UMUM

05-MAR-2020

Cara Tukar Akaun KWSP Kepada Simpanan Syariah Melalui i-Akaun


 


Bermula tahun 2016, KWSP telah membuka pilihan kepada ahlinya untuk menyimpan dalam akaun syariah. Akaun ini akan menggunakap prinsip kewangan Islam dan sebenarnya boleh dikatakan wajib terhadap ahli yang beragama Islam. Post ini akan menunjukkan cara untuk tukar jenis akaun daripada konvensional kepada syariah. Sebelum tu, kita fahamkan dulu konsep simpanan syariah ni.

Simpanan Syariah KWSP

Pada asalnya, simpanan KWSP ahli-ahli baru berdaftar adalah bersifat konvensional. Simpanan ini cuma akan bertukar menjadi syariah selepas permohonan dibuat dan mula berkuat kuasa. Tempoh kuat kuasa bermula selepas habis kitaran kewangan tahunan KWSP. Selepas anda menukarkan akaun kepada simpanan syariah, perubahan ini tidak boleh diterbalikkan apabila mula berkuat kuasa.

pelaksanaan kwsp syariah

Akad simpanan syariah ni adalah berdasarkan akad wakalah mudhafah lil mustaqbal yang bermaksud pewakilan yang berkuatkuasa pada masa hadapan. Dalam konteks pelaksanaan, akaun simpanan syariah ini akan berkuat kuasa pada tarikh yang ditentukan oleh Lembaga iaitu 1 Januari setiap tahun. Apabila akaun simpanan syariah anda berkuat kuasa, pendapatan dividen hanya akan diperoleh daripada pelaburan patuh syariah.

dividen 2019 kwsp dividen tahunan kwsp

Anda akan menyedari bahawa dividen yang diberikan dalam simpanan syariah adalah rendah sedikit berbanding simpanan konvensional. Dividen yang diberikan dalam akaun konvensional juga dijamin sebanyak 2.5% pada kadar minimum. Namun mengikut hukum yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP, dividen yang diperoleh melalui simpanan konvensional perlu disucikan. 71% daripada jumlah dividen (berdasarkan tahun 2019) yang diterima adalah berasal dari pelaburan yang bukan syariah dan perlu disalurkan untuk aktiviti kebajikan melalui mana-mana cara yang berikut:

Cara tukar kepada akaun Simpanan Syariah

Ada beberapa saluran untuk tukarkan jenis akaun KWSP kepada simpanan syariah.

  1. Kaunter KWSP dan KWSP Mobile Team
  2. Secara dalam talian menerusi i-Akaun

Sekiranya anda pergi ke kaunter KWSP, anda boleh berurusan dengan wakil KWSP. Anda cuma perlukan MyKad dan ibu jari untuk urusan ini. Untuk post ini, kami akan memberi fokus kepada saluran penukaran akaun melalui i-Akaun.

1. Log in i-Akaun

kwsp login page

Perkara pertama yang perlu dibuat adalah log in ke dalam akaun anda. Sekiranya belum aktifkan i-Akaun, anda boleh langkau langkah ini dan terus uruskan semuanya di cawangan atau Mobile Team KWSP.

2. Pergi ke tab Simpanan Syariah

kwsp dashboard

Sekiranya akaun simpanan syariah anda telah berkuat kuasa, status simpanan syariah akan dikemas kini kepada Diluluskan. Sekiranya belum diluluskan, anda perlu tunggu sehingga Januari tahun berikutnya. Kalau anda belum daftar, tekan Register Now atau Daftar Sekarang untuk bertukar kepada akaun simpanan syariah.

kwsp dashboard

Anda perlu isikan beberapa butiran maklumat diri dan sahkan maklumat yang dihantar. KWSP akan meminta pengesahan anda dengan memasukkan kod pengesahan atau TAC yang dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan.

3. Tunggu berkuat kuasa

Selepas pendaftaran, anda perlu tunggu sehingga akaun simpanan syariah mula berkuat kuasa iaitu pada 1 Januari tahun berikutnya.

Sekiranya akaun simpanan syariah mula berkuat kuasa, anda tidak boleh tukarkan semula kepada akaun konvensional. Sementara belum berkuat kuasa pula, anda boleh batalkan pendaftaran sekali sahaja.

Sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab, anda sememangnya digalakkan untuk menukarkan akaun simpanan kepada yang patuh syariah. Lebih-lebih lagi bila dah ada kemudahan yang disediakan dan boleh diuruskan dengan mudah. Sekiranya anda terlajak dari tarikh kuat kuasa simpanan syariah dan perlu membuat penyucian, boleh gunakan apa-apa sumber kewangan untuk tujuan ini.


< kembali ke laman blog utama