IPO

23-OCT-2019

Dana IPO Spring Art Holdings Berhad untuk Bina Kilang Baru


 


Pada 16 Oktober lalu, IPO untuk Spring Art Holdings Berhad telah diumumkan. Permohonan saham ini melalui MITI juga dah diumumkan. IPO ini akan disenaraikan dalam pasaran ACE pada butiran di bawah:

Permohonan dibuka:
16 Oktober 2019, 10.00 pagi
Permohonan ditutup:
24 Oktober 2019, 5.00 petang
Cabutan saham:
31 Oktober 2019
Agihan saham:
6 November 2019
Tentatif penyenaraian:
8 November 2019

spring art building

Syarikat berteraskan eksport perabot

Spring Art bermula pada tahun 1996 oleh pengarah Jack Lim dan Yvonne Kwan. Sebelum penubuhan syarikat ini, Jack Lim mula terlibat dalam perniagaan menjual komputer peribadi kepada pekedai runcit. Aktiviti ini ditambah dengan penjualan meja komputed kepada pembeli. Pada tahun 1996, Spring Art ditubuhkan dengan Yvonne Kwan sebagai rakan kongsi. Mereka berjual beli dan mengedarkan meja komputer sedia untuk dipasang kepada pekedai di kawasan Muar. Sejarah syarikat ini boleh dirumuskan seperti di bawah:

1996
Penubuhan Spring Art Marketing Sdn Bhd
1997
Pengeluaran meja komputer dari kilang sendiri
1998
Menyertai Index Exhibition di Dubai, UAE dan mula eksport ke Timur Tengah
1999
Nama Spring Art Marketing ditukar kepada Spring Art Industries
 
Mula mengedar ke Jepun, Eropah dan India
2000
Pengembangan pengeluaran perabot dengan pengambilalihan Kejora Bitara Sdn Bhd yang memiliki Tanah 1
2005
Meluaskan barisan produk kepada perabot pejabat
2008
Meluaskan barisan produk kepada perabot bilik dan rumah
2009
Pembelian Tanah 2 dengan perancangan meluaskan barisan produk
2010
Mengedar ke USA dan Canada melalui Malaysian International Furniture Fair
2013
Membangunkan kilang di Tanah 2 untuk pasaran India dan Timur Tengah
2018
Pembelian Tanah 3 dengan perancangan untuk pasaran Amerika Utara dan Eropah

spring art furniture

Ringkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:

Prestasi Bisnes

Spring Arts mencatatkan pendapatan yang meningkat setiap tahun dari RM 36.4 juta pada tahun 2015 hingga RM 50.4 juta ketika laporan kewangan terbaru 2018 dikeluarkan. Keuntungan selepas cukai meningkat dari tahun 2015 ke 2017 pada RM 7.86 juta, namun menurun pada laporan terbaru 2018 pada RM 6.23 juta. Ini adalah satu perkara yang menjadi kekurangan untuk IPO ini memandangkan PE ratio pada angka 16.67 menunjukkan harga saham ini lebih mahal berbanding pesaing yang lain.

spring plot

Penggunaan Dana IPO

Solarvest akan mengumpul dana sejumlah RM 34.6 juta daripada IPO ini. Pembahagian dana ini adalah seperti berikut:

Jenis Dana Nilai [RM juta] Peratus [%]
Permesinan untuk kilang 17.55 71.9
Modal kerja 3.67 15.0
Perbelanjaan IPO 3.2 13.1

Seperti yang boleh dilihat dari jadual di atas, Spring Arts meletakkan banyak peruntukan kepada pembinaan Kilang C untuk pengeluaran yang lebih banyak.

Kesimpulan

Kami berikan skor kepada IPO Spring Art ini sebanyak 2/4. IPO ini dilihat tak begitu merangsangkan terutamanya apabila melihat pada PE ratio yang agak tinggi dan keuntungan yang lebih kecil walaupun terdapat peningkatan jualan.


< kembali ke laman blog utama