2001. Perniagaan ini mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2011 dengan menumpukan pada pengedaran tambah nilai elektronik dan perkhidmatan pembayaran bil melalui platform digitalnya, SRS. Platform ini menyokong pelbagai jenis tambah nilai elektronik. Contohnya tambah nilai TV digital, kredit permainan, dan pembayaran bil untuk utiliti, dan pinjaman.
Fungsi Aplikasi SRS
Prestasi Kewangan
Berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan dalam prospektus syarikat, prestasi kewangan RTECH dinilai sangat stabil dan sihat dengan beberapa perkara yang menunjukkan nilai yang sangat cemerlang. Pertama, pendapatan, keuntungan bersih syarikat sentiasa menaik dari FYE2021 ke FYE2023. Pendapatan syarikat menaik dari RM4.7 juta ke RM7.7 juta dan pendapatan untuk FPE2024 juga lebih baik dari FPE2023. Nilai margin keuntungan syarikat juga dinilai sangat cemerlang dengan peratusan sentiasa diatas 60% dengan trend menaik.
Untuk perbandingan aset vs liabiliti juga dinilai baik dengan aset semasa syarikat untuk FPE2024 ialah sekitar RM21.2 juta manakala liabiliti hanya RM4.2 juta. Trend untuk aset sentiasa meningkat manakala liabiliti menurun untuk FYE2021 ke FYE2023. Wang tunai Richtech turut dilihat secara mendadak pada FPE2024 iaitu RM11,827 juta berbanding FPE2023 hanya RM4.73 juta, peningkatan lebih 100%.
Penggunaan Dana
Melalui penyenaraian ini, Richtech dijangka menerima sebanyak RM 13,67 juta yang akan digunakan untuk beberapa perkara:
1. RM4.5 juta/32/93%- Aktiviti pemasaran dan promosi
Majoriti dana akan digunakan untuk aktiviti promosi aplikasi SRS untuk pengguna korporat dan juga pengguna akhir. Antara yang akan dilakukan ialah menawarkan diskaun dan ganjaran bagi menarik lebih banyak pengguna untuk menggunakan aplikasi SRS. Anggaran sebanyak 200 ribu voucher diskaun untuk pengguna baru SRS dan juga 100 ribu voucher diskaun untuk pengguna lama yang bernilai RM5 setiap satu. Dari segi media sosial pula, RTECH akan melakukan lebih banyak iklan dan promosi di platform Instagram dan juga TikTok.
2. RM3 juta/21.95%- Pejabat baru
Buat masa sekarang RTECH menyewa 2 buah pejabat di Petaling Jaya. Melalui penyenaraian ini, RTECH bercadang untuk mendapatkan sebuah pejabat berkeluasan 5000 ke 6000 kaki persegi untuk memudahkan lagi urusan pentadbiran syarikat.
3. RM3 juta/21.95%- Dana kerja
Sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk membeli bekalan untuk tambah nilai elektronik seperti mobile airtime reloads, mobile data reloads dan games credits.
4. RM3,166 juta/23.17 juta- Membayar kos penyenaraian
Industri & Bisnes
Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan pembayaran dan tambah nilai melalui aplikasinya iaitu SRS, RTECH terlibat dalam industi servis tambah nilai elektronik dan juga pembayaran bil.
Value chain industri ini adalah seperti berikut:
Prestasi Industri
Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Providence, industri servis tambah nilai elektronik dan servis pembayaran bil di Malaysia berada dalam trend menaik dengan nilai meningkat secara konsisten iaitu dari RM438.9 juta pada 2019 kepada RM714.3 juta pada tahun 2023. Perkembangan ini merekodkan pertumbuhan CAGR sebanyak 12.9%. Menurut Providence industri ini dijangkan berkembang ke nilai RM1 bilion pada tahun 2024.
Antara syarikat yang terlibat dalam industri ini:
Perbincangan
Sebagai rumusan, Richtech Digital Berhad merupakan sebuah syarikat yang menawarkan servis tambah nilai elektronik dan pembayaran bil melalui aplikasinya iaitu SRS. Kewangan syarikat menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan pendapatan dan keuntungan syarikat sentiasa meningkat dan margin keuntungan melebihi 60% setiap tahun. Dari segi penggunaan dana, majoriti dari dana akan digunakan untuk aktiviti promosi dan pemasaran dengan sasaran untuk menambah pengguna aplikasi SRS.