AGM

15-JUN-2021

D&O Mencerahkan Automotif dengan Pencahayaan LED


 


D&O merupakan sebuah syarikat pengeluar LED yang mempunyai kedudukan yang cukup dikenali di peringkat antarabangsa. Pada satu ketika, mereka mengeluarkan produk LED yang juga meliputi segmen pencahayaan umum (general lighting) dan barangan elektronik pengguna (consumer electronics). Namun, syarikat telah beralih dari segmen persaingan tinggi itu, dan kini menumpukan sepenuhnya pada produk utama mereka sekarang, LED automotif. Sejak peralihan tersebut, kita boleh lihat prestasi yang semakin baik pada syarikat.

d&o - profit revenue before and after focusing on automotive led

Kerja Design In semakin banyak

Bagi D&O, Penunjuk Prestasi Utama atau KPI yang dapat berikan mereka petunjuk awal ke hadapan adalah proses yang disebut sebagai Design In. Proses ini merujuk kepada proses reka bentuk yang dijalankan bersama antara team D&O dengan pelanggan mereka untuk menepati spesifikasi dan citarasa yang dikehendaki. Dalam AGM terbaru, CEO, Tay Kheng Chiong menunjukkan proses Design In yang semakin banyak berjalan pada tahun ini berbanding tahun lepas, dengan angka 179 untuk Januari hingga April tahun ini berbanding 144 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dengan petunjuk ini, boleh dijangka bahawa jualan syarikat akan bertambah sekiranya tiada apa-apa masalah pada Design In. Proses Design In ini juga diterima melalui pejabat D&O di luar negara seperti di China, Taiwan, Korea, Jepun, India, Eropah dan USA. Bila sebut pasal negara-negara ini, mungkin ramai yang boleh bayangkan jenama automotif yang ada di negara tersebut.

iseled automotive led ecosystem
Jenis pembekal dalam industri LED automotif. Gambar: ISELED

D&O sememangnya mempunyai rangkaian pelanggan yang luas di seluruh dunia. Malah, mereka juga merupakan antara pemain industri LED automotif terbesar di peringkat antarabangsa, menyaingi syarikat besar seperti Osram, Nichia, Lumileds, Seoul Semi, Samsung dan sebagainya.

Perubahan komponen semikonduktor automotif

Industri automotif kini semakin beralih dari menggunakan kabel atau wayar. Penggunaan wayar yang berkurang ini dapat mengurangkan berat pada kenderaan automotif. Dari segi komponen semikonduktor pula, semakin banyak ciri yang canggih ditambah. Antaranya, kita dapat lihat autonomous vehicle iaitu kenderaan pandu sendiri yang dilengkapi pelbagai sensor dan juga boleh dihubungkan dengan internet, membolehkan pelbagai kawalan dari jauh.

d&o interior and exterior automotive lighting
Senarai produk tawaran D&O. Gambar: D&O

Perubahan juga berlaku dari sudut pencahayaan kereta. Ada yang bersifat estetik, ada yang mempunyai fungsi penting. Namun secara keseluruhannya, terdapat pelbagai kemungkinan rekabentuk pencahayaan yang boleh diterokai oleh syarikat dan juga industri automotif secara umumnya untuk menyambar bahagian pasaran yang lebih besar. Kepelbagaian kemungkinan dalam pencahayaan ini dihuraikan lebih lanjut oleh CEO dalam AGM baru-baru ini.

Inovasi pencahayaan automotif

Dalam AGM, Tay menyebut pelbagai inovasi yang sedang ataupun akan dialami oleh pasaran industri dalam bidang pencahayaan automotif. Inovasi ini kebanyakannya melibatkan penggunaan LED yang lebih banyak untuk kereta sama ada sebagai pencahayaan dalaman dan juga luaran. Pemain industri automotif berlumba-lumba untuk membawa suatu konsep yang turut meliputi pencahayaan kereta untuk menarik minat pengguna. Contoh-contoh inovasi ini akan disebut secara ringkas di bawah:

1. Permukaan hiasan bercahaya

designLED surface decorative lighting
Gambar: DesignLED

Penggunaan Smart LED akan membawa lebih banyak lampu LED dengan warna yang boleh diubah suai. Ini membolehkan sesebuah permukaan dihiaskan dengan cahaya. Dengan penggunaan LED yang lebih banyak juga, potensi pendapatan syarikat pembuat LED akan menjadi semakin besar.

2. Pencahayaan dalaman diperibadikan

iseled interior lighting
Gambar: ISELED

Penggunaan Smart LED yang mempunyai pencahayaan yang lebih dinamik boleh menawarkan lebih banyak pengubahsuaian lampu dalaman. Pencahayaan boleh mendatangkan mood atau suasana tertentu mengikut cahaya yang digunakan. Ini memberikan satu ciri personalization kepada pemilik kereta.

3. Lampu sebagai identiti jenama

rolls royce brand identification interior lighting
Gambar: Rolls Royce

Dengan landskap industri automotif yang kompetitif, pelbagai penerokaan yang boleh dibuat untuk menarik minat pengguna kereta. Aspek pencahayaan tidak terkecuali daripada menjadi titik jualan pengeluar kereta. Lampu boleh dijadikan sebuah identiti sama ada untuk bahagian dalaman mahupun luaran kereta.

4. Lampu ketibaan dan keberangkatan

volkswagen farewell welcome lighting
Gambar: Volkswagen

Dengan teknologi sensor yang semakin canggih, kereta boleh mengesan sekiranya pemilik kereta menghampiri kereta. Dalam inovasi lampu ketibaan atau welcome lighting, lampu akan menyala untuk menyambut ketibaan pemilik mereka. Sebaliknya juga boleh dibuat untuk farewell atau kepergian pemilik mereka yang keluar dari kereta.

D&O akan terus berdaya saing

Tay sambung berkongsi sedikit sebanyak tentang apa yang beliau rasakan menjadi kelebihan syarikat di masa akan datang. Mereka berurusan secara langsung dengan pelanggan, tidak seperti kebanyakan syarikat di Malaysia yang selalunya berurusan dengan pihak perantara kepada pelanggan akhir. Mereka juga merupakan pengeluar OBM iaitu Original Brand Manufacturer yang mana produk mereka mempunyai jenama sendiri berbanding kebanyakan syarikat teknologi di Malaysia yang merupakan pengeluar OEM.

Dari sudut industri pula, ada empat sebab utama yang memberikan mereka kelebihan dalam industri ini. Pertamanya, seperti yang disebut, proses Design In semakin bertambah. Ini menunjukkan semakin banyak minat syarikat automotif untuk mengeluarkan rekaan baru model kereta mereka. Jenama EV kini lebih banyak menyebut tentang model baru berbanding enjin baru.

iseled functional lighting
Gambar: ISELED

Perubahan teknologi dalam kereta juga membawa lebih banyak kegunaan Smart LED yang boleh memberi kelebihan kepada industri LED automotif. Jenama-jenama EV juga sedang berlumba untuk keluarkan model baru untuk meraih bahagian pasaran yang lebih besar. Penggunaan LED juga semakin banyak yang turut disumbangkan dengan penggunaan panel media skrin LED yang lebih meluas dari automotif peringkat premium sehinggalah peringkat murah sekalipun.

Kesimpulan

Banyak lagi yang dikongsikan oleh CEO Tay Kheng Chiong dari sesi AGM baru-baru ini. Kebanyakannya menunjukkan bahawa beliau yakin dengan apa yang mampu dicapai oleh syarikat. Syarikat juga akan membuka kilang baru pada separuh pertama tahun hadapan. Sebagai pelabur, anda boleh turut merasa yakin sekiranya anda percaya dengan kebolehan syarikat.

Namun dalam dunia perniagaan ini, semua pendahulu pasaran ingin mengekalkan kedudukan atau mendahului pasaran dengan lebih banyak. Maka, industri ini masih tidak lari dari persaingan oleh syarikat-syarikat besar seluruh dunia. Jika bercakap tentang industri LED, pesaing ini antaranya disebut di atas tadi iaitu Osram, Lumileds, Nichia dan sebagainya. Pun begitu, apa yang dikongsikan oleh Tay sebagai pakar industri sememangnya menunjukkan pelbagai perkembangan positif yang dilalui dalam industri ini.


< kembali ke laman blog utama