TUTORIAL

20-MAY-2025

Cara Menjual Saham IPO Yang Diterima


AA    


 

IPO (Initial Public Offering) ialah proses di mana sesebuah syarikat mula menjual saham kepada orang awam buat pertama kali di Bursa Malaysia. Ramai pelabur mohon IPO kerana potensi untuk memberi pulangan pantas, kadang-kadang naik sehingga puluhan dan ada yang sampai ratusan peratus pada hari pertama. Tapi selepas berjaya dapat saham IPO, satu persoalan penting timbul, macam mana dan bila masa sesuai untuk jual saham IPO ni?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan langkah demi langkah cara menjual saham IPO yang diperoleh melalui aplikasi M+ Global.

 

Cara Menjual Saham IPO Guna Aplikasi M+ Global

 

Berikut adalah langkah demi langkah untuk menjual saham IPO anda melalui aplikasi M+ Global:

 

1. Log Masuk ke Aplikasi

Buka aplikasi M+ Global di telefon anda. Log masuk menggunakan akaun yang anda daftarkan semasa permohonan IPO.

 

 

2. Pastikan Saham IPO Dah Masuk ke Portfolio

 

Klik tab “Trade” dan periksa senarai saham anda. Pastikan saham IPO yang dimohon dan berjaya mendapat allotment, sudah dikreditkan. Anda juga boleg gunakan aplikasi Bursa Anywhere untuk semakan. Biasanya permohonan saham yang berjaya akan dikreditkan sebelum jam 9 pagi pada hari penyenaraian. Pastikan jumlah saham yang diterima adalah sama dengan allotment yang diberikan. Untuk semakan status permohonan IPO, boleh rujuk pautan blog di bawah:

Pautan: Cara Semak Status Permohonan IPO

 

 

3. Cari Saham Yang Ingin Dijual

Pada bahagian "Positions", klik pada nama saham IPO tersebut. Tekan butang “SELL” untuk mulakan proses jualan.

 

 

4. Masukkan Butiran Jualan

 

 

5. Hantar Order

Semak semula butiran. Klik “Confirm”. Order anda akan dimasukkan ke dalam sistem dan boleh dilihat di tab “Order. Jualan yang berjaya akan berubah kepada status "Filled".

 

 

Nota: Pada hari pertama penyenaraian, had harga (limit up/limit down) akan ditentukan oleh pihak Bursa. Biasanya, harga boleh naik sehingga +400% atau turun sehingga -30% daripada harga IPO.

 

Bila Waktu Untuk Menjual Saham IPO?

 

Secara umumnya, saham IPO boleh mula dijual sebaik sahaja ia disenaraikan di Bursa Malaysia, iaitu pada hari penyenaraian (listing day). Boleh rujuk di bahagian IPO Analysis di website iSaham.

Namun, untuk menjual saham IPO, perkara utama yang perlu diambil kira ialah sama ada anda berjaya memperoleh saham yang dipohon semasa permohonan IPO dibuka. Sekiranya berjaya, anda boleh menyemak tarikh penyenaraian saham tersebut di laman web iSaham.

 

Wajibkah Jual pada Hari Pertama?

 

Sebenarnya, tiada kewajipan untuk menjual saham IPO pada hari pertama ia disenaraikan. Anda bebas untuk membuat keputusan berdasarkan strategi pelaburan masing-masing. Terdapat beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan:

1. Jual kesemua saham pada hari penyenaraian 

Ini sesuai bagi pelabur yang nak exit awal contohnya sudah capai tahap take profit atau harga saham sudah mencapai stop limit yang anda tetapkan. 

2. Jual sebahagian pada hari penyenaraian dan hold selebihnya 

Pendekatan ini membolehkan anda untuk mengambil sebahagian keuntungan pada masa yang percaya potensi syarikat pada masa akan datang.

3. Hold semua saham dan jual pada masa lain selepas penyenaraian 

Sesuai bagi pelabur jangka sederhana atau panjang yang percaya kepada potensi syarikat tersebut.

Setiap strategi mempunyai risiko dan ganjaran tersendiri. Jadi, pastikan anda membuat keputusan berdasarkan matlamat pelaburan, profil risiko dan analisis semasa.

 

Kesimpulan

Jadi, begitulah cara-cara untuk menjual saham IPO yang diterima. Pastikan anda menyemak status permohonan anda, sekiranya berjaya pastikan saham diterima sebelum disenaraikan. Namun, apa yang paling penting, sebelum memohon apa-apa IPO, pastikan anda membuat kajian dan analisis. Dah kaji dan yakin syarikat itu bagus dan ada potensi barulah anda mohon. Sekiranya dapat, rangka strategi pada waktu bila anda ingin menjual saham tersebut. 


< kembali ke laman blog utama