UMUM

11-NOV-2019

Inisiatif MESTECC ke Arah Malaysia yang Lebih Inovatif


 


Pada 7 November 2019 lalu, MESTECC telah merasmikan inisiatif I-CONNECT dan Malaysia Open Science Platform (MOSP). Inisiatif ini adalah usaha untuk merapatkan kerjasama (atau perkataan yang sering diulang dalam event ini - collaboration) antara akademia dengan industri.

Kerjasama antara dua pihak ini adalah penting bagi meningkatkan penyelidikan yang dipandu oleh permintaan (demand driven). MOSP pula adalah inisiatif perkongsian data di antara penyelidik supaya penyelidikan di Malaysia dapat terus berkembang ke hadapan. Kedua-dua inisiatif ini dijalankan supaya dapat menambah baik ekosistem inovasi negara.

MESTECC bidang tumpuan I-CONNECT

Sebanyak RM16 juta geran R&D dari MESTECC diperuntukkan dalam empat bidang tumpuan:

Di bawah inisiatif MESTECC, I-CONNECT dilancarkan untuk memastikan geran yang diluluskan akan digunakan ke arah bidang tumpuan tadi dan juga untuk kemajuan industri sains dan teknologi. Ia akan bertindak sebagai platform yang menyambung kerjasama antara pihak akademia dan industri supaya penyelidikan akademia mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi dan pihak industri menerima penyelesaian yang dicari.

Malaysia perlukan lebih banyak penyelidikan eksperimental

Sehingga kini, penyelidikan yang dijalankan dalam Malaysia bersifat lebih kepada penyelidikan asas (basic) dan juga terpakai (applied). Penyelidikan ini dapat membantu perkembangan ilmu pengetahuan, namun mempunyai kurang nilai komersial kerana lebih bersifat abstrak.

MESTECC slide experimental research

Pemerhatian terhadap negara maju menunjukkan negara-negara ini lebih banyak menyelidik dalam penyelidikan eksperimental. Penyelidikan eksperimental bersifat lebih praktikal dan spesifik, dan merupakan tahap yang lebih dekat ke arah pengkomersialan. Maka, penyelidikan yang bersifat industri ini dapat menjana pulangan ekonomi dalam jangka masa yang lebih segera. Ini adalah penting terutamanya kepada Malaysia yang merupakan negara membangun. I-CONNECT akan menguruskan pemilihan permohonan untuk memastikan penyelidikan itu bersifat eksperimenal.

Perkongsian data terbuka

Inisiatif kedua yang dilancarkan pada 7 November lalu ialah Malaysian Open Science Platform. Inisiatif ini akan mengumpulkan data penyelidikan supaya boleh digunakan sesama penyelidik dalam rangkaian Malaysia Research University Network. Rangkaian ini melibatkan lima universiti dan 15 institusi penyelidikan di bawah MESTECC.

MESTECC MOSP

YB Yeo Bee Yin menjelaskan bahawa adakalanya penyelidik di Malaysia menjalankan penyelidikan dalam bidang kerja yang sama. Ini adalah disebabkan budaya kerja bersendirian dan kurangnya perkongsian antara institusi penyelidikan. Dengan adanya MOSP, data penyelidikan boleh dikongsi antara rangkaian penyelidikan MRUN. Ini boleh mengelakkan terjadinya penyelidikan yang diulang menggunakan dana kerajaan yang sama, sekaligus dapat menyumbang kepada perkembangan dalam bidang pengetahuan tersebut.


< kembali ke laman blog utama