IPO

24-JUL-2020

Dana IPO Optimax untuk Mengembangkan Rangkaian Perniagaan


 


1. Butiran IPO

Permohonan IPO untuk Optimax Holdings Berhad telah pun dibuka dengan butiran di bawah:

Harga IPO:
RM 0.30
Pasaran:
ACE
Permohonan dibuka:
15 Julai 2020, 10.00 pagi
Permohonan ditutup:
4 Ogos, 5.00 petang
Cabutan saham:
6 Ogos 2020
Agihan saham:
14 Ogos 2020
Tarikh penyenaraian:
18 Ogos 2020

2. Asal penubuhan Optimax

optimax building Gambar: Optimax

Optimax telah pun memulakan perniagaan sejak tahun 1995 di bawah nama Precious Premier Sdn Bhd. Kini, syarikat bertukar nama kepada Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd (OESD). Rangkaian OESD kini adalah sebanyak 13 pusat perubatan pakar di Malaysia yang terdiri daripada 1 hospital pakar di George Town, 1 klinik pakar di Seremban dan 11 pusat jagaan.

3. Peristiwa penting dan pencapaian syarikat

1995
Penubuhan Optimax ketika ini dikenali sebagai Precious Premier Sdn Bhd (kini OESC). Mereka beroperasi sebagai pakar mata menggunakan trademark Optimax dari Optimax International Limited, UK
2001
Pengambilalihan 51% ekuiti OESC dari Dato’ Tan Boon Hock dan Datin Lim Sho Hoo oleh syarikat tersenarai, Mitrajaya Holdings Berhad
2006
Mula menawarkan pembedahan katarak mata
2008
Mula berkembang ke Malaysia Timur dengan penapakan di Kuching
2010
Pemberian hak dari Optimax International Limited (UK) kepada OESC dalam rantau Asia Tenggara di bawah nama Dato’ Tan Boon Hock
2016
Pengambilalihan pegangan ekuiti Mitrajaya Holdings Berhad dalam OESC sebanyak 51% oleh Optimax Healthcare Services Sdn Bhd (kini Sena Healthcare Services)
2020
Pelepasan hak pegangan ke atas trademark “Optimax” dari Dato’ Tan Boon Hock untuk diberikan sepenuhnya kepada OESC

4. Ringkasan bisnes

Ringkasan bisnes ini adalah seperti di bawah:

New and coming IPO Interim Status. NEW IPO (OPTIMAX) INTERIM SHARIAH STATUS Salam & Dear All, We have conducted the...

Posted by Dr. Zaharuddin Abd Rahman on Wednesday, 15 July 2020

4. Perkhidmatan yang ditawarkan Optimax

optimax service plot

a. Pembedahan pembiasan

Segmen pembedahan pembiasan atau refractive surgery adalah penyumbang kedua terbesar kepada pendapatan Optimax sejak tahun 2018. Perkhidmatan ini melibatkan pembedahan untuk membetulkan kedudukan fokus pada mata. Dalam erti kata lain, ia bertujuan membetulkan masalah rabun mata. Antara prosedur yang terlibat ialah pembetulan penglihatan yang melibatkan penggunaan laser (seperti LASIK) dan juga implan lens di mata. Rekod bilangan pembedahan untuk segmen ini menunjukkan bilangan yang meningkat, seperti yang boleh dilihat di bawah:

Bilangan Prosedur Pembetulan 2016 2017 2018 2019
Laser 2,803 3,106 3,136 3,890
Implan 39 160 102 105
icl optimax Gambar: Optimax

b. Rawatan penyakit mata

Segmen ini adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan Optimax. Kebanyakan penyakit mata yang dirawat ialah katarak yang melibatkan pembedahan mata. Selain katarak, terdapat juga rawatan dari segi perubatan dan tidak melibatkan pembedahan. Secara umumnya, bilangan pembedahan katarak dan rawatan mata lain menunjukkan peningkatan dari 2016 ke 2019.

Jenis Rawatan 2016 2017 2018 2019
Pembedahan Katarak (Bilangan) 1,537 1,911 3,457 4,136
Pembedahan Katarak (% pendapatan) 25.84 28.26 34.92 34.18
Rawatan Mata Lain (% pendapatan) 3.18 4.47 7.11 8.50

c. Lain-lain perkhidmatan

Khidmat rundingan (consultation) adalah khidmat yang agak mudah untuk difahami. Khidmat ini ada yang diikuti dengan preskripsi ubatan yang sesuai untuk rawatan lanjut. Rawatan oculoplastic adalah pembedahan di keliling mata untuk membetulkan fungsi atau tujuan kosmetik. Setakat ini, hanya tiga pakar mata Optimax yang menjalankan prosedur ini.

Perkhidmatan lain yang berkaitan di Optimax adalah termasuk pemeriksaan mata, jualan cermin mata, ubat-ubatan dan prosedur lain seperti Ortho-K dan Botox.

5. Kesan COVID-19 terhadap operasi Optimax

Ketika PKP dilaksanakan, Optimax tergolong dalam perkhidmatan penting (essential services). Oleh itu, Optimax dibolehkan untuk beroperasi. Namun, seperti mana-mana kegiatan ekonomi lain, Optimax mengambil langkah untuk menjaga penjarakan sosial seperti digariskan oleh KKM.

Sewaktu PKP, Optimax menerima bilangan pesakit yang lebih rendah. Ini juga adalah disebabkan nasihat dari mereka sendiri kepada pesakit untuk menjadualkan semula pembedahan. Ketika PKPB pula, Optimax mula beroperasi seperti biasa, dengan SOP penjarakan sosial digariskan oleh KKM.

Dari segi rantaian bekalan, Optimax tidak menghadapi apa-apa gangguan, kekurangan atau kelewatan bekalan dalam tempoh PKP. Optimax juga tidak mengurangkan pekerja atau gaji pekerja, dan harga untuk perkhidmatan mereka juga tidak diubah.

6. Prestasi Bisnes

Prestasi kewangan Optimax adalah sangat bagus. Kita dapat lihat kenaikan pendapatan setiap tahun. Pendapatan sebanyak RM 30.0 juta meningkat secara konsisten setiap tahun ke angka RM 62.6 juta pada tahun 2019. Margin keuntungan syarikat pula adalah cukup bagus iaitu antara 10% hingga 20%.

Prestasi Kewangan Optimax

7. Analisis Bisnes

Salah satu penanda (indicator) permintaan untuk pakar mata boleh dilihat pada bilangan pembedahan katarak yang berdaftar. Lebih dari 95% pembedahan katarak pula melibatkan warga berumur 50 tahun ke atas. Maka kita boleh andaikan golongan ini sebagai tumpuan pelanggan utama untuk Optimax. Pelbagai data yang kita boleh lihat, antaranya bilangan pembedahan katarak, populasi warga berumur 50 ke atas, pendapatan per kapita, dan peningkatan dalam healthcare tourism.

Data % CAGR (Tahun tumpuan)
Pembedahan katarak berdaftar 4.9 (2016 - 2018)
Populasi berumur 50 ke atas 3.2 (2015 - 2018)
Pendapatan per kapita 4.0 (2017 - 2019)
Pendapatan healtcare tourism 15.6 (2016 - 2018)

Terdapat pelbagai saham yang tersenarai dalam sektor rawatan kesihatan di Bursa Malaysia. Namun, rawatan dalam perubatan ini boleh melibatkan pelbagai disiplin. Optimax pula hanya menumpukan disiplin rawatan mata. Maka, kita tak dapat bandingkan Optimax dengan saham-saham tersenarai ini secara adil.

8. Penggunaan Dana IPO

Optimax akan mengumpul dana sejumlah RM 21 juta daripada IPO ini. Pembahagian dana ini adalah seperti berikut:

Dana Nilai (RM Juta) Peratusan (%)
Perbelanjaan modal 10.35 49.31
Bayaran pinjaman 3.52 16.76
Modal kerja 3.53 16.79
Perbelanjaan IPO 3.60 17.14
Jumlah 21.00 100.00

Lebih daripada separuh dari perbelanjaan modal akan disalurkan ke operasi di Seremban. Modal ini akan digunakan untuk pembelian bangunan dan peralatan di cawangan tersebut. Separuh lagi akan digunakan untuk pembelian peralatan dan perkakasan untuk keseluruhan pusat rawatan pakar Optimax yang sedia ada.

9. Kesimpulan

iSaham berikan skor 4/4 kepada IPO Optimax. Setakat laporan kewangan terbaru yang telah dikeluarkan oleh Optimax, kita dapat lihat prestasi yang baik. Namun, kita tak dapat jangka kesan ekonomi daripada wabak COVID-19 kepada syarikat ini. Pun begitu, Optimax menyatakan bahawa rantai bekalan mereka berjalan seperti biasa. Maka ia adalah satu pernyataan yang positif.


< kembali ke laman blog utama