UMUM

29-DEC-2020

Cadangan Dividen KWSP ada Tier Siapa Untung Siapa Rugi?


 


Kadangkala kedengaran bahawa yang kaya bertambah kaya kerana dividen KWSP sesetengah pencarum dari segi jumlah kumulatif jauh lebih tinggi dari pencarum yang mempunyai simpanan yang sedikit. Ini bermakna dividen atas modal sesetengah pencarum jauh lebih tinggi, manakala selebihnya sedikit sahaja.

Statistik menceritakan segalanya.

KWSP ada 14 juta ahli. 7 juta pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang dari 50,000 ringgit. Tetapi, pada masa yang sama ada 39,000 ahli yang mempunyai caruman lebih RM 1 juta.

epf

Hal ini menyebabkan timbul cadangan untuk memberikan kadar dividen dari segi % lebih tinggi kepada pencarum yang mempunyai jumlah simpanan yang rendah.

Contohnya, untuk 50,000 ringgit diberikan 10% manakala yang mempunyai 1 juta ringgit diberikan 1% sahaja.

Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi kerana walaupun berfungsi seperti progressive tax iaitu (orang kaya dapat kurang dari segi %) berbanding rakyat biasa, Malaysia nampaknya belum bersedia untuk menjadi seperti negara Skandinavia. Penulis mengatakan sedemikian kerana ada pencarum jutawan KWSP yang membantah dan mengatakan ini satu kerugian kepada EPF kerana mereka akan alih duit mereka ke tempat lain yang memberi pulangan lebih tinggi.

Tidak mengapalah, pokoknya, rakyat biasa atau kurang berkemampuan stand to gain dari polisi baru ini dan rakyat yang kaya sudah mula risau kerana pulangan lumayan 5% per year on 1 million mereka nampaknya dalam bahaya.

Itu pun kalau polisi baharu ini diluluskan.

Sama-sama kita nantikan.

Rujukan:

https://www.theedgemarkets.com/article/varied-response-epf-implementing-tiered-dividends


< kembali ke laman blog utama