UMUM

24-DEC-2025

Cara Mengira Zakat Pelaburan Saham


AA    


 

Pelaburan saham semakin popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Bukan sahaja sebagai medium untuk pelaburan, malah ia juga menjadi sebahagian daripada perancangan kewangan jangka panjang. Bagi pelabur yang berstatus Muslim, zakat pelaburan saham wajib ditunaikan apabila menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Dalam blog kalini, iSaham akan menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana untuk mengira zakat pelaburan saham. 

 

Apa Itu Zakat Pelaburan Saham?

 

Zakat pelaburan saham merujuk kepada zakat yang dikenakan ke atas pemilikan saham yang dibeli dengan tujuan pelaburan, sama ada:

Dalam konteks zakat, saham dianggap sebagai harta (mal) kerana ia mempunyai nilai, boleh berkembang, dan boleh ditukar kepada wang.

Oleh itu, apabila pleabur memegang saham yang telah melepasi nisab, saham wajib dizakatkan.

 

Syarat Zakat Saham

 

Sama seperti zakat harta yang lain, zakat saham tertakluk kepada beberapa syarat asas:

  1. Islam

  2. Pemilikan sempurna ke atas saham

  3. Cukup nisab

  4. Cukup haul (genap setahun hijrah)

  5. Aset dimiliki berstatus patuh syariah

Kadar zakat yang dikenakan ke atas pelaburan saham adalah: 2.5%

Ini selari dengan kadar zakat harta yang lain seperti simpanan dan pelaburan.

 

Adakah Semua Saham Wajib Zakat?

 

Zakat saham adalah wajib bagi pegangan aset saham patuh syariah sahaja apabila menepati syarat-syarat di atas. Pemilikan saham yang bercampur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah hendaklah dibersihkan keuntungannya mengikut nisbah. Keuntungan (perbezaan harga beli dan harga jual) yang diperoleh hendaklah ditolak kadar nisbah tidak patuh syariah yang perlu dilupuskan. Manakala modal asas dan baki keuntungan yang patuh syariah hendaklah dizakatkan sebagaimana zakat saham dengan kadar 2.5% daripada jumlah tersebut.

 

Nisab Zakat Saham

 

Nisab zakat saham biasanya diukur berdasarkan nilai emas. Kebiasaannya, nisab bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.

Contoh:
Jika harga emas semasa ialah RM400 segram, maka nisab adalah:

85 × RM400 = RM34,000

Jika nilai pelaburan saham termasuk baki didalam akaun trust anda melebihi jumlah ini, maka ia telah melepasi nisab.

Memandangkan zakat terletak di bawah bidang kuasa majlis agama Islam negeri, nisab zakat mungkin akan berbeza dari satu negeri ke satu negeri yang lain. Untuk maklumat lanjut tentang nisab zakat ke atas saham, sila rujuk kepada institusi zakat di negeri masing-masing.

Wilayah Persekutuan: http://www.zakat.com.my
Selangor: http://www.zakatselangor.com.my
Perlis: https://www.maips.gov.my
Kedah: https://www.zakatkedah.com.my
Penang: http://www.zakatpenang.com
Perak: https://www.maiamp.gov.my
Negeri Sembilan: https://www.zakatns2u.biz
Melaka: http://www.izakat.com 
Johor: https://www.maij.gov.my
Pahang: http://www.zakatpahang.my
Terengganu: https://ezakat.maidam.gov.my
Kelantan: https://www.e-maik.my
Sarawak: https://www.tbs.org.my
Sabah: https://appszakat.sabah.gov.my

 

Kaedah Pengiraan Zakat Saham

 

Untuk pengiraan zakat ini, iSaham merujuk kepada laman sesawang Bursa Malaysia. Artikel penuh boleh rujuk di sini: sini: https://www.bursamalaysia.com/bm/reference/faqs/islamic_market/faqs_on_zakat_on_shares

 

1. Zakat Saham Pegangan Jangka Panjang (Cukup Haul)

Pegangan saham jangka panjang merujuk kepada saham yang dibeli dengan tujuan untuk disimpan melebihi tempoh satu tahun (cukup haul), kebiasaannya untuk mendapatkan dividen atau pertumbuhan nilai jangka panjang.

Bagi pegangan sebegini, zakat dikira berdasarkan nilai bersih saham yang dimiliki pada akhir tempoh haul.

Sekiranya pembelian saham dibuat menggunakan pembiayaan atau pinjaman (contohnya margin atau pinjaman khas untuk membeli saham), baki pembiayaan yang masih belum dijelaskan boleh ditolak daripada nilai saham tersebut.

Kadar zakat:
2.5%

Formula pengiraan:

(Nilai semasa saham + dividen/bonus diterima) × 2.5% = Jumlah Zakat

Contoh:

Nilai bersih = RM50,000 + RM2,000

Nilai bersih = RM52,000

Zakat saham = RM52,000 × 2.5%

Zakat perlu dibayar = RM1,300

 

2. Zakat Saham Pegangan Jangka Pendek (Kurang Setahun)

Pegangan saham jangka pendek merujuk kepada saham yang dibeli dengan niat untuk dijual dalam tempoh kurang daripada satu tahun, biasanya untuk mendapatkan keuntungan jual beli (capital gain).

Dalam situasi ini, saham tersebut belum cukup haul. Oleh itu, zakat tidak dikenakan ke atas nilai keseluruhan saham, tetapi hanya ke atas keuntungan jualan yang diperoleh.

Kadar zakat:
2.5%

Formula pengiraan:

(Harga jual – kos belian) × 2.5% = Jumlah Zakat

contoh: 

Keuntungan jualan = RM75,000 – RM20,000

Keuntungan = RM55,000

Zakat saham = RM55,000 × 2.5%

Zakat perlu dibayar = RM1375

 

(Anda kepastian juga boleh menggunakan kalkulator pengiraan zakat di website pungutan zakat negeri masing-masing)

 

Perlukan Bantuan?

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan zakat atau ingin mengadakan sesi perbincangan 1-on-1, anda boleh berhubung dengan rakan strategik iSaham, Sharlife.

 

 

(Sharlife merupakan amil yang dilantik oleh PPZ-MAIWP dan Lembaga Zakat Selangor).

Melalui platform Sharlife, pembayaran zakat boleh dibuat bagi pelbagai kategori termasuk zakat pendapatan, saham dan emas. Selain itu, Sharlife juga menyediakan kemudahan pembayaran zakat bagi aset digital seperti kripto dan NFT.


Maklumat lanjut: https://sharlife.my/zakat-asset-digital

 

 

Kesimpulan

Sebagai penutup, kadar zakat pelaburan saham adalah sebanyak 2.5%, sama ada dikenakan ke atas nilai pelaburan pada akhir tempoh haul atau ke atas jumlah keuntungan yang diterima bagi tahun tersebut, bergantung kepada jenis pegangan saham.  

Pelaburan yang baik bukan hanya dinilai melalui pulangan semata-mata, tetapi juga melalui cara ia diuruskan secara beretika dan patuh syariah. Zakat pelaburan saham merupakan komponen penting dalam memastikan harta yang diperoleh sentiasa bersih, terpelihara dan diberkati.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut atau khidmat nasihat berkaitan zakat saham, anda boleh berhubung dengan pihak pengurusan zakat negeri masing-masing atau menetapkan sesi perbincangan bersama pihak Sharlife.


< kembali ke laman blog utama