AGM

10-DEC-2019

HeiTech Antara Syarikat Integrasi Sistem Terawal di Malaysia


 


heitech cover

HeiTech Padu Berhad adalah sebuah syarikat perkhidmatan IT global dan asalnya berada di bawah syarikat Permodalan Nasional Berhad. Syarikat ini yang sebelumnya bernama PNB Information Technologies Sdn Bhd kemudiannya dibeli oleh Padujade Corporation Sdn Bhd. Padujade dimiliki secara majoriti oleh Dato’ Sri Mohd Hilmey Bin Mohd Taib yang merupakan presiden kepada kumpulan HeiTech. Pada tahun 2000, HeiTech telah disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan merupakan antara syarikat terawal yang menerajui bidang IT di Malaysia.

Integrasi Sistem sebagai aktiviti utama

Bisnes utama kumpulan HeiTech ialah perkhidmatan integrasi sistem dan pembinaan aplikasi. Perkhidmatan ini merangkumi pelbagai industri, antaranya keselamatan nasional (pengurusan identiti), pengangkutan, pertahanan, penjagaan kesihatan dan juga kewangan. Selain itu, mereka juga menyediakan sokongan infrastruktur IT yang melibatkan perkhidmatan pemusatan data dan rangkaian. Aktiviti-aktiviti ini dapat dicerminkan pada kontrak-kontrak yang dibuat dengan agensi kerajaan yang merupakan klien utama mereka.

heitech PintarID HeiTech terlibat dalam sistem pengurusan identiti dengan kerajaan

Antara kontrak yang telah dianugerahkan kepada HeiTech tahun ini ialah:

Kontrak-kontrak ini akan menyumbang kepada pendapatan HeiTech dalam tahun-tahun yang akan datang selama 2 hingga 7 tahun.

Permintaan teknologi lebih mencabar

Tahun 2018 dikatakan sebagai tahun yang mencabar buat HeiTech. Dalam kemajuan teknologi dan perkhidmatan berasaskan teknologi, terdapat pelbagai bentuk perkhidmatan yang boleh didapati di pasaran. Sesuatu teknologi itu boleh menggabungkan penggunaan peranti, sistem dan data dalam satu platform. Trend ini menimbulkan cabaran buat HeiTech untuk membina sebuah ekosistem yang menyeluruh selari dengan permintaan pasaran kini.

heitech eGovernment Sistem yang dibuat perlu menyeluruh untuk diintegrasi dengan bahagian perkhidmatan yang lain

Pelanggan HeiTech lebih banyak terdiri daripada sektor awam iaitu sebanyak 60%. Mereka boleh mendapatkan kekuatan pendapatan yang stabil dari sektor ini. Namun, presiden menyatakan bahawa mereka sedar sektor awam sahaja tidak cukup untuk mendapatkan pulangan yang memuaskan apabila melihat pada kerugian yang dicatatkan pada tahun ini. Maka usaha sedang dijalankan untuk meluaskan sumber pendapatan dengan capaian pada pengguna yang lebih luas.

Prestasi kewangan semakin teruk

Tahun 2018 menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak (RM 36.8 juta). Kerugian ini semakin besar berbanding tahun sebelumnya yang dicatatkan pada (RM 14.5 juta). Revenue syarikat juga berkurang iaitu daripada RM 426.9 juta pada tahun 2017 kepada RM 379.4 juta pada tahun 2018. Keseluruhan aspek kewangan menunjukkan prestasi yang semakin teruk. Walaupun pengurangan kos operasi sudah dibuat, namun ia masih tak dapat memberikan prestasi yang positif kepada kewangan mereka.

heitech summary

Strategi comeback

Kumpulan HeiTech kini telah menyusun semula syarikat kepada tiga strategi teras. Dengan strategi ini, mereka ingin mengukuhkan posisi mereka untuk berdepan dengan cabaran yang akan datang dan juga dapat bertindak balas dengan lebih cekap terhadap permintaan pasaran. Teras-teras tersebut adalah:

Teras 1 adalah manifestasi kepada jenama HeiTech dalam sektor IT. Di bawah teras ini, perkhidmatan integrasi sistem dan perkhidmatan IT terurus adalah fokus HeiTech untuk menyediakan perkhidmatan kepada sektor awam dan swasta. Dalam Teras 2 pula, HeiTech akan menggunakan sebaiknya syarikat di bawah organisasi mereka. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah khidmat persuratan dan pemprosesan dokumen, kerja kejuruteraan untuk sektor tenaga dan juga aplikasi mobile. Untuk mencapai Teras 3 pula, kerja penerokaan untuk potensi pasaran akan dirancang sama ada dalam pasaran sedia ada ataupun yang baru.

Keadaan ke hadapan dijangka lebih bagus

heitech VR HeiTech sedang membangunkan teknologi VR yang menarik perhatian ramai

Dalam AGM ke-24 yang berlangsung pada 27 Jun 2019, Presiden menyatakan bahawa HeiTech berada di kedudukan yang baik. Mereka telah pun dapat beberapa kontrak yang boleh berikan kestabilan revenue kepada syarikat untuk beberapa tahun ke hadapan. Selain itu, Kementerian Kewangan menjangka kenaikan perkembangan sektor ICT sebanyak 8.1% dalam tahun 2019. Perkembangan ini disumbangkan oleh aktiviti digitalisasi dan juga penggunaan broadband yang semakin meningkat.


< kembali ke laman blog utama