TUTORIAL

09-JUL-2021

Cara Menukar Waran Kepada Saham Induk


 


Waran adalah derivatif kepada sesuatu saham yang memberi pelabur peluang untuk melabur di dalam sesebuah syarikat dengan harga yang lebih murah di dalam suatu jangka masa yang telah ditetapkan. Ramai pelabur saham berminat untuk melabur ke dalam waran kerana harganya yang lebih murah dari saham induk (mother share). Selain daripada itu, pergerakan waran juga adalah lebih tidak menentu (volatile).

Contoh Waran di Bursa Malaysia
Contoh waran syarikat yang terdapat di pasaran Bursa Malaysia (sumber: M+ Online)

Jenis-jenis waran

Waran terbahagi kepada dua, iaitu:

Namun, setiap waran mempunyai tempoh matang, dimana kebiasaannya boleh mencapai sehingga 10 tahun dari tarikh ia dikeluarkan. Oleh kerana itu, pelabur haruslah menjual waran tersebut di dalam tempoh yang ditetapkan. Jika pelabur tidak sempat membuat demikian, pelabur boleh menukar waran kepada saham induk sebelum waran tersebut tamat tempoh.

Kegagalan pelabur menjual atau menukar waran kepada saham induk sebelum tarikh luput akan menyebabkan pelabur mengalami kerugian penuh kerana waran tersebut akan menjadi tidak berharga setelah mencapai tempoh matang. Perlu juga diambil maklum, hanya waran syarikat boleh ditukarkan kepada saham induk.

Cara menukar waran kepada saham induk

Cara penukaran waran kepada saham induk dan cara pengiraan pembayaran harga pelaksanaan (exercise price) ditunjukkan di dalam kajian kes waran syarikat Dagang NeXchange Berhad (DNEX) seperti di bawah:

Maklumat-maklumat di bawah diambil dari DNEX - Notice of Expiry of Warrants

Notis ini bertarikh 29 Jun 2021

Tarikh Berkaitan yang Penting
Tarikh dan masa terakhir berdagang waran Selasa, 13 Julai 2021, 5.00 petang
Tarikh dan masa terakhir penggantungan perdagangan waran Rabu, 14 Julai 2021, 9.00 pagi
Tarikh dan masa terakhir tempoh matang waran Jumaat, 30 Julai 2021, 5.00 petang
Tarikh luput waran Jumaat, 30 Julai 2021, 5.00 petang
Tarikh dan masa penyahsenaraian waran Isnin, 2 Ogos 2021, 9.00 pagi

1. Mengisi dan menandatangani exercise form

Borang pelaksanaan (exercise form) ini boleh didapati apabila share registrar menghantar surat kepada pemegang waran syarikat yang menghampiri tarikh luput. Jika surat tidak terima, pelabur boleh berhubung terus dengan pihak share registrar untuk mendapatkannya. Selain itu, pelabur juga boleh mendapatkan borang ini secara atas talian di Pengumuman Syarikat (Bursa Malaysia).

Exercise Form

2. Mengira kos dan membuat bank draf

Harga pelaksanaan ini boleh dilihat di Maklumat Umum Saham di platform dagangan saham atau di laman sesawang iSaham.

Maklumat Umum Saham
Maklumat umum saham DNEX-WD (sumber: iSaham)

Sebagai contoh, jika anda mempunyai 10,000 unit waran DNEX-WD, maka,

Kos penukaran = harga pelaksanaan X bilangan unit
Kos penukaran = RM 0.50 X 10,000 unit
Kos penukaran = RM 5000.00

Jadi, kos penukaran yang perlu anda bayar untuk menukar waran ke saham induk ialah RM 5,000.00.

3. Membuat pembayaran harga pelaksanaan

Rujukan untuk butiran penerima harus dilihat pada notis berkaitan kematangan waran. Dalam contoh ini, bank draf haruslah dituliskan kepada "DNeX Warrants Account" dan dipalang. Pelabur juga boleh membuat pembayaran kepada Nombor Akaun: 514123650888 (Maybank) yang dibayar kepada "DNeX Warrants Account".

4. Menghantar borang pelaksanaan dan bank draf kepada share registrar

Borang pelaksanaan (exercise form) perlu dihantar kepada share registrar sebelum tamat tempoh. Yuran pemprosesan juga perlu dibayar kepada share registrar sebanyak RM 20.00 bagi setiap borang pelaksanaan yang dihantar. Pembayaran yuran pemprosesan boleh dibuat dengan tiga cara, iaitu:

MEGA CORPORATE SERVICES SDN BHD

Standard Chartered Bank Account No. 312157298173

Email notification: cindylim@megacorp.com.my

*Contoh ini merujuk kepada DNEX-WD. Butiran tertakluk kepada notis berkaitan waran rujukan masing-masing.

Berbaloi ataupun tidak?

Sekarang anda telah tahu cara untuk menukar waran ke saham induk. Namun, berbaloikah untuk membuat penukaran tersebut? Mari kita lihat contoh pengiraan kos bagi waran syarikat ABC yang bakal mencapai tempoh matang pada hujung bulan ini.

Maklumat saham syarikat ABC

Harga saham ABC (induk) RM 0.725
Harga waran ABC-WE RM 0.195
Harga pelaksanaan RM 0.50
Nisbah penukaran (conversion ratio) 1 kepada 1
Harga penukaran ke saham induk = RM 0.195 + RM 0.50 = RM 0.695
Jumlah keuntungan penukaran = RM 0.725 - RM 0.695 = RM 0.03 ~ 4.14%

Dapat dilihat di sini, penukaran ke saham induk bagi ABC-WE adalah berbaloi kerana harga penukaran adalah lebih rendah dari harga saham induk dan anda boleh memperoleh keuntungan sebanyak 4.14%.

Walaubagaimanapun, jika anda telah membeli waran ini pada harga yang lebih tinggi, kemungkinan anda akan membayar pada harga premium apabila menambah kepada harga pelaksanaan. Ini kerana kos anda akan menjadi lebih besar, seterusnya menjadikan jumlah yang dikeluarkan untuk membeli 1 unit saham induk tidak berbaloi dari segi kos. Namun, pada akhirnya sama ada berbaloi atau tidak adalah berdasarkan penilaian anda terhadap syarikat memandang ke hadapan.

Selain itu, anda juga harus tahu bahawa harga waran masih boleh berubah sehingga tempoh akhir waran didagangkan.

Kesimpulan

Sebelum membeli waran, pastikan anda tahu tentang jenis-jenis waran, cara membeli dan menjual waran serta langkah-langkah penukaran waran. Pastikan juga anda sentiasa ingat dan tahu akan risiko perdagangan waran adalah lebih tinggi kerana pergerakannya yang tidak menentu.


< kembali ke laman blog utama