ASAS

03-NOV-2020

Fungsi Terbaru Broker Mplus


 


Artikel ini menyenaraikan fungsi-fungsi terbaru dalam Mplus. Artikel ini akan sentiasa dikemaskini sekiranya terdapat fungsi baru pada masa akan datang.

 

3 Nov 2020 - Kemaskini aplikasi mobile M+ Online

 

M+ mobile app update tukar password
Klik gambar untuk besarkan

Satu daripada dua kemaskini terbaru untuk aplikasi mobile M+ Online ialah fungsi kemaskini password. Sekiranya anda terlupa password, kini anda boleh tekan forgot password dari aplikasi mobile M+ Online. Satu kotak input akan keluar untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang anda termasuk nombor pengenalan diri dan soalan keselamatan. Setelah berjaya masukkan jawapan, anda akan boleh masukkan password baru yang ingin digunakan.

 

M+ mobile app update modify order
Klik gambar untuk besarkan

 

 

Kemaskini kedua untuk aplikasi mobile M+ Online ialah fungsi yang ditunggu ramai iaitu Modify Order. Kini, anda boleh ubah pesanan yang telah diletakkan dengan hanya menggunakan aplikasi mobile. Sebelum ini fungsi ini hanya membolehkan anda mengurangkan lot pesanan. Kini anda boleh ubah bilangan lot dan harga sama ada untuk dikurangkan atau ditambah.

 

 

14 Jan 2020 - M+ Wiz Lite

 

 

M+ Wiz LiteKlik gambar untuk besarkan

 

Kini anda boleh guna ciri tambahan baru yang menarik dalam Mplus, dinamakan M+ Wiz Lite. Ciri ini berfungsi sebagai screener tambahan membolehkan anda mencari saham menggunakan signal-signal seperti Volume increase, price breakout, buyers intact, RSI oversold, bullish MACD. Cara menggunakan fungsi ini: Log in akaun mplus anda, klik nama saham (right click) dan pilih M+ Wiz Lite. Kemudian, tekan bahagian Alerts di sebelah kanan.

 

3 Dis 2018 - Sokongan browser selain IE

 

 

Mplus Multi BrowserKlik gambar untuk besarkan

 

Platform Mplus kini boleh diakses di Google Chrome, Safari, Firefox dan pelayar selain Internet Explorer. Pengguna Mac tidak perlu lagi menggunakan VirtualBox atau mode dua OS. Masalah yang sering berlaku sebelum ini seperti download CAB files semasa pertama kali akses juga tidak lagi diperlukan.

 

23 Nov 2018 - Interactive Chart

 

 

Mplus Interactive ChartKlik gambar untuk besarkan

 

Interactive Chart kini menggunakan HTML5, jadi tidak perlu lagi download dan kemas kini java. Interactive Chart juga diperkemas lagi dengan memberi penunjuk aras support & resistance pada daily chart.

 

14 Sep 2018 - FPX Deposit

 

 

Mplus FPX Deposit
Klik gambar untuk besarkan

 

 

Mplus FPX Deposit
Klik gambar untuk besarkan

 

Cara deposit ke akaun Mplus dipermudahkan lagi dengan FPX Deposit. Dengan cara ini, pengguna tidak perlu lagi upload resit selepas membuat pembayaran dan pembayaran akan masuk serta merta (instant). Pengguna juga tidak dikenakan apa-apa caj dengan menggunakan fungsi ini. Untuk cara-cara menggunakan FPX deposit boleh rujuk di sini.

 

Buka akaun Mplus bersama kami dan dapatkan akses premium iSaham secara percuma

 

 

Fungsi-fungsi di atas memudahkan pelabur memulakan langkah dalam pelaburan saham, mengkaji saham dan membuat jual beli dalam saham. Ditambah dengan brokerage fee yang rendah (serendah 0.05% untuk intraday dan 0.08% untuk trade biasa), pastinya Mplus merupakan broker yang sesuai untuk anda.

 

Bukan itu sahaja, sekiranya anda buka akaun Mplus bersama team kami, anda akan mendapat akses pro iSaham secara percuma. Akses premium seperti ini selalunya dijual pada harga ribu-ribu setahun. Untuk mendapat maklumat atau membuka akaun dengan team kami, sila hubungi iSaham Support.


< kembali ke laman blog utama