IPO

09-NOV-2022

IPO INFOMINA - Memperkukuh Keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan Produk


 


IPO INFOMINA

Infomina Berhad merupakan sebuah syarikat penyelesaian teknologi serantau. Melalui anak-anak syarikatnya, mereka terlibat dalam reka bentuk, pelaksanaan aplikasi teknologi dan penyelesaian infrastuktur yang menyokong operasi asas pelanggan. Mereka juga terlibat dalam menyediakan servis penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan.

Butiran IPO syarikat adalah seperti berikut:

Harga IPO:
RM 0.40
Status syariah:
Dinilai shariah
Pasaran:
ACE
Permodalan pasaran:
RM 240 juta
Nisbah PE:
14.3
Permohonan ditutup:
11 November 2022
Cabutan saham:
16 November 2022
Tarikh penyenaraian:
25 November 2022

Perniagaan Infomina Berhad

Infomina Berhad telah diperbadankan di Malaysia pada 11 Jun 2007 sebagai sebuah syarikat swasta berhad di bawah nama Infomina Sdn Bhd dan ditukarkan kepada syarikat awam berhad pada 21 Febuari 2022.

Struktur syarikat selepas disenaraikan adalah seperti berikut:

Struktur Syarikat
Sumber: Prospektus IPO

 

Infomina Berhad merupakan sebuah syarikat penyelesaian teknologi serantau yang mempunyai kepakaran dalam pelaksanaan aplikasi dan infrastruktur teknologi.

Majoriti pendapatan syarikat diperoleh dari segmen reka bentuk dan penyelesaian infrastruktur teknologi. Pada tahun 2022, segmen ini menyumbang sebanyak 50.3% atau RM 101.18 juta daripada pendapatan keseluruhan syarikat. 

Rajah berikut menggambarkan model pelaksanaan teknologi Infomina Berhad:

Model Perniagaan Syarikat
Model pelaksanaan teknologi syarikat

Prestasi kewangan

Secara keseluruhannya, Infomina Berhad merekodkan pertambahan pendapatan yang konsisten dari tahun 2019 hingga 2021. Pendapatan mereka meningkat sebanyak 23.65% iaitu daripada RM 66.0 juta pada tahun 2019, menjadi RM 81.6 juta pada tahun 2020. Pertumbuhan pendapatan kemudiannya berterusan pada tahun 2021 dan 2022 dengan peningkatan masing-masing sebanyak 28.91% dan 91.09%.

Kenaikan sebanyak RM 73.3 juta pada tahun 2022 berbanding tahun 2021 ini disokong oleh pertambahan hasil pendapatan dari segmen reka bentuk dan penyelesaian infrastruktur teknologi  berikutan kebolehan syarikat untuk beroperasi pada skala penuh selepas sekatan COVID-19 berakhir.

Prestasi Kewangan Infomina

Prestasi kewangan Infomina Berhad

 

Pendapatan Infomina Berhad datang dari dua segmen perniagaan utama iaitu:

  1. Reka bentuk dan penyelesaian infrastruktur teknologi
  2. Servis penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan 

Pendapatan syarikat mengikut segmen adalah seperti di bawah:

Prestasi Kewangan Mengikut Segmen

Prestasi kewangan mengikut segmen

 

Walaupun berlaku sedikit penurunan hasil pendapatan dari segmen reka bentuk dan penyelesaian infrastruktur teknologi pada tahun 2021, tetapi secara keseluruhannya, segmen ini merupakan penyumbang terbesar terhadap hasil pendapatan syarikat pada tahun 2019, 2020 dan 2022 dengan nilai masing-masing sebanyak 64.5%, 55.5% dan 50.3%.

Pelanggan utama syarikat

Pada tahun 2022, Infomina Berhad mempunyai lima pelanggan utama yang menyumbang sebanyak 75.0% daripada pendapatan keseluruhan syarikat. Berdasarkan laporan, dua pelanggan terbesar ini merupakan antara agensi penting kerajaan iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Berikut merupakan senarai pelanggan utama Infomina Berhad untuk tahun 2022:

Pelanggan Utama Syarikat

Sumber: Prospektus IPO

Kelebihan daya saing

Infomina Berhad mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang reka bentuk aplikasi teknologi boleh ubah suai termasuk dengan penyelesaian infrastruktur untuk digunakan dalam pelbagai jenis platform, sistem penyimpanan, sistem sekuriti, perkakasan dan perisian untuk memudahkan operasi harian pelanggan.

Ini membolehkan mereka untuk menyediakan servis terutamanya kepada pelanggan berstatus syarikat multinasional yang terlibat dalam pelbagai lapangan seperti pemprosesan data dan transaksi berskala besar, platform integrasi, blockchain, operasi kecerdasan buatan dan Internet Pelbagai Benda.

Setakat ini, majoriti pelanggan Infomina ialah syarikat yang mempunyai reputasi tinggi serta terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti industri penting seperti pengurusan sektor awam, institusi kewangan, automotif dan telekomunikasi.

Risiko berkaitan perniagaan dan operasi

Pendapatan syarikat Infomina Berhad bergantung kepada lima pelanggan utamanya. Pada tahun 2019 hingga 2022, lima pelanggan utama ini menyumbang sebanyak 99.0%, 91.4% 72.8% dan 75.0% terhadap hasil keseluruhan syarikat.

Sekiranya pelanggan-pelanggan ini menamatkan kontrak perniagaan dengan Infomina atas sebab-sebab tertentu, seluruh kegiatan perniagaan mereka akan terganggu dan seterusnya akan menjejaskan prestasi kewangan syarikat.

Strategi IPO dan masa depan

Dana yang diterima dari IPO ini akan digunakan untuk tujuan seperti yang berikut:

Dana Nilai (Juta) Peratusan (%)
Aktiviti penyelidikan dan pembangunan  7.60 23.4
Pengembangan serantau 5.52 17.0
Aktiviti penjenamaan, pemasaran dan promosi 0.89 2.7
Modal kerja 13.96 43.0
Pembayaran kos penyenaraian 4.50 13.9
Jumlah 32.47 100

 

Sebanyak RM 7.60 juta bersamaan 23.4% daripada dana IPO akan digunakan untuk tujuan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) aplikasi dan penyelesaian infrastruktur teknologi. R&D ini akan membantu Infomina untuk mengembangkan dua aplikasi baharu mereka iaitu VIDESPACE dan Centre of Excellence (CoE) agar boleh memberi nilai tambah kepada pelanggan.

VIDESPACE merupakan sebuah platform yang menyediakan kemudahan komunikasi dan membantu pengguna untuk menjalankan, mengurus dan memantau tugas harian dengan selamat dan teratur. Centre of Excellence (CoE) pula merupakan sebuah fasiliti pembangunan kemudahan ilmu pengetahuan berkaitan ekosistem komputer.

Infomina juga akan membelanjakan sebanyak RM 5.52 juta atau 17.0% daripada dana IPO untuk tujuan pengembangan serantau. Mereka berhasrat untuk memasuki pasaran luar dan menjalankan perniagaan dengan syarikat yang berada di rantau Asia Tenggara termasuk China, Hong Kong dan Taiwan. Ini adalah sebahagian langkah yang dirancang oleh syarikat untuk mengurangkan kebergantungan kepada pelangan di peringkat domestik sahaja.

Analisis perniagaan dan industri

Infomina Berhad merupakan sebuah syarikat penyelesaian teknologi serantau yang mempunyai kepakaran dalam pelaksanaan aplikasi dan infrastruktur teknologi.

Industri perkhidmatan teknologi maklumat di Malaysia

Sektor teknologi maklumat diterajui oleh syarikat yang dipacu dengan pertumbuhan teknologi pembangunan dan pembuatan. Syarikat-syarikat ini sedang berkembang pesat untuk membangunkan teknologi baharu yang berkaitan dengan peranti elektronik canggih, internet pelbagai guna dan perkomputeran awan. 

Industri teknologi ini boleh dibahagikan kepada tiga sub-sektor utama iaitu sektor perkakasan, perisian dan perkhidmatan IT. Infomina Berhad ialah salah satu syarikat yang mempunyai keparakan dalam perkomputeran kerangka utama.

Di bawah ialah posisi syarikat Infomina dalam rantaian nilai teknologi maklumat:

Rantaian Nilai Industri
Sumber: Prospektus IPO

Prestasi industri 

Sektor perkhidmatan teknologi maklumat di Malaysia berkembang daripada RM 4.9 bilion pada tahun 2019 kepada RM 5.1 bilion pada tahun 2021 dengan CAGR sebanyak 2.0%. Pada tahun 2020, sektor ini sedikit terjejas berikutan COVID-19 kerana majoriti syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengambil pendekatan untuk mengurangkan penggunaan perkhidmatan teknologi maklumat bagi meminimakan perbelanjaan operasi mereka.

Walaupun begitu, COVID-19 telah membuka lebih banyak peluang kepada syarikat perkhidmatan teknologi maklumat untuk menyediakan platform bagi memudahkan urusan kerja dari rumah, persidangan dan perjumpaan secara maya. Sektor teknologi maklumat perkhidmatan meningkat dengan mendadak pada tahun 2021 dengan nilai 17.3% berikutan permintaan yang bertambah terutamanya dari syarikat perusahaan kecik dan sederhana (SPKS). Dengan faktor ini, penganalisa menjangkakan bahawa sektor ini akan terus berkembang daripada RM 5.1 bilion pada tahun 2021 kepada RM 6.5 bilion pada tahun 2025 dengan CAGR sebanyak 6.3%.

Penguasaan pasaran

Pada tahun kewangan 2022, Infomina Berhad berjaya mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM 115.4 juta daripada perniagaan penyelesaian aplikasi dan infrastruktur teknologi termasuk servis penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan. Oleh itu, syarikat ini menguasai sebanyak 2.3% nilai pasaran dalam sektor perkhidmatan teknologi maklumat.

Persaingan

Bagi tujuan perbandingan, Providence telah memilih beberapa syarikat awam dan swasta yang terlibat dalam reka bentuk, pelaksanaan aplikasi teknologi dan penyelesaian infrastruktur termasuk penyediaan servis penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan.

Senarai syarikat tersebut adalah seperti berikut:

Pesaing Syarikat
Senarai pesaing utama syarikat

Perbincangan

Prestasi sektor perhidmatan teknologi maklumat di Malaysia dijangka akan terus berkembang dengan nilai CAGR sebanyak 6.3% iaitu daripada RM 5.1 bilion pada tahun 2021 kepada RM 6.5 bilion pada tahun 2025. Ini didorong oleh permintaan yang semakin meningkat terutamanya daripada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mula mengadaptasi sistem integrasi penuh dalam operasi harian syarikat.

Secara keseluruhannya, Infomina Berhad berjaya mencatat pertumbuhan hasil pendapatan yang konsisten sepanjang tiga tahun kewangan yang terakhir. Pada tahun 2019, mereka memperolehi hasil jualan sebanyak RM 66.0 juta kemudian meningkat sebanyak 204.06% menjadi RM 201.06 juta pada tahun 2021. Pertambahan ini disumbang oleh projek berkaitan penyelesaian infrastruktur teknologi terutamanya daripada agensi kerajaan dan syarikat multinasional.

Sebahagian besar dana IPO akan digunakan oleh Infomina untuk tujuan memperkukuh keupayaan penyelidikan dan pembangunan servis teknologi maklumat mereka seperti platform VIDESPACE dan Centre of Intelligence (CoE). Mereka yakin bahawa kedua-dua platform ini mampu memberi nilai tambah kepada pelanggan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pengurusan syarikat.


< kembali ke laman blog utama