TEKNIKAL

21-MAY-2020

Ilmu Teknikal: Asas Support dan Resistance


 


Dalam pelaburan saham, istilah support dan resistance adalah konsep analisis teknikal yang anda perlu faham dan semat dalam hati. Ia merupakan konsep penting yang boleh membantu kita membuat keputusan dalam proses membeli saham. Konsep ini digunakan oleh pelabur untuk menetapkan harga masuk atau keluar sesuatu saham dan mengurangkan risiko pelaburan.

Definisi Support dan Resistance

Support adalah paras sokongan harga saham di mana pergerakan saham yang menurun (downtrend) cenderung untuk bertahan. Sebaliknya, resistance pula adalah paras rintangan harga saham di mana pergerakan saham yang menaik (uptrend) mempunyai kesukaran untuk tembus. Gambaran support dan resistance ni boleh dibayangkan seperti lantai dan siling di mana lantai adalah sebagai support dan siling sebagai resistance.

techbond support resistance

Berdasarkan definisi tadi, harga di sekitar paras support adalah entry (harga beli) yang bagus sekiranya anda bercadang untuk membeli saham tersebut. Ianya lebih selamat kerana harga saham dipercayai akan melantun naik pada paras ini. Sekiranya tidak terjadi, anda boleh terus jual kalau harga saham semakin turun dari paras support. Saham yang menghampiri paras resistance pula adalah entry yang kurang bagus kerana harga mempunyai kecenderungan untuk turun semula.

Penembusan support dan resistance

Lantai atau siling dalam konsep support dan resistance adalah suatu yang bersifat abstrak dan berkaitan dengan keyakinan psikologi. Dalam mana-mana pasaran mahupun indeks, sesebuah support atau resistance masih boleh ditembusi.

Sekiranya sesebuah support ditembusi, ia adalah petanda bahawa harga saham akan turun lebih rendah. Apabila ia turun daripada support tadi, saham itu dikatakan sudah "break" support. Jika paras support ini pecah, ia akan menurun kepada tahap support yang seterusnya (atau paras support yang baru).

dayang support retracement

Sebaliknya pula akan berlaku untuk resistance. Kalau resistance berjaya ditembusi, ada kemungkinan tinggi yang saham ini akan naik lebih tinggi. Saham yang berjaya memecah atau menembusi resistance pula dikatakan sudah break resistance.

Apabila harga saham melepasi harga resistance, paras ini pula yang akan menjadi support yang baru. Situasi ini pula dinamakan Resistance Becomes Support atau RBS, dan ia dipercayai sebagai satu support yang kuat.

Kekuatan support dan resistance

Sesebuah support atau resistance mempunyai kekuatan relatifnya yang tersendiri. Ianya boleh dikaitkan dengan kekerapan saham menyentuh paras support dan resistance tersebut. Semakin kerap saham turun ke support yang sama, support itu dikatakan paras support yang kukuh. Begitu juga sebaliknya untuk resistance.

Sekiranya sebuah saham itu didapati berjaya melepasi atau memecah resistance yang kuat, saham itu dikatakan breakout. Saham yang mengalami breakout ini kebiasaannya akan melonjak dengan laju dan banyak. Maka, salah satu strategi dalam belian saham adalah cari saham yang mempunyai potensi breakout ini.

Bentuk support dan resistance

Secara asasnya, kita melihat support dan resistance sebagai paras yang berasaskan harga. Dalam pembelajaran yang lebih ke hadapan, anda akan mendapati bahawa trendline dan Moving Average juga boleh digunakan sebagai support dan resistance.

price as support resistance Harga saham sebagai support dan resistance
trendline as support resistance Trendline sebagai support dan resistance
moving average as support resistance Moving Average sebagai support dan resistance

Ciri support dan resistance dalam iSaham

Sekiranya anda menggunakan iSaham, ada jalan mudah untuk dapatkan paras support dan resistance. Dari laman saham, anda boleh skrol ke bawah ke bahagian “Support & Resistance” untuk mengenalpasti paras harga support dan resistance.

isaham support resistance indicator

Carian support dan resistance dalam bahagian ini adalah berdasarkan harga. Untuk carian support dan resistance berdasarkan Moving Average dan trendline, anda boleh gunakan tool lukisan di atas carta harga saham.

Selain penanda support dan resistance di halaman saham, iSaham juga ada screener yang anda boleh gunakan untuk cari saham di paras support.

isaham support screener

< kembali ke laman blog utama