UMUM

29-JAN-2021

Inisiatif Made In China 2025


 


Latar Belakang

Menjelang tahun 2015, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah melancarkan satu polisi strategi dikenali "Made in China" (MIC 2025). Inisiatif ini bertujuan untuk memodenkan dan memantapkan sektor industri teknologi China. Strategi komprehensif ini dijalankan selama 10 tahun bermula 2015 sehingga 2025 yang menumpukan 10 sektor industri pembuatan untuk menjamin kedudukan China sebagai pelopor dalam industri berteknologi tinggi.

made in china 2025 thumbnail

10 industri yang diberi perhatian:

Gambar: asiabriefing.com

Peningkatan pengeluaran domestik

Rancangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dianggap penting supaya negara China mampu berdaya saing. Strategi ini dapat mengurangkan kebergantungan China terhadap import teknologi dari negara lain melalui inovasi mewujudkan syarikat tempatan yang mampu bersaing dalam dan luar negara. 

Industri pembuatan ini bukan sahaja memfokuskan sektor huluan (upstream), malah sehingga sektor hiliran (downstream). Sekiranya berjaya, ia mampu mengubah persepsi China sebagai pengeluar barangan kos rendah dan tidak berkualiti kepada pengeluar yang mampu bersaing dengan negara maju seperti Korea Selatan, Jepun dan Jerman.

Sumber Inspirasi

MIC 2025 mengambil pendekatan strategi daripada "Industri 4.0" yang mula diperkenalkan oleh negara Jerman dari segi pembangunan ekonomi dan inovasi. I40 adalah strategi nasional yang dilancarkan pada tahun 2013 dengan menggabungkan kepakaran teknologi Jerman dalam kejuruteraan mekanikal. I40 didasarkan daripada "German government’s High Tech 2020 Strategy" dan merupakan salah satu daripada 10 projek utama dalam strategi 2020.

Selama 10 sehingga 15 tahun mampu meningkatkan pembuatan digital dalam rangkaian produk. Ini melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan internet dalam syarikat-syarikat kecil serta sederhana ke rangkaian pengeluaran global. Kesannya, kita dapat lihat syarikat tersebut semakin cekap dan berdaya saing.

industry 4.0 revolution
Gambar: evodiokaltenecker.com

Cabaran Dihadapi

Jika dilihat secara keseluruhannya, negara China menghadapi tekanan bagaimana ia perlu bersaing dengan 2 faktor iaitu ekonomi perindustrian Jepun dan Jerman yang lebih maju dan pengeluar kos yang lebih rendah di India, Brazil dan negara pengeluar lain.

Walaubagaimanapun, kebanyakkan syarikat China kurang bersedia dengan transformasi teknologi begitu mendadak. Ini dapat dilihat hanya beberapa syarikat tertentu berjaya memenuhi sasaran pihak pemerintah.

Kuasa Besar Mula Tergugat

Selepas pengumuman polisi ini dijalankan kuasa-kuasa besar mula berasa tergugat dari segi faktor ekonomi. Hal ini menyebabkan orang nombor satu di negara Uncle Sam iaitu Donald Trump paling lantang bersuara sehingga tercetusnya perang dagang antara Amerika-China. Donald Trump bertindak sedemikian untuk melindungi ekonomi negara atau 'protectionism' sehingga mengenakan tarif kepada China.

Tarif merupakan satu cukai terhadap barangan import oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagangan kerana mendakwa dagangan 2 hala tidak menguntungkan dan hanya merugikan Amerika Syarikat.

Selain itu, negara yang berteknologi tinggi berpendapat langkah yang dijalankan oleh negara China kurang realistik. Hal ini demikian kerana, negara China hanya menumpukan teknologi dalam pengeluaran domestik sehingga menutup persaingan antarabangsa di pasaran China.

Sementara itu, syarikat yang berpusat di Amerika Syarikat, Eropah dan negara lain bimbang kerana negara China bebas melabur di negara asing, tetapi syarikat asing perlu mematuhi segala peraturan yang ketat apabila beroperasi di negara China.

Adakah Ia Berjaya?

Selepas 5 tahun dilaksanakan adakah polisi ini benar-benar berjaya? Ya, ada beberapa produk telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa sehingga setanding dengan produk yang lain. Jenama-jenama telefon bimbit China sudah mampu bersaing dengan pengeluar utama seperti Apple dan Samsung.

jenama telefon china

Tiga syarikat buatan China iaitu Huawei, Xiaomi dan Oppo merupakan pengeluar telefon bimbit kedua, keempat dan kelima terbesar di dunia. Realme, Vivo, Redmi, Pocopone, Oneplus juga merupakan antara produk buatan China. Apa yang mengejutkan, produk Huawei telah mengatasi pertumbuhan Apple sebanyak 41% sekitar tahun 2017 sehingga 2018.

Selain itu dalam pembuatan dron, firma Daijiang Innovation telah mendominasi pasaran dron global pada tahun 2018. Dari sektor automatif pula, syarikat Geely semakin meningkat dari segi pembuatan teknologi kenderaan.

Geely telah membeli pegangan syer Proton pada tahun 2017 dan memfokuskan pasaran di asia tenggara. Apa yang menariknya, Geely juga mempunyai pegangan syer beberapa syarikat automatif terkemuka seperti Lotus, Mercedes, Volvo, Daimler dan London taxi Cabs.

geely dan kereta di bawahnya

< kembali ke laman blog utama